Pernah tak korang rasa setiap lagu yang didengar, relate dengan diri korang? Mesti ada punya kan? Nak-nak yang tengah bercinta, sure mesti ada anthem memasing macam zaman cerita 'Azura', zaman yang semua orang bercinta akan guna bahasa berbunga-bunga kalah kedai jual bunga. Surely kalu jual, kedai bunga sendrik tutup kedai.
Tapi ni bukan nak cerita pasal cinta. Kita nak cerita pasal lagu, lagu yang kekadang kita dengar akan rasa bersemangat, rasa down, rasa benci, rasa marah, rasa tertekan dan macam-macam lagik rasa. Lagu yang mana pilihan korang?
List kat bawah merupakan lagu-lagu yang sedikit sebanyak pada aku memberi impak yang sangat besar pada setiap golongan (atau sesetengah golongan sahaja) dalam hidup seharian mereka, tak lupa jugak pada aku. Selebihnya, setiap lagu yang akan aku ceritakan mempunyai keistimewaan masing-masing, if not the best, yang tak banyak, sikit ada reflection kat kehidupan aku (semua lagu adalah keluaran artis-artis Malaysia).
Alhamdulillah - Too Phat (featuring Yassin, Dali Ahli Fiqir and Dian Sastrowardoyo)
Setiap bibit lirik dalam lagu ni menceritakan segala-galanya. Kisah seorang hamba yang mencuba untuk menjadi muslim yang sejati, walaupun banyak halangan yang ditempuh. Cuba korang recall balik setiap patah perkataan, terutama apa yang Malique rappingkan, dan 'sedut dalam-dalam'. Salah satu lagu terbaik yang pernah dihasilkan oleh pejuang seni tanah air.
Secebis Rayuan - Burnmark
Ni band otai dari Segamat, Johor. Masa lagu ni popular, aku ada dekat darjah 2 nak naik ke darjah 3. Album kompilasi Battle Of The Bands siri berapa aku dah tak ingat (ada band Metalian, Scandal yang menampilkan Joe Wings sebagai gitaris utama, D'Febians yang kemudiannya popular dengan nama Febians yang penyanyinya sekarang jadi vokalis Amuk yeah yeahhhhhh, etc) dan sejak tu, aku berangan nak jadi bandmates Burnmarks. Siap buat gambar gitar, keyboard dekat atas papan meja sekolah yang dah rosak, pastu time rehat nyanyi melalak lagu nih. Sebab lagu ni lah, aku dengan kawan-kawan kena lempang masa darjah 3 dengan cikgu kelas sebab dia marah aku conteng meja belajar kitaorang dengan kapur tulis 'BURNMARK' besar-besar sambil jerit, "kecik-kecik dah tau nak rock". Yang aku kesian kawan-kawan aku tu yang tak tau apa-apa, cuma ngikut-ngikut jek. Hahahahahahah....
Belaian Jiwa - Innuendo
Lagu ni memang lagu cinta maut tahap Universiti Malaya. Sebab apa? Sebab arrangement lagu yang cuba Innuendo buat sangat kena dan paduan vokal harmoni diaorang yang superb membuatkan penyanyi asal lagu ni (aku lupa samada Flybaits atau Carefree) seolah-olah 'penyadur' lagu nih. Pada last verse lagu nih, Remy (vokalis yang berambut panjang dan muka jambu macam chinese look) mengalunkan melodinya cukup syahdu. Malam-malam dengar kul doblas memang sanagt sesuai untuk orang bercinta yang tengah merindui makwe/pakwe memasing. 95 out of 100.
Ruin By The Selling Out - Butterfingers
Lagu ni membuatkan band aku masa tu seminggu 3 4 kali jam. Gila babai macam rasa nak jadi macam diaorang. Setiap satu ketukkan drumnya aku follow betul-betul dan aku study sampaikan satu tahap, aku rasa aku lah drummer Butterfingers masa tuh. Lagu ni bukannya hebat sangat, tapi adrenalin yang ada pada lagu nih membuatkan kami satu band rasa yang kami patut jadi macam diaorang, punya album dan nama yang cukup besar. Sampai sekarang impian tu tak tercapai, ceh......
Bujang Senang - Wings
Wings adalah satu-satunya band rock melayu yang aku minat gila babi sampai sekarang. Akak dengan mak aku pernah tegur aku yang masih dalam sekolah rendah tapi dah pandai dengar lagu-lagu rock, sama macam cikgu aku, cuma diaorang tak lempang aku jek lah. Sebut pasal lagu-lagu Wings, semua sekali adalah terbaik (pada aku ah) dan nak pilih mana yang terbaik adalah sangat mustahil. Lepas timbang tolak dan timbang tara, lagu Bujang Senang adalah lagu yang betul-betul menunjukkan Wings adalah band heavy metal sejati tanah air, bukan band rock kapak (aku sampai sekarang tak paham rock kapak tuh muzik jenis apa, jatuh standard maa samakan Wings dengan rock kapak). Cuba dengarkan intro yang Joe main, sebelum Awie mengalun lembut mengiringi petikan gitar intro yang Joe main. Beberapa saat lepas tu, BOOM! lagu yang sebenar muncul dengan setara jeritan panahan arjuna dari Awie, membuatkan penyanyi-penyanyi rock zaman tu pikir dua tiga kali nak saingi Awie. Fast, energetic dan power! Lagu ni antara lagu rock terbaik, atau mungkin lagu paling terbaik muzik rock tanah air pernah lahirkan. Aku tau Search band rock terunggul, tapi diaorang hard rock, bukan macam Wings, heavy metal! Disebabkan kehebatan muzik mereka, mungkin sebab tu solo gitar untuk lagu 'Gemuruh' (dalam album Double Trouble - album gabungan dua band rock terhebat tanahair Wings dan Search) dimainkan oleh Joe. Korang tak percaya? Tanya M.Nasir sapa yang solo dalam lagu tu.
Tiada Lagi Kidung Mu - Letfhanded
Lagu ni baik kerana vokal Nash yang tarik tinggi. Dan lagu ni juga baik kerana solo simple Man Kidal yang bermelodi. Dan lagu nih juga sangat sesuai untuk ending filem 'ROCK' arahan Mamat Khalid, yang ditujukan untuk Allahyarham Jijoe Alfonsus Periera (meninggal dunia akibat kemalangan lepas buat show kenduri kawin), bassist lama band Mamat Khalid yang menang Battle Of The Bands negeri Perak tapi tak dapat nak teruskan merakam album. Tempat mereka digantikan oleh May, yang akhirnya meletup satu Malaysia. Tiada Lagi Kidung Mu adalah antara karya hebat dari Lefthanded di samping lagu 'Seruan' dan 'Pencinta'.
What's The Point (What's The Reason) - Never Ending Threat
Aku panggil lagu nih lagu anthem untuk komuniti hardcore/punk Malaysia. Masakan tidak, sesapa pun yang bawak lagu nih, samada band asalnya ataupun band lain, sambutan crowd pasti menggila. Lagu ni simple. Sangat simple tapi kerana ke'simple'an lagu ni dan lirik yang sangat kena dengan flow lagu nih membuatkan lagu ni adalah lagu yang 'BIG' untuk arena hardcore. Pernah dirakamkan secara professional untuk kompilasi 'Visionville Hardcore Vol. 1' keluaran As It Is/ Strange Culture Records. Biarpun berjuta kali dimainkan, biarpun line asal bosan mainkan lagu nih, biarpun mencanak keluar lagu-lagu metalcore atau tough guy dari band-band baru Malaysia, lagu nih tetap dapat sambutan diluarjangkaan setiap kali didendangkan, sampaikan aku pernah cakap kat salah seorang line up band nih, "korang tak main lagu lain pun takpe, dari mula set korang sampai abis kalu main lagu What's The Point jek pun dah cukup havoc nak runtuh stage". Tak percaya? Percayalah.
Figura Malaya - Old Automatic Garbage
Lagu ni sangat hebat. Sangaaat hebat. To date, lagu ni adalah lagu terbaik pernah OAG hasilkan. Walaupun 60's TV adalah lagu anthem diaorang (dan aku akui lagu tuh pun hebat), tapi Figura Malaya ada kelasnya yang tersendiri. Pada part pertengahan lagu, bunyi violin dan gitar saling berlawanan dan arangement lagu yang kena dengan muzik membuatkan vokal Radhi pun kedengaran superb. Brit pop? What Brit pop? This is Malay Pop at it's best!
Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussien
Sememangnya lagu ini adalah lagu terbaik untuk tahun lepas. Bukan sebab terpengaruh dengan AJL (aku tak tengok pun AJL), tapi sememangnya lgu nih merupakan lagu yang sepatutnya melonjakkan seni karya rakyat Malaysia pada saat ini. Sememangnya lagu ni layak untuk menjadi Juara AJL, mengalahkan saingan terdekat diaorang iaitu Faizal Tahir (yang dikatakan akan menjadi juara) kerana pembaharuan muzik dan gaya vokal Lan yang unik (cuba korang refer dengan vokalis band Blind Melon, Shanon Hoon) yang diakui cuma 1 dalam seribu. Kemenangan mereka juga bersebab. Sebab indie muzik tengah naik (dan seperti biasa TV3 nampak opportunity kat situ) dan sebab mereka layak dan sepatutnya Faizal Tahir adalah nombor dua. Faizal Tahir bukan tak layak untuk menang. Dia memang layak sangat dan boleh menjadi nombor satu. Tapi tak ada bezanya lah kalau dia menang...muzik Malaysia masih macam tuh, tiada pembaharuan walaupun bagus.
Mentera Beradu - Malique The General (featuring M.Nasir)
Lagu ni biasa saja walaupun sebenarnya lagu ni adalah lagu yang bagus. Walaupun menampilkan M.Nasir, ianya tak membantu, dan masih biasa saja. Yang membuatkan lagu ni kuat dan outstanding ialah liriknya. Lirik yang dinukil oleh Malique sangat puitis dan sangat tajam serta sinis. Cuba kaji bait lirik ini... "..soalan bodoh yang ditanya, jadi melodi yang lebih hina dari zina, huh, lu bikin dosa, ku bikin prosa..". Nampak tak? (kredit untuk Mr. Qarmadarma). Tak nampak? Sebab tu lagu ni hebat kerana liriknya.
Malam Bulan Di Pagar Bintang - Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
Memilih lagu terbaik dari Allahyarham umpama memilih emas mana yang cantik dan berharga diantara emas-emas yang memang cantik dan berharga. Lagu ni salah satu lagu nukilan Allahyarham yang sememangnya genius menghasilkan karya tak kira filem, lagu ataupun muzik. Lagu ni sebenarnya dalam mood slow motion (atau klasik) yang membayangkan jiwa nurani seseorang yang sedang merindu. Ironinya, lagu ni terhasil dari sebuah filem yang terkenal dengan lawak jenakanya, Pendekar Bujang Lapuk. Allahyarham selalu menyelitkan twist pada setiap karyanya dan lagu ini disebalikkan rintihan sang penyanyi untuk bersua dengan yang dirindui, sebenarnya menceritakan juga bagaimana 'merintihnya' Ajis dan Sudin menunggu Ramlee yang sedang 'mengorat' anak Pendekar Mustar yang menggambarkan mereka telah 'melepas'. Cliche? Mungkin.... .
Ni sebahagian lagu-lagu yang aku terlintas untuk dikongsi bersama korang. Mungkin di masa akan datang aku akan buat lagi review lagu-lagu lain, atau mungkin lagu-lagu omputih plak lepas nih...atau...aaahhhh, tunggu jek nanti.
*p/s: lama dah tak review lagu, teringat dulu masa kat majalah Dragon dok review album dengan lagu sampai tinggal assignment sebab nak dapatkan duit..heheheh
-neofishy 'si-balachi-Dragon'
6 comments:
"i dont listen malay songs"
wa selalu dgr ayat ni, budak budak taik otak sempit! Lu nak dgr ke tak lu punya pasal kan tapi ckp tu jgn nak ye yok oh sgt aku mmg dah lama tak sauk org ni!
Sbb apa band mat saleh(bkn saleh pt moen 2 tau)dipunya band buat lagu smua best je? Sbb diorg paham fasih bahasa diorg dgn baik, bila fasih tu yg buat lagu penuh jiwa dan perasaan, melodi lagu dgn muzik seiring sejalan dan kuat.
Contoh chris martin coldplay perform lagu diorg penuh perasaan, band kita pun boleh apa buat lagu mcm coldplay tapi nak dpt penuh feel mcm chris martin mmg takde la sbb dia sudah betul betul faham fasih bahasa dia. Bkn band kita tak paham fasih bahasa inggeris tapi ada sket kurang, jiwa takde.
Wa tak anti dgn band kita yg menyanyikan lagu inggeris ni, tapi bila buat lagu tu kena faham baru lagu tu ada jiwa, ni bila tgk band blocparty best je trus nak jadik blocparty, tu namanya fesyen!!
aku suka review ni psl almost smua pnh dgr wlpn kod aku taktau..
alhamdulillah: best psl aku paham lirik dia xyah tgk kamus
secebis rayuan: aku blm lahir lg
belaian jiwa: melo dan sedih.. aku gembeng tau...
ruin by selling out: aku lg suka royal jelly
bujang senang: wuiyooooooo... ni mmg lagu metal wings yg paling best, sapa ckp ni lagu rock aku sepak muka dia pakai selipa jamban... (aku dan neo adalah die hard fan wings smp mati)
tiada lagi kidungmu: aku minat seruan.. kalau dgr lagu tu bulu roma naik
what's the point: dari mula buat band bodoh2 dgn rusdi(beruang) smp main dgn abang enol(wahahaha) ni la lagu wajib bawak. kalau tak bawak kira ritual tak jadi la... kalau voc net yg gemok tu da takleh jerit, ke padil da takleh lompat...ni bdk pt moen 2 bleh apaaaaa
figura malaya: best tp aku suka 60's tv...
laguku untukmu: lagu ni kira pecah dara utk m'sia indie listener yg dulu tepu dgr lagu indon...tak bisakah kau menunggu ku ooo(dgn nasal yg over)
mantera beradu: best, gabungan alunan gemersik m.nasir dan lirik brilliant malique mmg cadasss....
malam bulan dipagar bintang: aku hapal lagu ni..nk aku nyanyi ke???
Behold the new hip hop starz...the new masterpiece in the making...Behold the great and the most talented new hip hop artis...here comes Taufique The Penghulu, in conjunction with partnership along side Joe Flizzow the President and Malique the General.....apa2 pun, kami semua respect gila babi kat Joe dengan Malique,yeah!
-neoflizzy 'Getting-Jiggy-With-It'
terangnya, aku lebih suka lagulagu wings. lagu wings lebih kacip dari lagu search. belenggu irama penah jadik lagu anthem puak kitorg masa skolah dulu. haha.
belaian jiwa tu lagu carefree. jayjay. aku rasa nyanyian innuendo ni lagu cover yang paling bagus dibuat orang dibanding dgn lagulagu cover 70an 80an yang lain.
MUH takyah cakap. aku rasa ini band terbaik sepanjang zaman (2000). aku rasa dia boleh pukul bandband indie yang lain. kalau derang maintain.
wei cik neo lu rap gagap apa lu layak masuk raja lawak je wahahahahahaa tet ter rer terr
download visionville hardcore comp di sini : http://sk8edge.blogspot.com/
Post a Comment