“kalau kau dpt anak lelaki kau kasi nama dia sempena nama aku, Mat Jo”
Lama tak balik kampung, sampai pintu rumah je mak wa ckp yg member baik kampung sebelah meninggal dunia, innalillah..
Wa tak puas hati wa call bini dia utk mendapat kan cerita sebenarnya. Bini dia ckp arwah meninggal kemalangan jalan raya. Wa tak tanya secara detail sbb bini dia tgh sedih, nanti tak pasal pasal wa pun sekali join nangis dgn bini dia.
Kali terakhir wa jumpa dia 3tahun lepas hari raya dia dtg rumah makan kuih raya. Dia jarang balik kampung sebab bertugas nun jauh dikedah, biasalah kan org dah berkeluarga ni nak kesana kemari kena kira bajet.
Berbual dgn arwah mmg pelik sket sbb kita bercerita tentang hal hal yg skema spt bila nak kawen?, cerita pasal anak anak dia, asam garam hidup berumahtangga, hal hal kerja dan cerita pasal masa depan. Brbeza dgn wa yg lebih suka berbual bual benda benda yg remeh temeh, santai dan tak perlu fikir banyak. Memang perangai setiap manusia itu berbeza beza, wa tak boleh paksa dia suka apa yg wa suka dan dia juga sebaliknya.
Wa teringat masa sekolah rendah darjah 1, 1st time wa kenal dia dah paw gua 20sen. Tapi bukan paw mcm kaki buli ke gangster buat tu, ni kira mcm bersopan santun sikit, ckp dgn wa baik baik “tora, ada duit 20sen? Aku nak gi kantin la”. Disebabkan wa ada duit dan masa tu mak wa ajar jgn jadik penipu wa kasi dia 20sen, boleh dikatakan dlm seminggu tu dua tiga hari dia mintak wa duit 20sen.
Sebenarnya wa tak kesah pun pasal 20sen tu sbb paklong wa sudah jadik proxy kasi duit belanja 50sen sehari. Wa ingat pesan mak “duit 50sen mak bagi tu buat belanja kat kantin beli makanan, kau jgn nak beli jajan eh!”. So duit 50sen yg paklong wa kasi tu la wa buat belanja balik sekolah beli jajan dgn tikam tikam, amacam pintar kan? Kan?
Ada satu hari tu mak wa ni sudah tanya:
Mak tora: “mak kasi duit sehari 50sen kau beli apa kat sekolah?”
Tora: “20sen beli nasik lemak, 10sen beli air sirap”
Mak tora: “lagi 20sen”
Tora: “kasik mat jo”
Mak tora: “kau ingat duit tu bapak kau petik dekat pokok duit duit(info: pokok parasit yg banyak tumbuh dkt batang pokok kelapa kaler hijau bulat mcm duit 20sen) ke! Sesenang je dia kasik orang!” **Time ni mak wa dah amik tali pinggang dah siap kuda kuda nak libas dkt badan wa**
Tora: “keluarga dia miskin” **time ni air mata wa dah bergenang dah bkn sebab nak kena rotan, sbb ada harapan duit belanja sekolah lps ni cuma dpt 30sen je**
Mak tora: “abis kau ingat keluarga kita kaya apa?”
Tora: “mmg keluarga kita pun miskin, tapi kita ada duit sikit”
Mak tora: **diam kelu, letak talipinggang, pegi dapur goreng lempeng cicah sambal tumis ikan bilis**
Lepas darjah 6 mat jo pindah selangor duduk rumah kakak dia, maklum la kelurga kat kampung adik beradik ramai, bapak dia pun kerja kampung je, jadi kakak yg tua pikul amanah menyekolahkan adik adik yg lain. Lepas dia duduk selangor wa jarang jumpa dan kontek dia, maklumla handphone blum ada lagi zaman tu, nak harap wa tulis surat mmg jauh sekali la.
Time hari raya dia balik kampung baru la jumpa.
Lepas spm dia bagitau yg dia takde duit nak sambung belajar, dia mmg berharap sangat nak sambung belajar tapi apakan daya takde rezeki. Wa ckp dgn dia lu sabar je la.
Tak berapa lama lps tu dia dpt kerja kat tudm, bkn sbg pilot tapi sbg pembantu mekanikal(pomen kapalterbang). Wa pun terperanjat la gila apa tudm ni kasi budak terjal ni jadik pomen kapalterbang kan tak pasal pasal dia bawak lari kipas helikopter nuri letak kat atas bumbung rumah dia nanti.
Tetiba lepas 2tahun dia berkhidmat dgn tudm, diorg hantar dia sambung belajar mekanikal engineering kat ITM(kalau wa tak silap la). Wa ckp dgn dia “haa kau tgk rezeki tuhan nak kasi, bila bila je dia boleh kasik yg penting sabar, usaha dan doa”. Kira beruntung jugak la dia kerja tudm tu(wa dgr dia dah ada pangkat), dpt duduk lumut perak, labuan, kedah dan dpt bini. Kalau dah rezeki tak kemana.
Wa sebak sedih sbb baru minggu lepas dia call bertanya pasal hal pinjaman kereta, dah lama dia tak call, itu lah kali terakhir wa dgr suara dia, wa pasrah, mmg dah tiba masa dia pergi.
Al-fatihah utk Mohd Johar Bin Kasiran.
2 comments:
buat pertama kali mat tora menulis post sedih.
Tora: “mmg keluarga kita pun miskin, tapi kita ada duit sikit”
pehh ni kalau awek baca mesti mintak no tepon ni, tp kalau da jumpa live tak jadi kot wahahahaha...
Al-fatihah utk Mohd Johar Bin Kasiran.
semoga rohnya dicucuri rahmat
al-fatihah-...moga Allahyarham Mohd Johar bin Kasiran tergolong dalam kalangan orng-orang yang dilindungi oleh Allah....amin!
Post a Comment