28 February 2009

Tiada cerca atau caci maki.hanya kata-kata pemuas nafsu estetik.

-RIUH-

Bingar! Bingar!
Aku mau seperti di pasar
aku mau tawar menawar
jual-beli faham ideologi
kerana waktunya telah dekat
seperti yang kau kabarkan

Urat dan nadi tergeliat pelat lidah kelu kaku menggigit-gigit
perit menjerit jauh menembus daging-daging beku
merentas alir darah merah pekat likat kesat
akhirnya terpacul sangkut-sangkut menjadi suara pelat!

Elok dijahit saja mulutku
supaya tiada aku bicara.

Namun, tentu saja aku maseh mau bingar

Bingar! Bingar!
aku mau seperti di pasar.

4 comments:

-akueMpTy- said...

bingar,bingar,
aku mahu bingar,
tapi bukan seperti di pasar,
cukup seperti di warung zam tonk.

Gin Jimuda said...

warung zam tong tak lagi bingar.paling tidak pun, ada la 2-3 orang rakan-rakan yang maseh ketagih dengan mee dan nasi lemak zam. daging rendang dah takde lagi, jadi mengkin kurang ummpphh kan.

selebihnya, janji nak datang tapi batang konek pun tak kelihatan.

Anonymous said...

lontong tu yang aku frust..

hegira said...

wah. nafsu estetikmu bingar amat.

apa, sepi sangat kah di sana?