Memang jalan tegak sebatang
penuh arang hitam suram malam kelam menanti
terbakarnya semangat-semangat lusuh
di pinggir jalan di tepi longkang di celah kelengkang
'Yuen' si penunggu malam
Assalamualaikum, rokok sebatang?
terumbang ambing si sawan si pelamun nanar si gila penghidu gam
dalam gelap cahaya lilin terkapai-kapai
kehausan kelaparan
Apakah hidup hanya hitam putih tembok empat segi 7 kaki?
Belasungkawa untuk warga-warga yang telah pergi
menghadapNya
tapi aku ragu ke mana hilangnya botol-botol liquor dan
jarum-jarum suntik dan lilin-lilin dan plastik-plastik dan sudu-sudu
dan mancis cap Bunga Raya?
Haruskah ku cari untuk bahan memuja?
...
Abang Kadir! Abang Kadir!
Sedarlah! Bangunlah! Sedarlah!
Sesungguhnya, hanya kau yang tinggal
Dan masa yang ada bukanlah selama mana...
Itu cerita sisi gelap jalan suram kelam muram
memang jalan tegak sebatang
Dan aku mahu
kita mahu
menyulam jaring lelabah melintas langit kecil
berdetus cahaya merah terang
dan semua orang
TERBAKAR! TERBAKAR! TERBAKAR!
seperti semangat laki-laki Generasi 'Penat' dekad-dekad lalu
menjadi semangat lusuh hari ini...
Aww..
-ginji-
2 comments:
phew...
sesungguhnya aku mahu,
kita mahu,
mengunyah lontong zamtonk sambil menari
disaksikan mamak penjual sabun...
uda,uda,uda,uda,uda.....hahah
-aku-
dengan baju earth crisis...sambil bungkus lontong...
HARUN YAHYA
Post a Comment