24 April 2008

cerita karut yang membuang masa dari En.Jinggal








2 p.m lebih;

Aku dapat text dari Abang Mat Tora yang memaksa aku menulis untuk blog ni dengan lebih banyak.
Abang Mat Tora yang menyamar sebagai peminat aku beritahu aku bahawa jika mahukan peminat dengan lebih banyak
aku perlu menulis lagi dan lagi. Sebagai seorang penganggur yang kurang berjaya mungkin itulah sebabnya aku disuruh
menulis lagi kerana kemudahan streamyx yg laju macam air kat rumah aku. Ironinya aku tak menulis banyak dan kerja aku
hanyalah membaca manga di www.onemanga.com dari aku bangun tidur sampai petang kemudian aku mandi dan malam aku lepak
jalan jenang. Tiada apa yang istimewa tentang aku; aku pun bukan vokalis band hatkor (macam abg mat tora jugak) dan lagi teruk
aku tak terer main gitar macam abg mat tora pun; mahupun punya motor LC 135 yang laju. Aku hanyalah seorang budak lepasan
sekolah biasa yang bermain dengan band pangrok yang malas;band hatkor yang vokalisnya terkenal(sebab vokalis band hatkor memang terkenal); dan band kawan-kawan sekolah
aku 'the junuds' yang kerap cover lagu yang ganas sebab hari sabtu ramai awek yang tengok tu(tujuan utama band ini pun untuk show off).
Buat masa ini aku memang tidak bekerja;tiada duit;tiada rokok;mahupun apa-apa yang wanita materialistik mahu.
Aku tidak mempunyai lesen kereta seperti kawan-kawan sebaya aku mahupun mempunyai kereta suzuki swift seperti awek-awek kat dalam myspace yang ambil gambar guna kamera 10 megapixel.
Aku juga tidak bisa memilihmu, eh salah tak bisa menulis seperti abang ginji yang puitis dan abang neofishy yang dah sedia terkenal(vokalis band hatkor la katekan?).
Aku hanya memenuhi ruang kelabu;eh betul ke kelabu? aku buta warna dan ini adalah satu disadvantage kepada aku untuk menyambung pelajaran aku untuk pilihan-pilihan yang tertentu.
Sememangnya manusia yang buta warna disisihkan oleh masyarakat dan juga undang-undang; membataskan kehidupan si buta warna dan ini sangatlah tidak adil.
Mungkin aku patut buat satu persatuan yang menentang penindasan terhadap si buta warna dengan slogan "si buta warna akan terus hidup!!".
Hentikan cerita pasal buta warna; kepada sesiapa yang berminat untuk menulis untuk(apela dua kali 'untuk') komuNite lusuh jalan jenang
sila datang ke kedai burger en.neofishy dan en.karmadharma dan membeli apa sahaja burger janji ada cheese atau hantarkan email anda kepada kami.
Sebenarnya aku tidak punya idea untuk menulis; aku hanya menulis ikut suka-suki aku; kerana aku expect abang Ginji pasti akan membawa pulang cerita
yang indah-indah dari Kota Singa!
nantikan kemunculannya!!


p/s : karutkan cerita aku?



-jinggal-

1 comment:

Anonymous said...

apekah kalbu en mat tora telah diginjangi oleh puluhan jari gadis-gadis geylang...?Perlukah diketahuan?