Dulu masa saya belajar menulis karangan Bahasa Malaysia/Melayu/Malaysia dahulu, saya selalu dipaksa menjawab karangan yang mempunyai tajuk seperti ''pengaruh budaya barat terhadap anak-anak muda zaman kini''. Saya juga dipaksa menulis keburukan budaya barat terhadap anak-anak muda Melayu. Seks bebas, majalah Playboy, arak, Mat Rempit, semua benda buruk saya main sumbat saja lah!
Pendidik-pendidik 'moral' dan 'agama' ini selalu menggunakan barat sebagai musuh ketat, lawan kepada yang baik, ''forces of evil'', dan macam-macam ada lah! Saya berasa curiga terhadap pendidik 'moral' dan 'agama' ni. Adakah mereka menggunakan otak mereka untuk menapis sampah yang mahu disalurkan terus dari mulut mereka? Beranikah mereka mengatakan yang mereka langsung tidak memerlukan barat?
Habis tu mengapa jenama handphone mereka Nokia, Sony Ericsson dan bukan M-Mobile? Mengapa mereka mempunyai kereta yang berjenama BMW, Mercedez Benz, Peugeot, dan bukan Proton? Kalau mereka masih bertegas dengan hujah mereka dengan mengatakan barat itu jahat, saya mahu mereka menderma semua harta mereka yang ada jenama barat kepada saya. Biar saya sahaja yang jadi orang jahat. Amacam, ada berani?
Anak-anak muda kita yang meminum arak, free sex, Mat Rempit tu semua kalah dengan nafsu sendiri! Tidak pernah saya dengar cerita ada orang barat mengacukan pistol dekat orang Malaysia dan suruh mereka minum arak. Bila cerita pasal senjata, mengapa senjata kita dibekalkan oleh Barat? Kenapa orang-orang yang menganggap Barat ni jahat tidak mencadangkan kepada kerajaan agar menyuruh mereka pakai senjata ciptaan sendiri? Keris? Lastik? Hang Tuah? Terberak negara lain ketawakan kita nanti.
Untuk pengetahuan anda, arak itu dicipta oleh orang arab Mesir. Bukan Barat. Kitab sex Perfume Garden yang keluar ratusan tahun lebih awal itu sebenarnya dibuat oleh orang Arab! Kamasutra datang dari negara timur iaitu India. Dan saya ingin bertanya, orang mana yang suka berpoligami? Timur atau Barat? Dan siapa yang gila seks sebenarnya? Timur atau Barat? Mengapa negara kita menggunakan sistem pentadbiran cara barat? Dan bukan Sistem Khalifah?
Ingatilah, wahai pendidik 'moral' dan 'agama', ayat inggeris yang wa kasi sama lu ini: ''If you blame the west for your own weaknesses, you should be ashamed of what you have eaten''.
Jangan jadi orang yang '' berak tak keluar tapi nak salahkan jamban''.
5 comments:
Kalau wa senang aja, basic rights hidup(bagi yg beragama lah) ialah dosa dan pahala. Buat benda baik dpt pahala, buat benda jahat dpt dosa, Lu dah tau benda dosa buat apa lu buat kan kan
Cheers! kubur lain lain.
sebenarnya bukan isu barat dlm masalah sosial yg jadi dr zmn dulu smp sekarang. kalau kita lihat dlm lipatan sejarah, sebelum adanya tamadun barat dah wujud tamadun lebih hebat dari barat tapi tetap berlaku pelanggaran etika sosial. barat dijadikan scapegoat sbb barat kononnya bapa segala bentuk kebebasan. isunya barat pro dalam semua liberalisasi dan ini yg fundamentalis agama gunakan dan blame pd barat spt en chan refer dlm tulisan tu. bukan salah ketamadunan sebenarnya. dan bukan golongan santeri begitu.
saya sebenarnya percaya pada akal dan iman.
itu tonggak yang membentuk peribadi setiap orang.
teori pengaruh sekeliling itu hanya tempelan.
yang penting, kekuatan diri.
saya boleh gunakan iman sbg subjek argumen tp persepsi dan definisi iman bagi setiap orang berbeza. bagaimana manusia yang faham iman dalam konteks bahasa dan penjiwaan itu yang mungkin hegira maksudkan. bdk darjah 1 dah belajar makna iman tapi mungkin budak yg umur 45 tahun pun mungkin tak faham apa itu iman. faham dan tahu adalah 2 entiti berbeza
yup, saya bersetuju dgn kalian. kalo kuat iman, se'buruk' mana environment kita pun takkan terpesong kemana2. =)
Post a Comment