03 August 2009

MANSUH

Sabtu lepas, hampir 15000 penunjuk perasaan melaungkan pembasmian ISA yang dipandang sebagai satu 'penindasan' oleh ruling party.

Sabtu lepas, beratus orang ditahan hanya kerana menunjukkan bahawa ISA adalah satu akta yang tidak mengikut hak asasi manusia.

Sabtu lepas, semua bangsa di Malaysia berpadu tenaga menunjukkan pada dunia bahawa Malaysia tidak berpecah belah seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Sabtu lepas, hak manusia yang hidup di bumi Allah yang mempunyai hak sama rata dan tiada yang superior telah dicabul.

Dan Ahad lepas, hampir semua akhbar menyalahkan manusia-manusia ini kerana jam yang teruk dan sumber pendapatan sesetengah pekedai di Jalan TAR terutamanya terjejas.

MASALAH TU LAGI PENTING DARIPADA HAK MANUSIA SEJAGAT?

Apa nak jadi lah dengan akhbar Malaysia nih. Yang betul dibohongi, yang tak betul dibetulkan.

Lebih kurang macam yang haram di halalkan. Manusia pebenda tuh!

2 comments:

Chan said...

media ni mmg berpengaruh kpd rakyat. sbb tu lah ia digunakan dalam politik utk menguasai fikiran rakyat yg tdk menyelidik suatu perkara ngn sendiri.

tora corgan said...

pehh garang seh budak, ada pegi ke ni demo?? ke lu pegi tgk search?? oopss lupa lu tak minat search, lu minat awie gomok hahahahahaaa