28 August 2009

JANGAN COBA KAU RAYU LAGI



Esok gua balik bp nak sambut merdeka, jangan harap gua nak update blog, apa apa hal telpon gua lepas terawih nak lepak mana ke, nak kena pari bakar ke, nak kena tendang ke, OK!!


Psst tak baik la diorang gossip penyanyi pujaan hati gua ni >><<

27 August 2009

HAPPY BIRTHDAY AKID

Hari ni, 27hb Ogos 2009, genaplah usia Muhammad Akid Anaqi bin Mohd Taufiq 3 tahun. Moga dipanjangkan umur, murah rezeki dan menjadi anak yang taat pada Allah, ibu bapa dan soleh. Amin.

Ayah sayang Akid!

26 August 2009

-lambaian jenang 3-

'percanggahan' itu terlalu indah,
hingga menerbitkan pelbagai watak berbeza,
sampaikan aku ini terhambat dengan kata-kata 'bangsat',
yang membawa kepada,
aneka jenis 'lawak' yang tersirat,

bukankah itu cukup indah?

tapi kata kau,
sepi itu yang indah,
kedamaian itu yang mesti di buru,
hingga menutup segala ruang,
untuk kita semua bermandikan 'kata pujangga',
dari setiap andaian serta khayalan..

dan aku terus tewas...

-akueMpTy-

25 August 2009

TERJUN BOTOL MICHAEL PHELPS




Ini namanya kolah / kalbat air. Bapak gua gunakan kalbat air ni utk menadah air hujan bagi tujuan membasuh, menyiram pokok dan sebagainya.

Bagi gua lain pula kegunaannya. Di kalbat air ini lah menjadi saksi gua melatih kucing kucing gua berenang dulu.
Ada dua tiga ekor menunjukkan potensi boleh maju ke persada sukan olimpik, tapi kebanyakkannya kurang disiplin dan cepat mengalah.

Pernah sekali ada seekor kucing warna kelabu yg gua beri nama monyet mengambil keputusan menghabiskan seluruh hidupnya duduk diatas bumbung rumah dan gelegar rumah gara gara tidak puas hati sewaktu dia sedang nyenyak tidur gua secara pelan pelan telah melambungkan dia kedalam kalbat air.

Jadi benarlah apa yg gua tengok dalam rancangan national geograpic dimana seekor kucing itu boleh melompat setinggi lebih 7kaki. Sekian.

23 August 2009

Selangkah Ke Alam Misteri

Siri Bercakap Dengan Kucing



Minggu lepas, wa balik kampung atas arahan mak wa. Wa ada misi penting. Wa kena hantar adik wa berubat dekat Muar. Ada saudara wa nak tunjuk tempat tu. Wa dah lama dengar tempat tu tapi tak pernah sampai. Perubatan kampung. Bunyinya agak pelik dan mistik. Hospital Maya. Dia bagi rawatan macam hospital biasa tapi kelengkapan tu tak nampak secara zahir. Cuma doktor tu je yang boleh nampak. Pelik kan???

Area tempat tu namanya Parit Bakar. Kalau lu orang pernah sampai hospital Muar, lu terus je sampai jumpa signboard Parit Bakar. Kalau lu tak jumpa, lu tanya la orang dekat-dekat situ. Tak susah. Perjalanan wa dari Batu Pahat cuma makan masa 2 jam. Tak lama bagi seorang pemandu berkhemah. Sampai je tempat tu dalam pukul 4.40 petang, wa tengok orang dah ramai. Kereta dah penuh dekat halaman rumah tu. Wa lupa nak bagitau, dia buat hospital tu dekat rumah je. Sebuah rumah lama. Wa nampak kereta yang dok parking kat situ ada no. plate KL, Pahang, Negeri Sembilan dan Singapore. Kira dah terkenal jugak la Hospital Maya ni.

Hospital ni buka tepat pukul 5. Lepas asar lebih kurang. Bila diorang bukak pintu je semua berkerumun masuk nak chup katil. Wa ingat katil. Rupanya tilam Vietnam macam dekat rumah Mat Tora tu. Nipis je. Satu bantal, tilam dan tak ada selimut. Tapi ada nombor tilam beb. Wa tunggu agak lama jugak nak sampai turn adik wa dirawat. Wa tak sangka doktor dia muda je lebih kurang umur wa jugak. Dua orang doktor muda. Adik wa dapat rawatan dekat pukul 6.30 petang. Wa tak dapat dengar apa dia tanya adik wa tapi wa nampak la tangan dia gerak seolah-olah dia pegang sesuatu. Macam benda-benda tu wujud depan mata dia. Picagari, tiub, air, monitor dan sebagainya. Kagum dan kaget jugak wa tengok. Wa try ambil gambar curi tapi dia dapat tangkap wa. Caught red handed la. Lepas adik wa dirawat, dia macam betul-betul kena bius. Dia tidur dekat satu jam. Lepas maghrib, adik wa dan mak wa keluar. Dia kata ada rawatan susulan. Puasa ke-15, adik wa kena datang lagi.

Dalam perjalanan balik wa tanya dia ada rasa apa-apa tak. Dia kata sakit dia kurang sikit. Wa tak terkejut tu sebab sebelum ni ada kenalan wa yang pernah bedah jantung dekat situ. Masa wa duduk berbual dengan satu pakcik, ada doktor pernah dapatkan rawatan sebab kanser dekat hospital ni. Hebat jugak la budak muda tu. Yang wa respek, rawatan tu semua tak dikenakan bayaran. Ada satu tabung dekat meja pendaftaran tu tulis seberapa ikhlas berapa yang kita nak bagi. Ada satu kereta BMW mata helang parking kat situ. Kalau dia tak masuk duit kat tabung tu, wa memang takde belas ikhsan nak calar je kereta dia.

Kesimpulannya, kata Nabi setiap penyakit tu ada penawarnya. Yang tak ada penawar ni mati je. Jadi, berikhtiarlah selagi boleh, asalkan tak melanggar hukum syarak. Berubat dengan benda-benda yang halal dan tak meragukan. Kalau lu orang ada ahli keluarga yang sakit, atau saudara yang sakit, dah banyak berhabis dengan ubat hospital, tapi masih tak baik jugak, lu try la cara perubatan ni. Manatau berhasil. Diorang tak bayar pun wa promote-promote ni. Wa buat ikhlas apa....







Wa tengok balik photo yang wa tangkap masa tu. Wa try la cari spot pelik-pelik tapi tak jumpa. Wa memang kena pakai SLR jugak la lepas ni.

ALBUM HAWT??

Chalkline - In The Present Tense 1998

Kalau tak kerana budak hatko ptyaani gua sampai sekarang layan Medicine, Terbaik jeng!! The Used suck!!!
5 Bintang kebab >>>KLIK<<<

Chevelle - Sci-Fi Crimes (2009)

Sound sedap, gitar detune Cflat, lagu sedap mcm air katira abu bakar, gua kalau pening layan TOOL gua layan band ni lah, lebih kurang je style, tapi TOOL tetap power!!
5bintang katira abu bakar >>>KLIK<<<

Children Of Bodom - Skeletons In The Closet (Compilation) [2009]

Gua mmg kurang in dgn COB ni, tapi bila album cover song ni kuar gua boleh layan plak, aces high brader!!!
5bintang puasa >>>KLIK<<<


Municipal Waste - Massive Aggressive 2009

Band thrash metal yg gua boleh layan sampai tido, 2nd album power, tapi sound ada lembut sket tak kasar, apabarang thrash lembut lembut jeng!!
5bintang ramadan >>>KLIK<<<

22 August 2009

APA YANG AKU CARI part 2

Pedulikkan h1n1, pedulikkan panas dan hujan, bazar ramadan dah memanggil manggil, nasi lemak kukus, kue tiau kerang, roti jon, karipep, ayam bergolek, nasik ambeng, air tauhu, air oren biru, teh bunga, cincau bandung, pari bakar, sup tulang dan awek penjual kuih muih yang superhawt. Lepas berbuka, terawih depan tv.

Macam nak rusuhan brader bazar ramadan Extra arini, entah apa yang aku cari. Sekian.

Latihan Gitar

Aku tengah tidur masa 8 pagi ni, entah kenapa tetibe ada pulak bunyi keronchong gitar nylon kat bilik. Ingatkan aku tengah mimpi yang Zee Avi tengah buat live performance kat bilik aku. Aku bangun dan tengok apa yang kat depan katil aku. Laaa, rupanya kawan aku tengah berlatih gitar. Cuma timing dan keadaan agak kurang bijak kerana aku sedang terlentang kat katil dan cuba nak tidur dari jam 5 pagi lepas teman kawan-kawan pergi sahur.

'trink trink trink'

Aku cuba lah bagi chance dengan menunjukkan yang aku tengah tidur. Aku tarik selimut ke paras kepala dan cuba nak nampak macam mayat dibalut kapan. Mamat ni pulak bukak lagu sebab nak merujuk. Adoi.

Ada orang nak kena sauk ni.

Kalau diikutkan aku, mahu je ditambah sekali dengan uppercut yang aku baru belajar dari game Boxing yang aku main semalam. Aku rasa mamat ni kena belajar body language la. Tak faham ke orang dah tengah pissed off gila ni? Bunyi dia memang merdu dan sedap. Cuma timing dan keadaan je salah.

Lepas setengah jam cuba bergelut dengan bunyi keronchong gitar, aku bangun dan berniat nak marah mamat ni. Mamat tu nampak aku bangun pastu bertanya, "weyh, sedap tak lagu aku?"

Aku menjawab, "WOI! KAU TAK FAHAM KE YANG AKU TENGAH TIDUR NI?!?!?!"

Lantas aku bangun sambil mengambil rokok Camel aku dan keluar bilik.



P.S: Selamat berpuasa! Hayati lah bulan yang mulia ini. =)