06 October 2009

KONGRUEN

Garis simetri antara aku dan Jacob Bannon:



Six pack.




Asics Tiger

05 October 2009

Converge - Axe To Fall(2009)


Rilis of the year!! gua dah bilang mesti power mower punya!!!
5bintang!!! >>KLIK RAPIDSHARE<< >>KLIK iFOLDER<<

04 October 2009

MEE SOTO



2hari pegi open house, kalau tak kerana dah berkeluarga tak ingin gua join scene open house ni. Yang gua letih tu asek asek mee soto, kentut pun dah bau soto, apa buku resepi jamie oliver tu dah takde resepi lain apa?? nasib baik rumah last petang tadi mee soto dia ada begedil, gua bedal 10biji begedil dia, sedap jugak, entah kentang cap apa yang dia pakai. Sekian.


Pssst yang gua sebok pegi open house rumah orang, rumah gua apacerita??

Aku, Berat Badan dan Sazali Samad

Selepas aku kawin pada Ogos 2007, aku mula buat analisis tentang berat badan aku. Semuanya bermula apabila dalam tempoh 4 bulan selepas kawin, pinggang aku dari saiz 32 terus maju peningkatannya kepada saiz 34. Aku rasa seperti telah disabotaj. Jadi, aku mula mengambil berat akan berat badan aku dengan membuat catatan berat badan dalam bentuk kilogram setiap kali aku ternampak mesin berat badan di mana-mana pusat membeli-belah yang telah dimasuki.

Berikut adalah catatan berat badan aku yang hampir menyaingi badan John Rambo dalam cerita First Blood arahan Ted Kotcheff berdasarkan pada novel karyaan David Morrell:

10 Januari 2008 - 73.6 kg
16 Jun 2008 - 76.6 kg
24 November 2008 - 81.8 kg
09 Februari 2009 - 81.4 kg
03 Mei 2009 - 82.6 kg
22 Mei 2009 - 83.2 kg

Dan akhir sekali selepas sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan berat badan dapat diturunkan kepada: 80.6 kg. Tapi pinggang dah kembang jadi saiz 35.

Sekarang ni aku tunggu sebulan selepas raya pada bulan Syawal. Kemudian aku akan catat lagi berat badan terkini. Kita tengok apa cerita nanti.

Kata salah seorang pakar ye ye kelapa je cakap bahawa nak maintain berat adalah kena kurangkan makan malam atau lewat malam. Aku ikut cakap pakar ye ye kelapa tu. Tapi aku siang makannya memang boleh reserve untuk stok perut lepas makan malam. Apa cerita, beb?

Macam ginilah, aku akan ikut tips makan brader bina badan negara kita; Encik Sazali Samad. Tadi aku baru baca Kosmo! Online. Kata dia lah eh:

"Raya tahun ni saya terpaksa menumpukan perhatian pada kejohanan itu untuk kategori 70 kilogram."
- Beb! Badan gua dah 80 kg ke atas. Maknanya bolehlah aku masuk pertandingan bina badan dan boleh beat dia anytime je! Atau aku salah info pasal kategori 70 kilogram?

"Jadi aspek pemakanan mesti dikawal. Tak merasa la nak makan rendang dan kuih raya tahun ini. Saya perlu ambil diet yang tiada minyak dan gula."
- Fook u laa kalo lu tak makan tu semua. Jangan kencing pedeh aaa! Aku kalo tak makan tu semua, nanti muscle-muscle aku akan mengendur. Okla... okla. Kurangkan makanan berminyak dan bergula. Tapi makan mesti mau banyak.

"Untuk mendapatkan kualiti yang lebih baik, saya kena perbanyakkan makan ayam dan daging. Masa bulan puasa lalu, cuma ayam percik yang saya boleh makan. Yang lain tak boleh sentuh langsung."
- Beb, gua malam malam baru makan (sekali sekala je) mushroom steak dengan biras gua. Lagi makan yang lepas-lepas macam lamb dengan chicken spaghetti. Apa lagi... Tom yam daging kira boleh masuklah.

"Saya juga akan makan sekurang-kurangnya 18 biji telur ayam sehari."
- Ko ni makan telur banyak-banyak tak mencret ke? Aku ni kalo telur lebih sikit je mesti kelua angin busuk yang senyap dan mengerikan. Sori, Bro Sazali... Yang tu aku tak ikut.

"Dari segi pengambilan makanan tambahan pula, saya kena dapatkan yang terbaik kerana ia turut memainkan peranan penting."
- Bro Neofishy, ada jamu supplementary kaa?

Ya! Dengan itu, aku akan tekadkan semangat untuk jaga badan dengan beretika sekali. Kena buat betul-betul. Nir Karsa Nir Jaya!

Salam Aidilfitri pada korang semua.....
UUuUUuUUuuu.....

03 October 2009

ALBUM HAWT??

El Grupo Nuevo de Omar Rodriguez Lopez - Cryptomnesia (2009)

Kalau nak dibandingkan album omar ni dgn album terbaru marsvolta octaderon, album omar ni lagi baik la, tapi kan kan secara keseluruhannya album omar dgn marsvolta octaderon dua dua sama standed pijat!!!
4bintang >>KLIK<<

Nine Black Alps - Locked Out From The Inside (2009)

Sound gitar yang sedap dan rangup. Kalau kertkoben masih hidup mesti lagu dia lebih kurang mcm diorang ni…….hmmmmmmm ke telinga gua yg dah lama tak korek ni??
5bintang >>KLIK<<

Kowloon Walled City - Gambling On The Richter Scale (2009)

Yeah sludge metal yg melekat lekat sludge nya! High on fire tetap power!
5bintang >>KLIK<<

The Fall Of Troy - In The Unlikely Event [2009]

Rilis of the year! Tapi mcm ada something missing la dlm album ni, tak intense mcm album yg terdahulu dan lagu nya ada longgar sket, yg pasti sampai kiamat gua tak boleh main gitar mcm diorang ni!
5bintang >>KLIK PT 1<< >>KLIK PART 2<<


The Exploding Boy - Afterglow (2009)

Seperti biasa band new wave yg lebih kurang mcm joydivision, boleh layan la.
5bintang >>KLIK<<

Funeral For A Friend - Your History Is Mine: 2002-2009 (2009)

Dah nama pun album best of mesti la best kan kan
4bintang >>KLIK<<

Editors - In This Light And On This Evening (2009)

Diam tak diam dah masuk 3 album, tapi kali ini comfirm diorang nak jadi joydivision, suara confirm ian curtis, synth yg belambak lambak dan drumming new wave. Lagu sedap tapi kurang bunyik gitar, gua lebih prefer 2album terdahulu. Gua tunggu album baru interpol kalau set set mcm ni jugak memang pundek la!!
5bintang >>KLIK<<

Buckethead - Needle in a Slunk Stack (2009)

Ni album bagus kasi pijat dengar! Ntah apa merepek bucketpijat ni main, dah mcm lagu sarkis, nak kata progresif tak jugak, nak kata gitar hero tak jugak, goreng goreng takde, appregios takde, fast legato licks takde, dive bomb takde, lagu lagu mcm jordan dgn soothsayer pun jgn harap la, kalau aim crossfire dengar mau mengamuk ni!!
-30bintang buckethead sucks!!!! >>KLIK<<

TUTORIAL: DOWNLOAD MELALUI iFOLDER

Hai adik adik, hari ni abg jem nak kasi tutorial mendownload melalui ifolder. Abg jem nak story sket ye ifolder ni adalah sebuah web file hosting sama spt rapidshare, mediafire, megaupload dan banyak lagi yg sewaktu dengannya.
File yang dihostingkan diserver russia ni mengikut pengalaman abg jem sungguh laju kbps nya bila didownload, tapi kena tengok jugak line internet apa adik adik semua pakai, kalau cap siput memang siput la lajunya, inikan pula internet cap pijat kan kan.
Yang menjadi masalah nya sekarang web file hosting ni menggunakan bahasa russia, nasib baik la abg jem ni tau bahasa russia sikit sikit kalau tak sampai laa ni pun abg jem terkedu kedu nak download. So mari kita teruskan tutorial ini!



KLIK PADA GAMBAR UNTUK PEMANDANGAN YANG LEBIH JELAS



Klik link ifolder


Link akan redirect ke ifolder website
Klik pada perkataan tersebut


Webpage baru akan dibuka, klik pada mana mana link yang diberikan, bagus gunakan link yang pertama


Apabila link diklik timer 30saat akan bermula, lihat bahagian atas kanan skrin anda.


Sila tunggu sehingga timer 30saat tamat.
Kemudian klik pada perkataan tersebut



Webpage baru akan dibuka, masukkan 4digit password yang diberikan kemudian tekan butang ENTER anda.


Akan keluar link sebegini di bawah, klik pada link tersebut, proses download akan bermula.


Klik Download



NOTA:

Untuk memudahkan kerja mendownload sila gunakan software internetdownloadmanager (IDM)


SELAMAT MENCUBA! I FOLLOW!!!!

aku pada hari "Dia memberikan yang buruk"

hari jumaat adalah penghulu segala hari. simbolik hari jumaat adalah hari ini... aku mengimbau dia lima tahun yang lalu. jumaat itu bukan seperti hari-hari jumaat biasa. pagi 17 Ogos 2004. sunyi dan aman. kerja dikerjakan seperti sepertinya. hari bakal hilang redupnya apabila mencecah waktu 'jumaat'. orang-orang yang bekerja akan berhenti sekejap lagi. aku juga.

hari ini aku ingin ke masjid awal. sedikit dari biasa. sebab kerja-kerja 'tepi' tiada. hari ini terasa ringan badan dan ringan hati. ingin merasa benar bahawa al-quran ini penawar untuk segala macam penyakit. termasuk hati.

setelah beberapa ayat, aku terhenti.


an-nur,26

majazi aku berkata "baik dan jahat" ini tidak dapat aku fahami dengan petunjuk manusia yang terbatas. ia harus berlandaskan syariat. kenapa ayat ini turun? apa kisahnya? untuk siapa? persoalan berbangkit.

persoalan baik pada zahir mata manusia dapat kita lihat pada tika bumi masih berputar pada paksinya. dan baik juga dapat dilihat bukan dengan mata kasar manusia sahaja. baik pada Allah SWT tetapi dilihat pincang dimata manusia. itu ada juga. kadang-kadang ia tidak terkesan buat tempoh masa yang sempit. logik akal manusia mengatakan 'baik'. tapi Allah SWT maha kuasa untuk menukarkan yang baik itu dengan sebaliknya sesuai dengan kehendaknya. lantaran menunjukkan kehadiran betapa dia boleh merubah sesuatu diluar batasan kotak fikiran manusia.

namun, adakalanya 'Dia' ingin menguji. dengan unsur kejahatan, dari sudut pandangan manusia, Dia boleh menjadikan unsur kejahatan tadi untuk menaikkan darjat seseorang itu menjadi mulia. seorang isteri diuji dengan sang suami yang jahat. sang suami diberi seorang isteri yang curang. sang ibu diberi anak yang derhaka. sang anak diberi ibu bapa yang tidak beriman. begitu dan begini. tidak diberi ia melainkan ia mampu untuk mendepaninya. tidak akan diberi ujian melainkan Allah SWT ingin meningkatkan imannya. tidak akan sempurna imannya selagi tidak diuji dengan sesuatu yang paling ia sayang.

kenapa Allah SWT sentiasa ingin memberikan kita yang terbaik, sedang kita asyik masyuk mencari yang buruk? jawapannya 'Dia'..... sayang kepada setiap hambanya. aku pada hari 'Dia memberikan yang buruk, untuk aku mencapai kebaikan itu.

02 October 2009

SEVEN YANG AWESOME!

Sunny Day Real Estate dah reform balik. Band antara band yang aku salute lah. Banyak kali jugak cover lagu diaorang dulu-dulu macam lagu 'Seven' dengan 'In Circle'.

Rasanya kalau diaorang buat album baru, mesti tak meletop. Tapi apa-apa pun, Sunny Day Real Estate dah kembali reform, DENGAN LINE UP ORIGINAL! Walaupun drum William Goldsmith ada sedikit lain dan lari, tapi tu dah cukup baik untuk pendengar-pendengar Sunny Day sebelum nih.

Amcam Tora, ada berani main lagu 'Seven' lagik?

http://www.youtube.com/watch?v=m6UTNXrT_4w (embed tak dibenarkan, so pandai2 la korang click kat situ atau carik sendiri)

01 October 2009

GOYANG




Waktu: Hari ini 9.55 pagi

Lokasi: Jamban


BAM! BAM! BAM! BAM! BAM!

Pintu jamban diketuk agak keras

Lim Bok Seng: Woi apabarang lama berak batu ka?? Hurry up hurry up bangunan ada goyang ada gegar woooo!!!!!


Nak memerut pun tak senang!! Gua cuci apa yang patut lincah keluar kilang, sampai dkt luar ramai orang dah berkumpul semua pakat tengok atas kearah tembuk bangunan, gua bajet diorang tengok ada kesan retak yang merbahaya ke tidak, bukan nya nak lari jauh jauh drp bangunan, kalau tiba tiba runtuh kan nampak bangang kan kan ada gegaran gempa tapi tak lari kekawasan selamat, baik duduk je dlm bangunan tu.
Tengok mcm gua, terus je menuju warong bai pekena teh tarik 2nd round, tak pasal pasal hari ni dapat ngular 2jam percuma. Sekian.