29 November 2010

BARU TAU BARU PERASAN part deux

-gua baru tau yg membezakan kemeja untuk perempuan dgn lelaki terletak pada posisi butang dan lubang nya dimana posisi butang utk kemeja perempuan disebelah kiri baju manakala lubang butang mesti lah sebelah kanan baju. Tapi yg menjadi muskil bila saiz baju kemeja perempuan yg gua jumpa dkt bundle ni membawak kesaiz double XL, bigfoot betina apa yg pakai ni???

-gua baru perasan dekat kad putih utk masuk singapore tak ada ruangan tarikh masuk untuk di isi, adakah ini salah satu konspirasi freemason atau brader yg jaga mesin printing tu pening lalat?? Hhmmmm

-gua baru perasan yg harga setin ikan sardin dlm tin bersaiz besar sudah dapat mengatasi harga sekilo ikan jeket. Kita kena pantau gejala buruk ini. Kita kena bukak akaun FB meraih sokongan dgn mengklik butang ‘like’ untuk menaikkan semula scene ikan jeket.
Sila layari www.facebook.com/kamisukaikanjeket agar satu hari nanti ikan jeket sama level dgn ikan salmon!! Power to the people!!

-gua baru tau yg Xfm ni sama kompeni dgn Erafm, patut la macam ass!!

-gua baru tau kereta kalau petrol habis kering tak boleh jalan, kena isi petrol baru boleh jalan semula, tapi kalau air dlm radiator kering boleh membawak kpd enjin overheat maka akan datang lah asap berkepul kepul pada enjin dan kereta akan mati ditepi jalan, jadi pada masa itu isi semula air dgn air suling dr sukida sekalipun kedalam radiator sudah tak berguna lagi kerana enjin dah koyak rabak nak kena overhaul!! Maka dgn secara otomatiknya duit akan terbang disusuli dgn leteran isteri selama 2hari berturut turut!!

MESEJ KOMUNITI INI DIBAWAKAN KHAS OLEH CHIP FOOSE OVERHAULLIN!!

NOTA TAPAK KAKI: jibai punya cip foose sebok modify body kit la spotrim la enjen 3000 cc la itu radiator punya air takde pulak dia nak suruh check air. Gua kensel channel turbo ni!!!!

1 comment:

Iqee Syafiqa said...

heheh wah suma pun gua baru tahu thanx :)