02 April 2010

HILANG 2 ORANG DALAM MASA 1 MINGGU

Hari ini, kita kehilangan seorang pelawak yang sememangnya 'above the horizon'. Mior Ahmad Fuad a.k.a. Din Beramboi telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Dalam masa hampir seminggu, aku hilang 2 orang yang paling aku sayangi dalam hidup aku. Lebih kurang 8 hari sebelum hari ini, aku kehilangan embah lelaki (ayah mak aku), Allahyarham Hj Kadar bin Shafie.


ALLAHYARHAM HJ KADAR BIN SHAFIE

Embah seorang yang periang dan sangat kuat bekerja. Umurnya lebih kurang 90 tahun lebih. Dalam surat kematiannya, punca kematian disebabkan sakit tua, tapi dalam masa yang sama, embah ada masalah dengan paru-parunya. Sepanjang 2 tahun dia terlantar sakit, keadaan keluarga belah emak agak konflik, lebih-lebih lagi kebanyakkan konflik kebanyakkannya menyebabkan emak aku seperti dipulau adik beradik sebab mak yang bawak embah ke klinik dan menemui 'penyakit' yang dihidapi embah. Tapi semuanya berakhir 8 hari lalu. Dan embah Kadar aku dapat rasakan dia aman dengan keadaan keluarganya sekarang.

Pada hari dia meninggal, aku orang ke 3 sampai. Sayu bila tengok sekujur tubuh terlentang di anjung rumah embah. Cik Anin, anak lelaki bongsu embah, sibuk membacakan ayat-ayat suci dan yassin. Camtu jugak mak long. Camtu jugak embah pompuan. Perlahan-lahan, rumah embah makin ramai dikunjungi orang.

Esok paginya, aku dan semua anak serta cucu embah Kadar memandikan mayatnya. Takde banyak masalah, kecuali suara si pengendali yang sedikit kecoh. Mayat disembahyangkan dan dikuburkan. Cik Anin, yang aku tengok tenang sepanjang kematian embah, akhirnya menangis saat akhir dia membacakan doa tahlil. Moga roh arwah Hj Kadar bin Shafie dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


ALLAHYARHAM MIOR AHMAD FUAD A.K.A. DIN BERAMBOI

Seperti yang aku ceritakan sebelum ni, hidup aku sentiasa dipenuhi oleh keseriusan. Keseriusan dari semua segi. Dan seperti yang aku ceritakan dalam post aku sebelum ni, antara 'ubat' untuk aku melawan keseriusan dalam hidup aku ialah mendengar dan melihat lawak yang dipersembahkan oleh Din Beramboi. Hampir setiap pagi, segment Riuhkan Pagi Era merupakan santapan untuk aku bergembira. Lawak-lawak yang berbeza serta 'above the horizon' dari Din Beramboi sangat-sangat menggembirakan hati aku. Dia boleh jadi apa saja. Periuk nasi elektrik pun boleh jadi kalau dia nak. Daripada Drama Sebabak, Sawancara sampai lah ke akhir rancangan, lawak yang disajikan hampir pasti kita tak terfikir untuk dilawakkan. Dalam Raja Lawak musim ke 4, walaupun kita tau dia marah, orang still lagi ketawa. Rancangan Ah-Ha pun tak kering gusi. Antara watak yang pernah dipegang ketika dalam rancangan Ah-Ha ialah cikgu Bahasa Inggeris mengajar orang tua yang dah memang fluent english. dalam rancangan Spontan, dia sentiasa antara yang terserlah dengan idea yang memang spontan. Dalam drama yang diterbitkan dalam bentuk VCD arahan Afdlin Shauki, aku lupa tajuknya apa, dia jadi bomoh orang asli yang kelakar abis.

So, disebabkan hampir setiap pagi aku dengar celoteh lawak Din Beramboi, dan disebabkan itu aku rasa 'dekat' dengan dia. Sebenarnya, sejak hari Khamis minggu lepas, tanda-tanda demam dah ada, tapi dia refused nak ke klinik atau hospital sebab nak jaga bininya yang demam jugak. sampailah pada Isnin yang lalu, lepas tak tahan sangat dan selepas beberapa pekerja Era datang ke rumahnya, baru lah Din Beramboi nak ke hospital.

Dan Selasa lepas, keadaannya kritikal. Dan pada hari ini, kita kehilangan seorang lagenda dalam dunia lawak tanahair. Terima kasih Pak Din kerana memenuhi ruang kegembiraan dalam hati saya. Mungkin tanpa Pak Din, hidup saya tak ceria. Saya akan merindui segala cerita-cerita dari Pak Din yang sentiasa menghiburkan hati saya. Yang pasti, saya akan rindu Pak Din. Rindu Pak Din. RIndu Pak Din. Rindu Pak Din :(

AL-FATIHAH UNTUK DUA ORANG YANG SANGAT SAYA SAYANGI, ALLAHYARHAM HJ KADAR BIN HJ SHAFIE DAN ALLAHYARHAM MIOR AHMAD FUAD A.K.A DIN BERAMBOI

2 comments:

Anonymous said...

semogarohnyadicucurirahmat.alfatihah

tora corgan said...

dah jgn sedeh sedeh, lps ni lu dah boleh layan abg jem sinar FM pulak.