27 February 2009

Murtad

Murtad

Mukadimah.

Saya difahamkan oleh Internet bahawa kira-kira 50,000 Muslim di Malaysia sudah memohon murtad. Saya mula naik seronok untuk teruskan kajian saya terhadap orang yang murtad ini. Tidak lama kemudian, saya dapat tahu bahawa kebanyakan daripada orang yang murtad ni adalah mualaf yang mengucap syahadah semata-mata untuk perkahwinan, lari dari hutang, dan sebagainya sahaja. Kajian saya kali ini ditemani oleh seorang kawan baik saya. Saya tidak mahu menyiarkan namanya dalam blog ini, kang dia marah. Beliau banyak menyumbang idea dan pendapat kepada saya sebagai satu sumbangan. Selain itu, beliau juga biarkan saya menjalankan interview ke atas beliau. Tidak lupa juga dengan dakwah-dakwah beliau yang ditujukan kepada saya.

Golongan Yang Murtad

Dalam ribuan umat yang murtad ini, ramai antara mereka mualaf. Selebihnya adalah orang yang memang dilahirkan sebagai Muslim. Lebih menyakitkan hati lagi, minoriti adalah golongan yang sudah khatam Quran lebih dari sekali dan belajar di sekolah agama. Saya telah cuba mencari statistik orang yang murtad ini tetapi tidak dijumpai. So far, sumber saya berdasarkan daripada laporan daripada Swee Lan dalam article Harakah.

Mengapa Murtad?

Bila golongan murtad ini di-interview tentang sebab mereka murtad, rata-rata akan menjawab mereka tidak tahan dengan kongkongan agama. Dengan kata lain, mereka mahu hidup 'bebas'. Mereka tidak tahan dengan hidup disiplin. Tetapi saya agak keliru, agama mana yang tiada undang-undang dan moraliti?

Satu lagi sebab yang amat popular adalah kerana mereka anggap Islam menganjurkan keganasan. Mereka juga anggap yang ibadah puasa dan solat itu membazir masa mereka. Dalam blog saya yang bertajuk 'Kepercayaan Buta', sudah dihuraikan tentang 'amalan tanpa pengetahuan' ini. Bila pendalaman agama sudah kurang, mulalah pesongan akidah. Ditambah lagi dengan bilangan umat Islam zaman kini yang tidak pernah khatam setengah daripada Quran apatah lagi menghafal surah.

Salah Siapa?

Rata-rata akan menuding jari ke arah agama lain. Selebihnya akan menyalahkan IFC kerana menghalalkan murtad. Tetapi saya ingin mengajak kamu berfikir sejenak, jika orang murtad yang tidak menggelar mereka murtad kerana takut dipancung masih hidup dengan bertopengkan Muslim, tidakkah ini lebih teruk? Tidakkah ini mencetuskan duri dalam daging?

Pada pendapat saya, umat Islam perlu bertanggungjawab atas masalah ini. Dengan masalah murtad yang melanda Malaysia, hanya para Muslim sahaja yang berkuasa untuk membetulkan keadaan. Segalanya bermula dalam hati kamu. Niat untuk mendalami agama kamu amatlah penting. Setakat berniat tidak mahu terpesong tapi masih alpa dan malas untuk memahami Quran ibarat benteng yang rapuh.Apabila sudah dilengkapkan dengan ilmu agama, bolehlah mereka mula membuat perbandingan dengan mempelajari agama lain. Di situlah bermulanya dakwah kamu. Dengan ilmu barulah dapat berdakwah dengan sempurna. Takkan lah kamu setakat mahu berdakwah dengan menakutkan non-muslim tentang api neraka?

Penutup Bicara.

Setelah lama saya berbincang dengan kawan saya tentang isu ini, kami telah membuat satu kesimpulan. Muslim tidak boleh setakat mengikut apa yang disuruh sahaja. Muslim perlu menghayati dan menghargai agama suci ini juga. Dengan penghargaan terhadap agama sendiri barulah dapat melawan isu murtad ini. Caranya? Bacalah Quran. =)

Penghargaan.

Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada kawan baik saya itu kerana banyak membetulkan pandangan saya dan menghormati saya tanpa pilih kasih apabila mengkaji agama dengannya. Secara jujur, sememangnya saya berasa selesa apabila berbincang agama dengannya. Biasanya perbincangan saya terhadap orang lain berakhir dengan perbahasan dan salah faham. Dengan beliau pula berakhir dengan kata sepakat dan idea yang baru. Terima kasih kerana sudi membaca.

"Q: Chan ni nampak macam minat dengan Islam lah. Chan bila nak peluk Islam?

A: Sebelum saya peluk Islam, saya nak peluk awak dulu.

Q: (Terus merajuk tak mesej 2 bulan.)"


P.S: Dialog di atas adalah rekaan semata-mata. =p

6 comments:

Apa Kau Nak said...

You are what your inside is.

Good entry. Dah lama nak tulis pasal ni tapi belum berkesempatan.

-sedih bila dengar berita mualaf yang dipulau keluarga hidup merempat.

Anonymous said...

pendapat kamu sgt rare chan. ramai org ingin lari dari kongkongan. tapi kongkongan yang membuat manusia itu manusia. manusia yang tiada kongkongan akan jadi haiwan dan mungkin syaitan. aku sering igt pesan nabi: dunia ini adalah penjara bagi orang beriman.
kesimpulannya manusia perlu terikat dengan lunas agama dan bukan mencari sebab dan alasan utk berbuat kemungkaran yg membinasakan diri sendiri. aku malu bila ini disuarakan oleh kamu chan. kerana kamu outsider yang menjenguk ke dalam daun pintu kami kerana hati kamu ingin tahu. kamu didalam doa aku chan. teruskan

Anonymous said...

"jika orang murtad yang tidak menggelar mereka murtad kerana takut dipancung masih hidup dengan bertopengkan Muslim,"

ada penjelasan dengan statement ini. hadith yg menerangkan tentang hukum murtad dengan pancung ni panjang dan sesetengah orang mengambil sebahagian dr hadith tersebut. aku perlu cari balik periwayatnya, hadith penuh dan peristiwa hadith tersebut disabdakan supaya tidak datang kekeliruan.

NEOFISHY said...

bab pancung memancung nih kena kaji balik chan...ada sesetengah tuh hadis lemah dan kita kena kaji dan bertanya lagi...anyway, good job chan...keep up the good work...

moga satu hari nanti chan, amin...:)

NEOFISHY said...

apa kata cik anon # and the geng sama-sama berbincang mengenai ini? mana tau hal-hal seperti pancungan kepala atau kenapa murtad berleluasa boleh diperbincangkan daripada kita 'berperang' :)?

mana tau mungkin ada sesuatu yang positif boleh dilihat nnti :)

Chan said...

bab hudud itu akan saya kaji lagi. thx. =)