25 August 2009

TERJUN BOTOL MICHAEL PHELPS




Ini namanya kolah / kalbat air. Bapak gua gunakan kalbat air ni utk menadah air hujan bagi tujuan membasuh, menyiram pokok dan sebagainya.

Bagi gua lain pula kegunaannya. Di kalbat air ini lah menjadi saksi gua melatih kucing kucing gua berenang dulu.
Ada dua tiga ekor menunjukkan potensi boleh maju ke persada sukan olimpik, tapi kebanyakkannya kurang disiplin dan cepat mengalah.

Pernah sekali ada seekor kucing warna kelabu yg gua beri nama monyet mengambil keputusan menghabiskan seluruh hidupnya duduk diatas bumbung rumah dan gelegar rumah gara gara tidak puas hati sewaktu dia sedang nyenyak tidur gua secara pelan pelan telah melambungkan dia kedalam kalbat air.

Jadi benarlah apa yg gua tengok dalam rancangan national geograpic dimana seekor kucing itu boleh melompat setinggi lebih 7kaki. Sekian.

2 comments:

Qarmadharma said...

lu sorang je dlm byk2 mmber wa yg suka dera kucing.

tu dalam kolam tu mesti byk jentik2

irfan said...

waahaha lawak siot