20 August 2009

A L A S A N Beta 2.0



Buku itu mengambil masa hampir empat bulan untuk dihabiskan. bukan kerana isinya terlalu berat. atau membosankan. tapi aku terlalu menikmati, terbahak ketawa. aku amat menghayati santun bahasa, lawak yang bersahaja, realiti yang terlalu nyata. bukan direkacipta. aku cukup melayan setiap perenggan. dan lebih membuatkan aku tak dapat mengelak untuk membaca, adalah kerana buku itu pemberian orang. harus malah jatuh wajib aku baca. dari awal lagi aku dah jatuh cinta. kerana aku pernah kenal gayanya penulisan itu. mungkin sekitar 7 atau 8 tahun yang lepas. tapi banyak yang aku dah lupa. atau tertinggal.

Aku belum puas. dan belum habis. jadi, tak berapa molek kalau aku ulas sekarang. tunggulah lagi empat bulan atau mungkin empat tahun, aku ulas dengan detail.

Dalam diam, dah hampir beberapa bulan aku tak menaip, memotong dan menampal , mencari bahan atau paling tidak mensensasikan isu yang sedang sensasi untuk diletak dalam JJ. mungkin sebab JJ dah sangat kerap diupdate oleh rakan seangkatan yang lain. Neo, Mat Tora dan Abang Dozo sekarang adalah tonggak JJ. aku, empty, ginji, jinggal dah mula bermain tarik-tarik tali. empty mungkin sibuk dengan rakan sekatilnya, semua sedia faham. ginji sedang sibuk dengan kugiran baru. jinggal aka roles jambu mungkin sedang mengupas jambu. dan aku sibuk dengan mencipta alasan untuk tidak menulis. untuk tidak membuang masa, aku terangkan alasan-alasan yang telah aku cipta untuk tatapan pembaca.

Pertama. berturutan dari bulan 6 hingga sekarang, aku sering dikejarkan ke kursus anjuran jabatan. ada yang memakan masa hampir dua minggu, memaksa aku berkampung disana dengan beg macam nak balik kampung beraya. dan tentative program-nya padat hingga lewat malam. menyaksikan aku amat mengenali katil dari penceramah. tapi itu semua sebagai persiapan untuk aku mengambil alih tampuk pemerintahan pejabat ku tak lama lagi. ketua aku akan berpindah bulan depan. buat masa sekarang, aku direhatkan dari membuat kerja-kerja berat seperti mengangkat meja dan kerusi, menyusun batu-bata dan memasak. sangat senggang. tapi poket ku juga lapang.

Kedua. kerana (barangkali) aku sedang berada dalam 'comfort zone'. aku baru terperasan bila kawanku menegur 'kenapa lama tak blog?'. jawapannya, bila hati lapang, otak, jantung, buah pinggang, lutut, dan segala isi badan akan bergerak perlahan. aku memang sudah sedia malas. ditambah dengan suasana yang tak memaksa aku berfikir dan mencerna maklumat dari alam sekeliling. tak faham. begini. apabila kita susah, otak akan berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. kalau kita sedih, kita akan berfikir tentang kesedihan kita dan orang lain. kalau kita marah, kita akan melontarkan kemarahan. jadi, kesusahan, kesedihan dan kemarahan diatas adalah modal untuk menulis, berhujah dan berkongsi rasa. ketika seseorang dalam sedih, dia akan dapat menggambarkan apa yang dia rasa dalam bentuk tulisan. dan tulisan itu akan berkesan pada orang lain kerana dia menulis dari hati. bukan olok-olok. bukan ciptaan. nah, di sini perbezaan menulis dengan mata hati dan menulis dengan otak menghasilkan aura berbeza. begitu juga filem. ada filem yang dibuat dengan hanya bermodalkan wang dan teknologi. ada drama yang bermodalkan idea dan perasaan sahaja. kesan bagi kedua-dua produk itu berbeza. demikianlah juga penulisan.

Ketiga. aku dalam fasa hibernasi. berehat. musim bermalas-malasan. sekarang ini, aku lebih banyak mendengar dari menulis dan membaca. untuk projek akan datang, dengan barisan lelaki berbulu batu pahat, kami akan menghasilkan satu produk muzik yang sedikit berbeza dari arus hardcore perdana sekarang. walaupun masih dalam perancangan, tapi usaha ke arah itu telah bermula. walaupun kekangan wujud di setiap penjuru projek, namun, semangat 46 tetap membara dalam jiwa lelaki berbulu ini. ewah. angan-angan memang kena tinggi beb. bukan kena bayar pun kan.

Sementara menantikan bulan ramadhan yang bakal bertandang lagi dua hari, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun andai ada tersilap tulis dan kata. (kenapa mesti nak tunggu hari raya baru nak mintak maaf, ye tak). al-maklumlah, dah sembilan tahun tak menulis. kekok sikit. sebelum mengundurkan diri aku ada serangkap pantun buat semua pembaca JJ.

"Kalau ada sumur diladang boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi." sekian

6 comments:

Rajuna said...

ya batu pahat memerlukan dos hardcore asli.

Eskapisminda said...

dah dah dah ...jangan justifikasi panjang2. jangan lama2 tak menulis nanti berkarat...! (tapi muzik untuk batu pahat saya sokong!!!)

abang mat tora said...

ala kan senang cakap kuat ngeteh je!!

pssst siapa lelaki berbulu ni? setahu aku ajib je yg byk bulu ni hahahaaa

Qarmadharma said...

rajuna - hardcore asli, menarik!!

eskapis - haha, ok ok, tengok kesesuaian masa

abemattora - abis ko ingat obey tak bebulu ke???

dottie with dots (sorry malas nak log in) said...

welcome back ke arena penulisan. i have missed your writings.

abang dozo said...

wei, maman pun banyak bulu gak. ko tengok time dia berseluar ketat mountain bike