06 January 2010

MENYAMPAH

1. ada sesiapa nak pakai driver bas sekolah sila kontek gua segera. Gua dah menyampah keje kilang, ada ke patut gua lepak warong bai ngeteh pukul 10 pagi nak dijadikkan isu sampai nak memancung mancung, lepak dari pukul 10 sampai 12 je bukan nya sampai pukul 5 petang. Gua nak bas yang sedap bawak macam bas sani express, itu speed limiter kasi bukak, gila apa bawak bas 50km sejam, haa lagi satu gua nak pickup budak yang balik sekolah tak lebih drp pukul 2petang, pukul 4.30petang gua dah boleh rilek rilek layan cerita cucu betong.

2. Cerita black metal dah keluar balik dekat suratkhabar butfaker metro. Seperti biasa la dia punya cerita ikut sedap mulut, bukti takde, gua pun boleh reka cerita mcm tu apa. Ada ke patut dia cakap band suicide silence dgn devil wear prada tu blackmetal, kalau brader band behemoth baca mau diorang tukar konsep grunge. Ada orang cerita dgn gua ni semua dibuat untuk mengalih perhatian rakyat drp kes besar dan sensasi. Ntah laa naik menyampah!

3. Gua dah agak dah kes enjin jet tudm hilang yang kena tuduh mesti orang bawahan, nnt yang kena tangkap mesti driver trak askar la, budak maintainen la, brader cuci toilet la. Dasat jugak ehh askar pangkat prebet tawil boleh ada power kasi keluar enjin jet harja juta juta drp stor simpanan. Tau dari dulu gua kerja tentera.

4. Harga gula pun dah naik. Brader ABC larkin bomba kalau naik kan harga memang gua cabut diapunya mesin parut ais. Kementerian yang bertanggung jawab katanya nak adakan pasukan pemantau harga barang, tapi harga barang pun naik jugak, pantau moyang dia agaknya!

1 comment:

Anonymous said...

hidup najiiibbbbb....
hidup BNNNNNNNNN


PS: apa tengok!!! nak kena saukkkk!!