06 April 2010

Bunyi Bingit

Aku tak sangka boleh terjumpa DVD ni di Pasar Borong Pandan, Johor Bahru. Blu-Ray disc converted to DVD dengan hanya RM10. Ya... Cetak rompak... Janji kualiti bagus. Begitu juga dengan packaging.

The Edge, Jimmy Page dan Jack White..... Dublin, London dan Detroit... telah dipertemukan di atas satu pentas bagi membincangkan tentang gitar elektrik, amplification , gejet-gejet, sound setting dan recording style masing-masing. Dan yang rare nya, diorang boleh jamming sama-sama walaupun tak satu channel musically.

Diorang berkongsi cerita tentang pembabitan awal masing-masing dalam permainan gitar, pengaruh awal dan pendirian diorang bila strum gitar. Dokumentari ini sangat bagus untuk dipertontonkan kepada gitaris-gitaris kita di Malaysia dengan harapan supaya jangan kerek kalo dah terrer main gitar dan jangan segan-segan bercampur dengan gitaris old school bagi mereka yang baru belajor atau tak pandai-pandai, boleh dapat ilmu secara tak langsung... Cuma kalo boleh, jangan jadi macam sorang kawan kita di Batu Pahat... baru belajor main gitar tapi terus quit dan jual gitar tong entah pada siapa selepas dikaitkan dengan Yngwie J. Malmsteen.

OK... Dipendekkan cerita, dapatkan DVD ini sekarang!

6 comments:

NEOFISHY said...

aiseh abg dozo...kasi saya 1 copy bleh? cara ah abg dozo!!!!

tora corgan said...

woi turun jb tak kontek gua pun!! apa punya blood lah lu ni!!!

tora corgan said...

pssst gua kenal brader yg jual gitar tong tu hahahahahaaa

municipal_waste said...

nk copy bley???nnti sya ntar alamat rumah...

Abang Dozo said...

aku sebenornya ke JB sebab mak mertua aku masuk wad kat hospital Sultan Ismail. sampai tido kat sana, beb. tu yang aku dapat curi masa keluar gi pasar borong pandan sebab dekat dengan hospital tu.

aku tak berani janji bila aku ke sana lagi. kalo ke JB maknanya memang aku ke hospital Sultan Ismail dan for sure aku akan singgah lagi ke pasar borong pandan kalo aku dapat keluar. aku akan contact korang kalo ada lagi stoknya.

tora corgan said...

rumah gua seberang jalan je taknak singgah, mengada ngada!