06 April 2010

Liga Isteri Perkasa



Kampung Ubi 6 April - Sekali lagi dikejutkan dengan kes isteri yang didera suami. Belum pun reda kes isteri seorang artis didera sehingga membabitkan kes polis, ini pula kes kedua dalam masa tidak sampai 2 minggu. Rentetan dari itu, Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap artis itu diatas kesalahan memukul isteri dengan niat mencederakan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil mengambil berat mengenai masalah ini. Justeru penyelesaian kepada masalah ini adalah perlindungan kepada golongan yang bergelar isteri dan tidak terkecuali anak-anak.

Untuk menunding jari kepada satu pihak sahaja tidaklah adil dalam mencari punca berlakunya masalah ini. Kita sering terlepas pandang terhadap kes yang berlaku sebaliknya. Kes suami yang didera isteri dan dinafikan haknya adalah sebahagian masalah yang jarang dibincangkan. Kes terpencil ini kurang mendapat perhatian masyarakat yang perlu dibenteras sebelum ianya menjadi 'kanser' dalam masyarakat kita. Kita sering menganggap bahawa perbuatan memukul kepala suami dengan papan pemotong sayur, menyuruh suami membuat susu anak, membasuh berak anak dan melarang suami dari menonton Linda Jasmine mengajar tarian di Diari AF adalah suatu yang positif sedangkan ia bertentangan dengan nilai-nilai murni dalam melayari hidup berumah tangga.

"Ada sesetengah suami yang membeli 'head guard' dan 'body armor' secara sembunyi-sembunyi di pasaran gelap untuk mengelakkan diketahui oleh rakan-rakan sepejabat," kata seorang saksi yang merujuk kepada pesanan ringkas dihantar oleh suami-suami takutkan isteri. Alasan yang diberikan adalah untuk belajar 'Muay Thai' atau Tomoi dirumah.

4 comments:

Dottie With Dots said...

tengok linda jasmine mengajar student AF menari??? Pffftttt...

tora corgan said...

bongok punya saleh!!

absence said...

saleh dgn ko sama je, yg lainnya ko gemuk, dia kurus pendek

tora corgan said...

eleh ckp orang dia yang lebih wekkk