30 June 2010

MAAF SAYA TAK NAK BELI

2005... Aku kerja di KL, ada salesman datang ke tempat kerja aku. Jual pen yang ada radio. Katanya sambil buat kerja kita juga boleh mendengar radio. Plug je earphone kat pen tu. Macam-macam lagu baru kita boleh dengor. Ada jugak officemate beli pen tu. Cuma aku je tak beli. Salesman tu terus rapat kat aku. Mulalaa bercerita pasal pen tu. Aku cakap takpe terima kasih saya tak berminat. Tapi dia terus cuba yakinkan aku untuk beli pen tu. Dia tegur daripada aku suka dengor lagu dari PC dengan headphone besor (masa tu aku pakai Philips closed headphone) baik aku dengor radio dari pen. Aku pun betah balik, "Ya. Saya suka dengor lagu. Tapi saya tak suka dengor radio". Aku pusing kat PC dan bila pusing balik kat dia... dia dah takde, hilang. Yang tinggal hanyalah partikel-partikel habuk berterbangan di situ.

Tup... tap... tup... tap. 2010... Aku dah kerja di Kluang, Johor. Dan perkara yang sama telah berlaku pada aku. Ada salesman... jual tempat letak pen... ada radio jugak... Cara marketing yang sama... salesman je tak sama dan mungkin ada pertalian darah dengan salesman dulu tu. Dan sedikit tambahan dialog dari salesman tu, "Abang boleh dengor lagu-lagu baru dari radio ni. Kita mesti ikut peredaran zaman, bang. Aku pun termenung jap dan berfikir dalam hati, "Salesman ni berwawasan. Memang nak kena sawan dia ni". Dan aku betah balik, "Ahhh! Fak lagu baru! Fak peredaran zaman! I still love the 90's... The year punk broke". Aku buat-buat pusing ke tempat lain, Mana tau salesman tu vanished in thin air macam yang dulu tu. Bila aku pusing balik kat dia... Peh! Salesman tu ada lagi. Cuma muka dia berkulat sikit. Samada dia terperanjat atau tak paham apa yang aku cakapkan tadi. Akhirnya salesman secara perlahan-lahan berjalan ke belakang macam nak moonwalk tapi tak jadi moonwalk dan terus cakap dengan nada mellow, "OK, bang. Terima kasih." dan dia terus beredar dari situ. Dan aku pun sambung makan.

Aku bukan seorang yang dipanggil sebagai radio friendly. Aku jarang mendengor lagu baru apatah lagi dari radio. Kalo dalam kereta, bini aku yang cari siaran dan layan radio. Aku anggap apa yang keluar dari radio kereta tu adalah sebahagian daripada bunyi bising dari kereta .Dan aku masih lagi layan lagu-lagu non-commercial of the 90's.



3 comments:

Rajuna said...

long life sinar fm!
mak neng and abg jem forever!

haha

abang dozo said...

gay...

municipal_waste said...

anti-commercial radio!fuck..