30 June 2009

Untuk Kesihatan Rambut



Hujung minggu dah tiba. 'Timing' cantik. Baru gaji dan belum 'cai' dekat kedai motor, tuan rumah, bank, insurans dan seangkatan dengan itu. Hairi ajak aku pergi Tesco beli barang dapur dan barang toilet. Memang patut pun. Sabun dalam bilik air tu dah tipis macam pembaris. Pernah juga aku buat-buat buta pakai sabut Fab buku. Yang penting, badan basah ada buih sabun. Memang tu syarat mandi apa.
Aku dah bajetbajet dalam kepala. Jangan boros. Boros tu kawan syaitan. Aku mesti belanja tak lebih dari RM50 sahaja. Kalau lebih pun tak banyak. Dalam RM50 sahaja juga. Barang wajib beli adalah: ubat gigi, sabun, syampu. Barang wajib suruh Hairi beli adalah: Frozen French Fries, Frozen roti canai, Frozen chiken wing, Frozen sayur campur. Lain-lain tu sunat. Biasalah, plan memang sangat tawadhuk dan bersederhana. Tapi bila dah "ko tengok ni, aku 'amek' ni, ko tengok tu, ko 'amek' tu". Silap-silap satu Tesco boleh licin.
Aku memang failed kalau bab merancang perbelanjaan. Tapi aku yakin, aku akan handal dalam merancang keluarga. Aku sangat yakin. Kalau gaji aku macam gaji Arwah Mikael Jackson, aku tak susahsusah nak belajar Matematik, kira duit, fikir nak beli apa. Aku tau atas meja dah ada nasi, ayam black pepper, beef steak, fresh oren, pisang dan agar-agar. Toilet wangi, ada toilet roll, ada ubat gegat. Bukankah itu yang kita semua impikan?

Sampai je pintu Tesco, aku dengan gaya makcik-makcik terus ambil bakul. Nak ambil trolley macam keterlaluan. Sebenarnya segan dengan burungburung dalam Tesco tu. Nanti diorang kata "kesian, muda-muda dah kena pikul tanggungjawab besar".
Dari kaunter satu sampai kaunter sembilan semua 'lane penuh' macam dekat tol orang nak balik raya. Aku kata dekat Hairi " Rasa aku memang kena belanja 'fit-fit' RM50 je. Kalau lebih kesian pulak dekat orang yang beratur belakang aku kena tunggu lama". Hairi faham.

Aku meluru ke bahagian kosmetik dan sabun. Ada dua benda yang aku nak cari dekat situ. Pertama sabun. Dan keduanya, burung. Tapi memang dah ketentuan Tuhan, individu yang jaga department tu adalah burung jantan yang pandai ber'makeup. Kalau tujuan perempuan memakai make-up untuk cantik, dia tidak. Malah semakin tidak cantik. Aku cepatcepat selesaikan urusan di situ sebelum dia cuba bertanya yang bukan-bukan. Sabun, ubat gigi, berus gigi, pisau 'gilet', deodorant, cotton-bud dan syampu. Aku dah kata. Aku tak boleh 'tak beli' kalau dah nampak walaupun benda tu tak berapa penting. Barang aku dah complete. Hairi dah 'mengesot-ngesot' dalam lane cashier. Cepat betul dia. Aku pun cepatcepat juga campak bakul dekat dia tumpang bayarkan. Aku tunggu depan sekali, dekat-dekat dengan cashier. Lebih kurang sepuluh minit. Dia sampai dengan muka berkerut. Tapi kerut-kerut tu hilang bila tengok cashier adalah burung. Aku tengok je. Nampak mulut Hairi kumat-kamit meng'ayat budak cashier tu. Dah siap-siap pack semua, bayar dan bawa. Selesai urusan berbelanja untuk gaji bulan ini.

Aku kira-kira semua sekali, tak sampai pun RM50. Yessss!!!! Aku dah jadi seorang yang berhemah berbelanja. Sampai dekat rumah, aku dan Hairi memulakan sesi 'koyak plastik' dan susun barang. Aku terkejut, Hairi beli barang yang bukan-bukan. Penyakit aku dah jangkit dia pulak. Boros tak tentu pasal. Dia beli Vitagen dua papan, daging burger dan airkrim mangkuk besar. Wah, nak kenduri apa.
Aku tak sedap hati dari mula koyak plastik tadi. Aku mula perasan ada benda yang kurang. Aku cek satusatu barang aku. Aku cek resit. Hah!.... Sah!.....
Awek cashier tu tak masukkan syampu aku. Aku mula nak maki hamun dalam hati. Dah la aku jarang beli syampu. Dah bayar barang tak dapat memang pantang sebagai seorang customer ni. "Ni ko punya pasal la ni, ayat-ayat dia sampai syampu aku tak masuk" sound aku pada Hairi. Dia terdiam.

Lepas Isyak, aku bukak freezer. Aku goreng kepak ayam sikit, kentang sikit. Waktu bersantai depan tv. Siap bentang surat kabar, sos, semua siap. Oh, lupa. Vitagen tu belum ada orang sentuh dari balik petang tadi. Aku bukak freezer lagi sekali. Aku terpandang sesuatu disebelah kicap dan air masak. Ada botol.

Botol putih tu bernama "Head and Shoulder"......



(PS: Beberapa kesalahan ejaan telah dibetulkan oleh Cikgu Dottie. Kredit Maxis Sepuluh Ringgit untuk Cikgu Dottie)

7 comments:

NEOFISHY said...

ko pandai jek ckp aku suka vitagen....ni iklan nih semua nih...iklan percuma...

errr...kalu tak habis vitagen tuh bagi kat aku jek lah...

abang mat tora said...

bukan ke lu dah pajak apa hari hari vitagen tu hahahhahaa

Psst jaga kulit ke

Dottie with Dots said...

Ini berapa Malaysia Milk Sdn. Bhd. bayar untuk promo vitagen ni???

Qarmadharma said...

tak. tak bayar. saya buat ikhlas

Baby Tiger said...

huhu simpan syampu dalam peti ais..sejuk je kepala pakai syampu tu kan??

Qarmadharma said...

betul.

head and shoulder yg anti dandruf tu memang sejuk kat kepala. dia letak buah pala lebih kat syampu tu kot

Eskapisminda said...

Hahaha.

p.s Saya suka vitagen ungu.