16 June 2009

MAGNET API



Highway star, lagu terkenal drp band deep purple. PLUS highway pulak merupakan jalan utama gua berulang alik drp Jb ke Bp. Gua mula menjinakkan diri secara serius dlm scene highway ni pada tahun 2000, masa tu gua baru angkat moto kapchai yamaha srx yg baru masuk pasaran, tengah hot dan tengah IN pada zaman tu. Tapi kalau sekarang ni zaman ni lu tanya kat kedai motor yamaha srx ni diorang mmg malas nak layan, buang masa, outdated dan tak cool. Gua bajet lagi 20tahun ni motor sudah boleh masuk entry level vintage. Lu org tunggu tau!

Sekitar tahun 2002, sedang gua melayan perasaan di atas motor tiba tiba tayar belakang motor gua sudah pancit dikawasan machap, ketika itu hujan turun dgn lebatnya, gua jadi panik, apa gila gua nak tinggalkan motor gua tepi highway ni, gua mengambil keputusan menyorong pelan pelan hingga ke exit machap. Hujan semakin lebat, perjalanan jauh lagi, kaki gua sudah mau copot dan tiba tiba bantuan sampai, gua diselamatkan oleh lori syarikat pemungut sampah highway. 2org brader turun dan mengangkat motor gua keatas lori dengan gua gua sekali duduk diatas lori yg penuh dgn timbunan sampah sarap itu. Sepanjang perjalanan kenderaan lain yg lalu lalang memandang serong dkt gua.
Semasa diatas lori gua memeluk erat motor kapcai gua sambil berkata kepadanya “everything goin to be alright my fren”.
Setibanya di tol exit machap brader lori tersebut telah menukar tiub tayar motor gua dgn sungguh lincah, dgn senyum dia berkata “bob, gua cas tiub ni 30hengget je” peh diorang boleh buat meniaga banyak untung rupanya tukar tiub ni, gua yg sudah basah lencun ni dgn sebak hati menghulurkan duit dan berkata “terima kasih, hari ini saya susah abg tolong, manatau esok lusa abg susah mungkin ada yg sudi membantu”.

Pertama kali dlm sejarah hidup gua kena rip off gua takdpt melawan, baru gua tau maksud sabar itu separuh dari iman. Tiub tayar motor pada zaman tu 10hengget pun dah boleh dpt, tapi apa boleh buat sudah dlm keadaan darurat.

1jam kemudian…

Gua sudah sampai bandar BP, gua terus pecut kekedai motor Ah Seng jln mohd Akil pasang spotrim bintang, puas hati gua, ni mcm kalau bocor pun still boleh naik lagi.

NOTHING LAST FOREVER

2006, kilang gua kerja terbakar berpunca drp pencawang TNB yg tiba tiba litar pintas dan meletup, yamaha srx gua turut terbakar sama, seiring dan sejalan ala hail amir dan uji rasid, yang tinggal cuma rangka je selepas bomba dpt memadamkan api. Kejadian yg cukup rare dlm hidup gua. Banyak motor yg parking kat situ, tapi motor gua jugak api tu nak jilat, motor gua memang magnet api. Sekian.

2 comments:

NEOFISHY said...

nothing's last forever, even cold november rain...jeng...jenggg...jeeennnggg...jeeeennggggg....wuiiitttttt....wuuiiiiittttttt....jenggggg.....

come slash, guitar!!!!

abang mat tora said...

aik lirik gnr eh?? peh lu mmg axl rose la(axl rose versi skrg la, versi badak!)