Ah, akhirnya, dari cakap-cakap kosong, blog ini akhirnya sedia untuk tatapan semua. Terima kaseh untuk Roler Ghink yang telah bersusah payah menyusun atur dan mendaftar laman ini di blogspot. Selain dari ketawa-ketawa, penyumbang rokok, pembonceng yang baik(eh,tu aku!), ternyata dia juga boleh menerima arahan dengan baik, walau selalu juga dia respon dengan sumpah seranah dan carutan dalam lingua-franca kugiran idolanya tu. El Fucko, El Cunto...whatever,thanks.
Apa kejadahnya KomuNite Lusuh tu? (dengan nada hos Edisi Siasat tu..)
Kata KomuNite itu tidak akan kamu jumpa dalam Kamus Dewan. Juga bukanlah bahasa pasar yang kita guna sehari-hari dalam kehidupan. Kata 'KomuNite' ini aku curi, atau plagiat dari Komunite Seni Jalan Telawi, satu badan bebas yang ditubuhkan di tengah hiruk-piruk bandaraya Kuala Lumpur, dan dihuni oleh pencinta-pencinta seni (yang tulen dan segar ideanya) dan keras nada politiknya.
Komunite, seperti yang ditakrifkan oleh mereka, adalah dari kata dasar 'komuniti minum teh' atau 'komuniteh', yang sesungguhnya bukanlah digubal untuk dimasukkan dalam daftar kata Kamus Dewan tapi semata-mata untuk tidak kelihatan formal. Mereka mahukan sesuatu yang santai, tapi berisi.
Tapi, itu mereka. Kami, anak-anak lusuh bukanlah dari golongan yang sedemikian.
'KomuNite', seperti yang aku takrifkan untuk anak-anak degil Batu Pahat ni, lebih kuat menjurus maksudnya kepada 'komuniti malam' atau 'komuNite'. Kami, yang rata-ratanya terhamba dengan pekerjaan hari siang, akan mula keluar dimalam hari untuk berlonggok, berborak, merokok, mengutuk, gelak-gelak dan sebagainya di gerai burger Encik Neofishy dan Encik Qarma yang lokasinya strategik di segitiga emas bandar Batu Pahat, di medan selera Odeon, berhadapan dengan Hotel Garden yang agak popular, kerana kerap dikunjungi oleh kaki-kaki projek yang nak buat projek. Ini adalah lokasi tradisi untuk sekumpulan anak-anak muda yang giat bermain skateboard dan mendengar musik-musik bingit seawal 90-an dulu. Jadi, kalau kau rasa kau datang dari era tu, dan sedang membaca blog ni, kau mesti kenal dengan anak-anak degil ni semua. Pasti.
Seperti yang telah dijelaskan oleh Obey aka Neofishy aka Pol aka Kambingku-Berdiri-Kaku-5881(KBK5881), blog ini dikolektifkan oleh sekelompok anak-anak muda yang gemarkan musik bebas, atau indie dan sering berbicara hal-hal yang diluar radar arus perdana. Namun, kami bukanlah sebuah badan yang serius berdiskusi tentang hal-hal mapan, bukanlah sebuah komuniti atas nama yang sebenarnya. Sesungguhnya, blog ini tercetus dari kebosanan malam suram bandar kecil ini, yang akhir-akhir ini penghuni mudanya tersampuk gejala garis-garis-garis yang mula menjadi fenomena ala 'mawi-isme' sekitar 2006 dulu (ya, kamu semualah tu!). Jadi, ini adalah produk counter-culture untuk fenomena itu.
Teras penubuhan komuniti ini adalah untuk merakyatkan seni. Penulisan, sebagai satu cabang seni adalah suatu yang paling dekat dan mudah didekati. Kami cuba untuk membiakkan kesedaran seni dikalangan anak-anak muda Batu Pahat, yang kebanyakannya masih kabur dengan fungsi seni dalam proses pembangunan kemasyarakatan dan ketamadunan. Usaha-usaha macam ini selalu dikecam, dan direndah-rendahkan. Biasalah tu, orang Melayu kan. Kawan rapat aku sendiri tak menyokong pun, malah mengutuk lagi. Persetankan.
Jadi, sebagai permulaan, aku berharapan tinggi untuk melihat semua anak muda yang sama-sama kenal diri untuk menyumbang dalam blog ini dan menjadi sebahagian dari anak-anak lusuh. Buatlah apa saja, menulis, melakar, sajak, kartun dan sebagainya kerana semuanya adalah ranting kreatif. Alah, lagipun, setiap orang punya imaginasi kan. Ingatlah, hargailah imaginasi kerana bangsa yang hilang daya imaginasi bakal mati tamadunnya.
Oh ye. Untuk mendapatkan password dan username, kamu bolehlah melawat ke markas kami iaitu di gerai burger BPHC dan pesanlah apa saja burger, tapi..haha, ada tapi, kamu mestilah pesan setiap burger dengan 'cheese'. Ini sebagai taktik survival untuk melihat markas ini terus berada di Jalan Jenang. Jangan bimbang atau ragu-ragu, 'cheese' telah dijamin oleh Encik Neofishy yang ia bukanlah produk dari Belanda, dan jika tekak kamu tak boleh menelan atau tak biasa melahap 'cheese' yang berlemak ni, usah khuatir. Kerana aku akan selalu ada di sana dan selalu kelaparan. Hehe.
Adios.
-ginji-
7 comments:
hey hey aku sendiri tak tahu apa kugiran idola aku ko pandai-pandai je ea? dan ya aku memang suka mencarot, haha.
ni mana datnag fakta wajib kena beli burger ada cheese nih?
fakta wajib adalah BELI BERGER DOUBLE SPECIAL AYAM DENGAN CHEESE.. tu yg betul....harganya rm 4.00 jek...tak mahal...lagi mahal kat KL
obey
APAKATA KORANG MENULIS TENTANG WARGA-WARGA TETAP ODEON SPT ABG KADIR CAP CUAN,JEPP MATA KERO,MATT SAM"THE GLUE HUFFER" ATAU PAK MAT AND THE ROADBURNERS,
AKU TGK MCM ADE CERITA YG TAK DICERITAKAN LAGI
wei kasi tulis la crita burung kenari ke ikan pelaga ke bosan la kalau online layan porn je!!produktif sket!!fak!fak!!
-abg mat tora
tapi...'panglima idung' jugaklah yg....
mana bdk2 ni sumer??
qarma
kesinambungan antara paragraph nyata amat membanggakan...
penulis berbakat
simanjuntak
Post a Comment