Ok jgn terpedaya dgn topik tanpa membaca dgn betul2 kandungannya. Blog ni bkn tempat utk meluahkan kejiwangan karaten walaupun telah diketahui 90% drp budak2 jalan jenang ni mempunyai emosi karat tegar.
Sepanjang kewujudan aku di mukabumi reput ini hanya 2 orang perempuan sahaja aku ulangi 2 ORANG PEREMPUAN sahaja yg aku pernah berkawan secara serius. Kenapa 2? apasal tak 4? ataupun seramai ahli pasukan bola jaring TIGS? Sebabnya mudah sahaja, 1-aku tak hensem 2-aku takde duit 3-aku bkn vokalis band hatko.
Berbalik kpd topik di atas, kedua2 perempuan tersebut telah bertanya kpd aku satu soalan yang sama iaitu antara ibu aku dan dia, mana satu yang aku paling utamakan? Ok kalau diikutkan hati aku yg ada aura penjejak awan ini mau aku jawab soalan tersebut dengan tendangan sisi ala shawn michael disusuli dengan hempasan chokeslam dan diakhiri dgn penamat submission kunci kaki kala jengking. Ok stop ni bkn masa utk khayalan gusti.
Soalan sebegitu mmg selalu akan ditanya oleh perempuan kpd lelaki, kenapa? Mungkin sbb sudah ada checklist yang telah mereka rancang awal2 lagi utk ditanya kpd bakal teman lelaki kelak selepas mereka akhil baligh kot. So aku takperlu huraikan lah apasal soalan tersebut perlu ditanya bagi pihak mereka sbb diaorang ni memang sudah tahu jawapannya saja ingin menguji tahap kesabaran mahupun kesetiaan lelaki so aku malas nak fikir mahupun melayan karenah psikologi mereka yang sememangnya telah ada semenjak mereka wujud di mukabumi reput ini.
Aku dengan mudah menjawab "yang paling penting dan utama ialah ibu saya kemudian baru awak. Sbb dia yg lahirkan saya, dia yang selalu doakan kesejahteraan dan kebaikan kpd saya, maka saya tidak lah boleh suka2 melangkah maupun membelakangkan dirinya. Saya ingin hidup tenang dan tenteram". Hasil drp jawapan tanpa tapisan aku itu telah mencetuskan reaksi yg kurang baik drp kedua2 perempuan tersebut terutama sekali perempuan pertama yg tidak dpt menerima dengan hati yang terbuka. Pada aku itu tak salah(tp pd dia aku salah) sbb aku bknnya nak kawen lagi satu ataupun merancang nak buat koleksi anak2 burung simpanan, cuma aku pentingkan ibu aku sahaja tapi kasih sayang tetap sama aku curahkan kpd kedua2nya(cewah ayat pancing tu).
Selepas drp peristiwa soalan bodoh itu dan ditambah pula dengan 3 penyebab kukuh lain iaitu 1-aku tak hensem 2-aku takde duit 3-aku bukan vokalis band hatko, dia telah mengambil keputusan utk menamatkan perkhidmatan aku sbg boyfriendnya, dan di tepi pantai lido telah menjadi saksi aku diceraikan talak 3 tanpa diberi peluang talian hayat cina buta dgn sekali lafaz "antara u dgn i tiada apa2 lagi kita buat haluan masing2 dan i akan tetap menganggap u teman biasa sahaja titik noktah dot.."
Dengan hati yg sedih terbakar ditambah pula dengan duit perlaburan aku yang telah hangus aku laburkan selama ini aku meredah kesesakan jalan skudai ditambah dengan hujan lebat petir sabung menyabung berlatarbelakang lagu tragedi oktober, motor kapcai yamaha srx(r.i.p) membawa aku pulang ke rumah.
Bagi perempuan kedua pula, aku mengambil masa 3minggu memujuk dia agar fahami betul2 jawapan yg aku berikan itu. Mujurlah dia ni cerdik sikit dan berfikiran waras dia mengambil keputusan agar tidak mengungkit semula soalan bodoh tersebut dan biarlah masa dan keadaan yang menentukan, itupun setelah aku berhabis duit topup telefon dan sms menerangkan secara teliti jawapan aku itu dan diselang seli dgn potongan lirik lagu rockapak yg aku rasakan puitis dan lirik2 lagu matsaleh yang telah aku alihbahasa ke bahasa melayu untuk menjadi ayat pancing hati dia yang sedang marah itu(*tips* hanya sesuai digunakan pada awek yg buta huruf pasal muzik dan lagu)
Kesimpulannya disini, sbg seorang lelaki kita kena lah pandai buat keputusan, walaupun keputusan itu tidak selalunya memberikan keuntungan bagi kedua2 belah pihak kerana kita tak boleh mendapat 2 perkara yg baik pada satu masa, kena ada tolak ansur. Bak kata seorang matganja kampong aku “no women no cry, don’t try don’t know”.
2 comments:
yeah! inilah yang truly jiwang kekaretan jalan jenang! hehehe.
-buyong-
Saya suka abg Mat Tora! Saya suka abg Mat Tora! Saya suka abg Mat Tora! Sebab, beliau adalah salah satu dari watak description penulis kami tu (penggila sex sado-masochist).
haha.
-ginji-
Post a Comment