Wah, kami sudah ada blog sendiri. Terima kasih pada Roles (drummer band punk rock BP, Jimmy Destroy dan bassist band Hardcore rabak BP, Season Finale) yang susah-susah buat blog nih (Roles adalah penggerak kepada kemajuan blog ini). Rasa agak janggal tulis blog nih walaupun dah biasa tulis blog kat myspace sendiri. Mungkin sebab malu ataupun aku tak mahukan perhatian yang lebih dari semua orang seperti mana yang dinikmati oleh blogger-blogger popular sekarang especially blogger yang sangat Uda minati iaitu Mai (Semusim di Neraka).
Tak tau nak cerita apa sebenarnya sebab saja jek nak memenuhi ruang yang Roles paksa aku buat (sebab selama ni aku paksa dia beli burger aku yang memang sedap, aku tak nafikan walaupun macam riak jek bunyi nya). Saja jek buang masa isi tempat kosong macam kita isi teka silangkata yang berbelit.
Komuniti sebenarnya bukannya 'komuniti'. Ianya lebih kepada 'perjumpaan' budak-budak Batu Pahat yang mencintai muzik bebas. Ya, muzik bebas yang telah menjadi trend anak muda sekarang sampaikan semua stesen radio dan channel tv sibuk carik dan putarkan lagu-lagu pemuzik bebas nih bagi memenuhi permintaan ramai. Ekonominya, tiada supply, tiada demand. Maka, kebangkitan muzik bebas nih berdasarkan demand yang tinggi daripada anak-anak remaja indie (atau so-called indie) yang terus-terusan mahukan halwa telinga mereka disumbat dengan lagu-lagu dari band bebas ni. Bila datangnya demand, kat situ datangnya opportunity untuk pihak lain ambil kesempatan di atas kehangatan nih. TV3 (more precisely MELODI) sibuk melobi pasal kebangkitan muzik indie nih (dalam konteks positif) sampaikan lebih sebulan ada jek cerita pasal muzik dan pemuzik bebas nih. Sebab apa, sebab kat situ diaorang nampak opportunity. Opportunity untuk apa? Untuk menarik lebih ramai penyokong dari kalangan bebas (atau so-called bebas) menyokong mereka. Menyokong dari segi apa? Dari semua segi. Termasuklah cerita-cerita bodoh yang selalu mereka sampaikan dan beritakan.
Ah, apa plak aku ni merepek cerita pasal TV3 dengan Melodi plak nih. Takde idea tapi aku nak cerita gak...hahahahah. Anyway, nanti aku sambung lagi. Sesapa yang nak beli burger, pegi la kedai aku dan Saleh (iklan: terletak kat Jalan Jenang, area yang lebih dikenali sebagai Odeon, depan hotel Garden, gerai nombor 1, dari pukul se awal-awalnya 8.00 pagi dan selewatnya 1.30 pagi, ada air panas dan nasik lemak, memang kami buat semua sedap, tak percaya tanya Uda). Lain kali, kita cerita lagi. Oh ya, lupa. Sesapa nak tengok blog aku, pegi la ke myspace aku (www.myspace.com/neofishy). Nak tengok myspace band Crestfallen pun ada gak. Eh, ni iklan ke cerita nih. Ala, kita ikutlah gaya TV3 gak, sambil menyelam minum air (note:kalau nak minum air datanglah ke kedai burger BPHC). Sekian.
-CAKAR AYAM DARI OBEY
5 comments:
haha.bey, lu gila la bey.bey.bey.bey...
-ginji-
ah, tidak.tidak. mai bukanlah blogger yang paling aku minati.sekurang-kurangnya, aku bukan fan yang beli baju dia.haha.
bey, aku minat kau sebenarnya.bey, lu gila la bey.bey.bey.bey...
-ginji-
WEIH TERASA SIAK AKU!,TP TAKPE PASAL BAJU TU AKU DAPAT FREE,..BUKAN BELI,..UHUHU,
DAN KPD PELANCAP-PELANCAP TEGAR DILUAR SANA TU,KAMU HARUS CUBA BURGER BPHC!ANDA BERANI???BERANI KERANA BENAAR!BUNGKUS KERANA LAPAAR!SEKIAN,
-GARIS MATI-
sedangkan makcik cleaner pon pakai baju mcr..
UMAR
first attempt mmg mengharukan wahahahahahahahaaa....
syabas buat penulis2 muda....
simanjuntak
Post a Comment