29 January 2010

APA BEST SANGAT KE??




Gerai Mee Bandung Muar

Lokasi: depan stesen minyak esso kampung melayu, sebelah kedai motor dan pusat memandu hasnah ali

Waktu berniaga: petang sampai lewat malam

Gua hari hari lalu depan kedai ni tapi gua buat taknampak je sebab kalau makan mee bandung dekat JB ni dah rasa mcm makan mee tomyam siap serai dengan daun limau, apataknya dimasak oleh brader brader siam, letih brader!! Kalau gua nak makan mee bandung muar selalunya gua balik BP nak lagi true terus turun bandar Muar.

Baru baru ni tekak gua terasa nak pekena mee bandung muar, gua tabahkan hati singgah kedai ni, kalau mee bandung muar dia rasa mcm mee bandung siam memang gua karate meja lipat. Sesudu kuah gua sudu kedalam mulut jangkaan gua meleset, memang tak syak lagi memang power diapunya mee bandung muar!!! Memang resepi kuah asli, ada hirisan daging dan sotong, sawi hijau dan telur kuning tak pecah. Lepas tu lu kasi bilas dengan air asam boi pehhh…….
Nasi goreng kampung dia pun boleh tahan sedap, rasa kampung tau bukan rasa siam. SEKIAN.

2 comments:

Qarmadharma said...

huh! tak celen mee bandung abang man benteng la brader.

tp dia punya mee dua kali hirup dah habis

Rajuna said...

sokong. mee bandung dimasak oleh orang siam memang tak boleh bla. kuah macam minyak silinder. tak ada feel kacang dan udang kering!!!!