“1,2,3,4,kalau sakit makan ubat,supaya tak menyusahkan orang lain”
Sebab kamu sakit
Kerana itu kamu menyakiti
Agar kamu rasa puas
Bila semuanya rasa sakit,sesakit kamu.
Bila hati sendiri tidak tenang
Jiwa kamu tidak senang
Kamu cari titik kesalahan orang
Demi menutup kesalahan sendiri
Yang kamu rasa kurang
Demi membuat kamu tampak hebat
Jika sendiri sudah kurang
Kenapa perlu mencari kekurangan orang
Bukankah dengan tujuan untuk mengaibkan
Dengan itu mungkin kamu rasa hebat
Perasaan hebat itu indah
Perasan hebat itu ‘pity’
Aku sudah kata
Aku benci provokasi
Kenapa itu yang kamu ungkit
Jika kamu fikir ini tempat kamu yang punya
Kamu pun sama seperti mereka
Walaupun aku dijemput
Berdiri tegak aku pertahankan
Biar dicaci cela, biar aku seorang
Sudah aku kata aku ini individualis
Jika cuping terasa panas
Kamu tidak panggil itu sindiran
Kamu kata itu gunanya teman
Dengar ini ‘orang berbudi,aku berbahasa’
‘tak ada angin,pokok tak bergoyang’
‘kerana mulut badan binasa’
Orang tua-tua cakap,lain kali catit.
Sudahlah kawan,
Kamu bukan sebagus mana
Aku bukan sebagus mana
Kalau kamu bagus hasilnya ada
Kamu suka membawa porak-peranda ke mana-mana
Bukan aku tak kenal kamu siapa.
Hormat-hormatlah sesama kita
Dunia kita tak sebesar mana
Hari raya pun jumpalah juga
Kalau tak dapat jumpa pun
Anggaplah jodoh kita memang tiada
Kita sebok membaling cuka
Orang-orang luar ketawakan kita.
“Sedar diri dowh”
kosmikuriousoff.
6 comments:
jalan jenang banyak mat"sakit"
"menghindari adalah lebih baik dari mengubati",
kalau sakit telan ubat,
tak sakit pun telan ubat,
inilah namanya penyakit.
penyakit "cari penyakit"
bila penyakit dah menular,
ramai yang terkena sakit,
permintaan ubat akan meningkat sikit,
sedikit demi sedikit,
penyakit mula berjangkit,
mata melihat pun naik perit,
aku nak cari ubat tahan sakit.
aku tak nak lagi tersepit,
kalau hedonis tu jenis penyakit,
tak payah nak jerit-jerit,
jgn jadi lebih sulit,
wahai kawan ku yang sakit,.
bukan nak pulih penyakit,
atau pura2 tak sakit?
nah! ambilah ubat...
xnak makan ubat?
nah! ini insulin...
xmahu antibiotik?
NAH KAIN KAPAN!!!!
'1 2 3 4 kalau sakit mkn ubat'
Mcm lirik butterfingers je?!
Cut n paste?
Takde idea ke?
Huahuahua..
Trend masa kini..
pandai pun..terima kasih..
oh,metalhooligan.
maseh terjangkit kudis moral?
hai loque, selamat datang ke jalan jenang.aku admire lagu-lagu kamu(kalau ini loque yang benar).
ohh metalhooligan menge-post awal sblm berakhir pertelingkahan.
boleh diterima juga. positifnya dia juga pandai menulis. boleh buka blog sendiri lepas ni.
loque... mesti grunger taman sorga.
seattle batu pahat
Post a Comment