03 February 2009
MARI TENGOK KATUN, ADIK-ADIK
Well, well, well...kalau sebelum ni Abg Mat Tora dah menyajikan cerita-cerita separa kritikal, kritis, intelectual dan cerita yang tengok-dan-fikir-type, kita cuba lari sikit ek dari kebiasaan.
Kali ni kita tengok katun lak. Cerita ni buatan PIXAR Animation, dan seperti tertera pada kulit DVD, pernah juga menghasilkan cerita lain seperti Cars, Toy Story, Monster Inc. (dengan motto: We scare because we care) dan lain-lain lagi lah.
Ratatouille adalah satu jenisan sajian dari Perancis yang terdiri dari sayuran dan buahan yang menjadi bahan makanan tradisional orang Perancis. Dan relatenya cerita ini dengan Ratatouille ialah, Ratatouille yang dihasilkan oleh seekor 'RAT' (tikus). Kira kena lah kan...hehehe
Watak utama ialah Remy, seekor tikus yang secara semula jadi begitu sensitif pada semua jenis bau-bauan dan juga minat yang tinggi dalam bidang masakan. Taksubnya dia terhadap Chef Auguste Gusteau, seorang chef terkenal di Paris yang mempunyai motto dan kepercayaan bahawa "semua orang boleh memasak" (ANYONE CAN COOK!), membuatkan dia mempunyai cita-cita menjadi seorang (atau seekor) chef yang terkenal di Paris.
Selepas tidak mendapat sokongan keluarga dan terpisah ketika koloni mereka diserang oleh seorang wanita tua (mereka menyorok di atas rumah wanita tua tersebut), Remy berazam untuk mencapai cita-citanya selepas secara tak sengaja telah terjumpa Restoran Gusteau, milik chef pujaannya.
Kiranya luck semakin dekat dengan dia lepas seorang lelaki yang dikatakan waris Gusteau, Alberto Linguini pergi berjumpa dengan Chef Skinner, ketua chef yang gila kuasa (note:Gusteau telah meninggal dunia dan Skinner bertanggungjawab menjalankan restoran tersebut yang akan menjadi miliknya kalau waris Gusteau tidak muncul), untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Restoran Gusteau.
Dan lepas jek insiden tidak sengaja Linguini mencampurkan bahan-bahan rojak ke dalam sup dan di'adjust' oleh Remy, kat sinilah bermulanya konflik cerita nih. Banyak insiden yang Remy, dan juga Linguini, hadapi untuk akhirnya menjadi sebuah konflik yang membawa kebaikan pada diri diaorang secara peribadi.
Jalan ceritanya menarik dan setiap satu disusun dengan lebih teliti sampaikan lakaran Linguini jatuh dalam parit dan dalam keadaan basah pun mereka ambik model yang real dan suruh terjun dalam air dan lencun!
Apa yang menarik, kat akhir cerita, selepas mereka berdua hilang kepercayaan daripada orang-orang sekeliling mereka, datang seorang pengkritik,(yang selama ini menjadi ancaman kepada semua pengusaha restoran di Paris kerana kritikan 'panas' yang pasti buat mereka gulung tikar), yang bernama ANTON EGO, yang secara suprisenya, mempercayai mereka.
Kalau korang percaya pada satu ayat seperti 'AYONE CAN COOK', korang pasti enjoy tengok cerita nih.
Cerita ni menunjukkan seorang pengkritik pun boleh 'jatuh cinta' pada benda yang tak mungkin dia jatuh cinta.
Bak kata Anton Ego, " ...in many ways,the works as a critics is easy. We risk very little, yet enjoy a position over those who offer up their work and theirselves to our judgement.
We thrive on negative critisism, which is fun to write and to read. But the bitter truth we critics must face is that in the grand scheme of things, the average piece of junk is probably more meaningful than our criticism designating it so"
Kata-kata Anton Ego sangat sesuai diguna pakai sebagai peringatan untuk para pengkritik dan ahli politik. Anda fikirkan sendiri.... :)
Enjoy sesuatu yang biasa tetapi marvelous sebagaimana anda menikmati RATATOUILLE!
-neofishy 'suka-makan-lempeng'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
peh between the lines apa ni? ni yg wa start pening hahahahahaa
Sepanjang karier wa menonton movie, cerita yg bergenre kartun antara salahsatu genre movie yg wa kurang minat(kurang tau bkn tak suka terus).
Wei itu hentai takde ka? ooops!
wahahahaha...bodo siak hentai...wahahhahaha...bodo nih,bodo nih...*pek pek pek ketuk kepala abg mat tora!
abang dozo ada dvd Ratatouille. citer memang best. terbaru abang dozo beli dvd citer open season 2. gambor cun.
Post a Comment