25 June 2009

AZLIN KU SAYANG

"Khas untuk Zoko Tersayang", macam tu lah surat yang Azlin pas kat kat aku through Najib. Surat warna merah jambu tuh aku simpan elok-elok untuk jaga hati kawan. Mau bergadoh kalau terkoyak sikit pun. Maklumlah, cinta hati lah katakan, ubat bagi penguat semangat menghadap SPM.

Abis jek masa sekolah, aku terus carik Joko. Bukan main suka dia masa aku pas surat tuh, senyum dah sampai termasuk kat lubang telinga dia dah. Bercinta lah katakan. Tinggal lagi kenangan masa sama-sama ikut kursus BTN untuk pelajar 'bermasalah' menguatkan lagi cinta diaorg, agaknya lah. Aku pun heran budak baik macam Joko nih bleh terjerumus dalam kancah percintaan monyet plak. Sebelum nih jangan kan nak bercinta, kena racun isap rokok pun tak mau, siap buat peringatan lagi "ROKOK TUH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN, KAWAN-KAWAN".

Malam tuh, lepas jek prep malam, Joko bukak cerita pasal surat yang dia dapat siang tadi. Radio pulak tengah kuokan lagu paling popular, 'Right Here Waiting' dari Richard Marx, lagi lah naik setapuk Joko bercerita. Sambil makan mee Maggi In Cup yang kitaorg peras dari junior setiap kali diaorang tak bawak 'hasil' kalau balik kampung, aku khusyuk dengar celoteh Joko yang penuh bunga-bunga. Seronok agaknya bercinta nih.

"Aku kalau kawin dengan dia aku nak...bla .... bla...bla...bla", celoteh Joko pasal masa depan dia. Walaupun nampak merapu, tapi ada baiknya plan awal-awal kalau bab kawin-kawin nih, nak-nak time nak tetapkan harga hantaran. So tindakan Joko yang dah pandang ke depan pada usia seawal 17 tahun aku rasa satu tindakan yang bijak untuk menyelamatkan ekonomi dia.

Percintaan Joko dengan Azlin berterusan berbulan-bulan lamanya. Setiap malam, duit kocek untuk makan nasi lemak lepas prep nanti dihabiskan dengan menelefon Azlin. Setiap kali berbual, rancaknya bukan main. Aku hulur rokok time temankan dia pun ditolak mentah-mentah. "Azlin marah. Ko jangan nak racun aku isap rokok plak".

------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebulan kemudian, pada satu malam, aku ternampak lembaga kat belakang asrama, port tempat budak-budak isap rokok. Mulanya takut gak nak tegur, tapi...."aaahhhhh, apa nak takut.....ni port aku isap rokok, mesti kalau hantu pun dia kenal aku apa, untung-untung dapat rasa rokok keluaran bangsa diaorang, meriah sikit".

Semakin lama aku semakin dekat dan tak semena-mena makhluk tuh berpaling kat aku. Matanya berair, mulutnya berasap.

"Ko pehal ni Joko?"

"Aku dah putus dengan Azlin laaaaaaaa...."

Serentak dengan tu aku dengar esakan Joko makin kuat sambil rokok Marlboro yang masih berasap terselit kat jari telunjuk dan jari hantunya. Sekilas lalu, sekotak rokok Marlboro 20 cuma tinggal 3 batang. Hhmmmmmm.....parah dah!

3 comments:

abang mat tora said...

ni belum parah lagi, ada member gua tu siap temenung tepi sungai pecerita!!!

Qarmadharma said...

laut la dol....

eleh... lu kena cerai balik remaja seafood, naik moto nangis ujan ujan tak cerita pulak... fak

abang mat tora said...

kisah peribadi tu tak paham ke peribadi! tampo kang!!