21 April 2009

Semut Kacip, Kacip Fatimah dan Ketip Kuku

..


Assalamualaikum
Sidang Jalan Jenang yang saya hormati. Buat julung-julung kalinya saya mengiklankan buku untuk dibeli dan dibaca sesuai dengan fenomena 'blook' di Malaysia sekarang ini. Buah tangan dari Pipiyapong Abdillah yang sedang dalam pelancaran di seluruh tanah air. Satu nama blogger yang tak asing lagi bagi anda pembaca atau penulis blog yang kental. Buku bertajuk 'Kacip' hasil karya Pipiyapong yang penuh satira dan omelan berisi untuk mengisi pojok-pojok kosong minda yang penat bekerja sehari-hari. Segera buat pesanan kerana ada ugutan dari penulis bahawa buku ini tidak diulang cetak dan kuantitinya terhad. Cepat beli dan pra-bacakan pada rakan agar nafsu yang mendengar akan cepat mencapai klimaks ingin membeli. Terimalah 'Kacip' bukan Fatimah, saduran sinis yang akan menjadi rujukan penulis KOMUNiTE LUSUH JALAN JENANG selepas ini.
Klik "'Kacip'" ini untuk membuat tempahan.


P/S: Pipi tak bayar wa pun tulis benda ni. Wa buat ikhlas apa.....

15 comments:

Apa Kau Nak said...

QD, "nafsu yang mendengar akan cepat mencapai klimaks ingin membeli. "?! Gila kreatif ayat ni. saya tunggu buku awak! buku batu pahat...batu2 dan pahat2nya. Dan..oh ya. Cik noranya. ;)

meteoricmind said...

Eskapis?
how cheap...
Ni je yg ko bleh quote..?

Kreatif? What a bloody escapade!

Anonymous said...

en. meteo, kalau tulisan aku cheap dan tak kreatif, tak payah hentam orang lain la. kritik aku, tak perlu nak hentam tetamu jj. kalau rasa tulisan kau kreatif, jemput la eskapisminda ke sana.
kau ingat aku ada upah eskapisminda datang, baca, komen tulisan aku ke???
tak perlu la. sebab bukan 'tu' aku tulis blog. orang tak baca, tak komen, jalan jenang tetap ada. tetap 'jalan' macam biasa.

sedih la kau cari point benda yang kecik2 macam ni. aku baca komen kau pun rasa mual. orang lain mungkin suka.
aku tulis benda berat, kau kata aku jadi mufti, cari salah orang sana sini. aku tulis benda ringan, kau kata cheap (murah eh). tapi aku tetap tulis kan. aku rasa, kau kena usahakan satu yang lebih 'besar' dari ni supaya aku boleh berhenti menulis. union ke, ceramah ke, etc. aku rasa macam dah provoke ni, baik aku berhenti la.

aku bagi 'jalan' kau hentam jalan jenang, penulisan, sekutu, dsbnya. tapi tolong jangan usik tetamu jj. mereka ni datang nak baca dan menilai tahap, kualiti rendah tulisan 'penulis kami'. dan aku bagi 'jalan' kau promosi blog kawan-kawan kau di jj, walau cara apa pun. silakan.

hegira said...

wow, kacip di promosi di jalan jenang! satu sejarah bagi pipi!

lepas ni mungkin zine jalan jenang boleh konversi ke buku!

dan gambar kedua dalam entri atas tu sapa?

Anonymous said...

haha...
cik hegira, saya adore awak semua yg dah bertahun dalam blogging. nk jadi mcm pipi jgn mimpi.

eh walau tak bagi komen tetap ada komen. sy pun tak tau. sama ke???
kalau sama sy kena pakai cermin mata

-akueMpTy- said...

hentam selagi boleh,mari,mari,kita hentam sampai lebam...hehehe..

berani pakai nama dalam ic la...ada berani kah?nak lagi real,bagi nama nenek moyang satu keturunan...ok?

aku bagi contoh la ek..

Gondrong warsito bin warsiman tagiman said:weh SSPundek,gua hidup lagi la..gua mahu idup 1000 taun lagi laaa...

ada paham?
x paham?
pegi jahanam!!!

Penulis Kami said...

saya sokong encik qarmadarma 100%....nuff said...

...truely meteoricmind, cara ko tuh dh nampak dah menunjukkan ko mcmana....tak perlu aku terangkan sebab ko lagi pandai menilai dari aku....

teruskan eskapisminda dan hegira...teruskan berkarya....

-neofishy

Apa Kau Nak said...

Meteoric,
Rilekla bro. Takkanlah sebab satu ayat tak puas hati kot? Ish.

Anonymous said...

pemberitahuan:

SSP menolak sekeras-kerasnya alegasi bahawa kami terlibat dlm konspirasi gangguan di sini atau mana-mana.

nampaknya ada org cuba buat dajjal. hmm siapa ya? mengikut andaian sherlock holmes aku semuanya bole dapat inferens dari komen-komen di sini saja. nampak?

gondrong ada lah orang persorangan. dan jika diteliti tiada provokasi pun datang daripada beliau.

harap maklum.

Anonymous said...

kah kah kah anonymous lagi..... eh aku pun sama lah kah kah

Lambaian Moscow (Angkatan GPSSP-81) said...

enuf said... aku, antara penulis-penulis ssp, yang melabelkan PENULISAN AKU SENDIRI sebagai PENULISAN SEPARA SEDAR (pengenalan yang dimahukan oleh saudara akueMpTy), berasa sedikit sebanyak terkilan. adakah ditulis perkara-perkara yang terbuku dihati bertujuan berlumba blog manakah yang terhebat, terlingkup, tersuci, paling najis, terindah, paling buruk, atau manakah penulis yang masuk sorga atau yang mana terhumban di sebalik pintu neraka? selama ini aku memang selalu tidak dijemput untuk menulis atau mencatat apa-apa di dada-dada blog, maka diamlah aku sebagai pembaca dan penggali ilmu melalui idea-idea dan catatan rakan-rakan. tetapi terlalu sekian lama, rekahan-rekahan yang menampakkan persengketaan dibiar melarat hingga menampakkan kehitaman hati masing-masing. aku boleh terus persetankan busung-busung benci ini, tetapi jika aku biarkan aku akan jadi geli tidak tentu arah. maka nah, aku secara penuh sedar meluahkan rasa kesian dan terkilan kepada diri-diri kita, segelintir penulis di ssp dan juga individu-individu lain yang terus sama-sama membuka kudis nanah. makhluk humanoid hipertipikal, mungkin itu aku. tetapi aku bukan reptilia berumahkan tubuh manusia, maka aku harap benar tidak berlanjutan sundalan percanggahan ini... bukan maksud aku memberi ceramah, motivasi, amaran atau apa pun disini. cuma aku memekikkan persahabatan, seperti mana aku memekik 'pelangi kekitaan' di ssp. aku tidak berharap adanya 'feed back' terhadap ulasan aku, dan jika ada pun aku tidak akan menulis disini lagi. tetapi aku akan tetap membaca dan menanti input yang hebat-hebat...
terima kasih...

p/s : saudara qarma, jika ulasan ini agak canggung menumpang teduh di hasil penulisan kau, maafkan canggung aku...

- aku, rasanya kau tau siapa aku, otak yang masih dahagakan input yang hebat-hebat dari rakan-rakan yang sudi memberi, tetapi bukan hinaan, cacian, ludahan dan kencing hancing dan aku tidak berselindung -

abeb said...

woi wee dol,

nak prozac?

anon#1 said...

nak! :)

Gin Jimuda said...

aduhai. :(

scapeofmind said...

Aduhai.. tak sanggup kukenangkan...

haha kwangkwang
*dah sesat ke bang?