31 December 2010

Langit Terakhir 2010

In A Place I Didn't Belong, Among People I Never Knew

Aku ingat pertama kali aku kemari. Dengan pacuan satu roda, mencari tempat aku akan berkhidmat yang tempohnya aku tak jangka berakhir hari ini. Cepat masa berlari. Pejam celik, kurang 5 bulan, dah tiga tahun. Tiga tahun tak lama bagi yang meninggalkan. Tapi bagi yang ditinggalkan, 3 bulan rasa macam tiga puluh tahun. Tapi adat la. Bertemu akan ada berpisah. 2011 meninggalkan 2010. Dan aku, meninggalkan semua yang pahit, buruk, teruk di sini.

Apabila seseorang itu jatuh, ia perlu dokongan untuk bangun dan berjalan. Aku pasti setiap dari kita pernah jatuh. Tapi ada harinya kita perlu bangun sendiri tanpa sokongan. Ramai dari kita begitu kan. Kerana kita telah masuk dalam zaman ‘nafsi nafsi’. Dia panas dia kipas, aku panas aku yang kipas. Jujurnya, di sini aku hanya ada 2 orang kawan yang ‘kawan’. Seorang tukang masak dan seorang chief clerk. Yang boleh –tak banyak sikit- di letakkan pengharapan. Seorang kerani memangku jawatan pengarah Hong Leong Bank cawangan Johor Bahru -boleh diharap untuk memberi idea-idea lucu dan merosakkan- itu aku letakkan sebagai rizab.

"There are certain things about you that annoying that other people might not been tolerate of..."

Oh, menyebut tentang jujur, aku ada pengertian baru tentang jujur. Jujur biar bertempat. Terlalu jujur kita tertindas. Jujur dengan orang tak jujur kita akan mengalami hipertensi. Dan hipertensi penyebab utama sakit jantung. Aku orang yang kurang makan dan kurang kolesterol. Tapi aku berisiko itu kerana hipertensi. Sebenarnya aku sendiri tak tahu itu adalah penyakit. Sehingga aku diterangkan tentangnya. Itu bermakna hipertensi telah memamah tubuh aku hampir lebih setahun di sini. Sebenarnya itu diet terbaik untuk sentiasa kekal ramping. Tak perlu bersenam, berpeluh dan masam 30minit setiap hari. Cuma perlu satu pinggan kerisauan dan secawan kesedihan untuk kelihatan jelita.

Raman A/L Muniandi

Raman adalah orang India yang aku rasa lebih Melayu dari Melayu. Sebab dia dah hidup berasimilasi dengan orang Melayu sejak tahun 1950-an. Banyak benda dia ajar aku. Dan salah satu yang betul-betul berkesan dalam hati “Jangan cerita tak baik bini kita (orang kita sayang) dengan siapa-siapa. Itu bini kita tau”. Walaupun kata-kata tu tak dapat aku aplikasi dalam hidup sehari-hari, tapi maksudnya aku faham. Raman marah betul bila aku cakap nak pindah. Aku kata aku sayang Masai. “Kalau sayang kenapa nak tinggalkan kita” katanya. Aku tak ada jawapan tu. Mungkin SJKC Masai akan dapat pengganti lebih baik dari aku. Hey, ini tempat aku mula merasai alam pekerjaan. Tempat aku dapat ramai kenalan. Mesti aku rasa sayang.

Pencapaian

Tahun 2010 aku ada 3 azam. Dan ketiga-tiga azam itu tak tercapai. Tahniah.. Walau bagaimanapun aku achieved 5 benda yang tak termasuk dalam list azam. Aku berhenti 3 habitat yang tak mendatangkan manafaat pada diri dan alam sejagat. Aku dah tak membuat peleburan atas 3 syarikat multinational ini. Philip Morris, Big Bundle dan Celcom. Walaupun baru 6 bulan, tapi aku dah rasa kesan pada diri. Semua ini bermula bukan kerana kesedaran diri sendiri, tapi lebih kepada ‘dah terantuk baru nak pasang pelita’. Rasa bersyukur, kerana masih diberi ingat, supaya tak terus-terusan tersesat. Teringat satu pesan orang tua. “D**a ada tiga peringkat. Pertama rasa bersalah. Kedua rasa sedap. Dan ketiga akan berusaha membenarkan”.

Masih dalam tajuk achievement . Tahun terakhir aku di sini, aku dianugerahkan ‘satu benda’. Satu benda yang kita rasa bersalah nak terima tapi kalau tolak orang kata kita yek-yek je. Tapi orang dah nak bagi, kita baham buat tak paham. Mungkin itu cara majikan kita show appreciation pada kerja kita. Mungkin ini telah menjadi budaya orang Malaysia. Tak kira bangsa. Penghargaan biasanya diberi setelah penerimanya tiada. Nak bagi gelaran, pangkat, penghargaan bila kita dah masuk kubur. Bezanya aku belum mati, baru nak angkat kaki.

Apapun,
Terima kasih En. Lim, Pn. Tan, Pn. Chan, Pn. Ling dan Cik Cho. Segala jasa baik anda tak dapat saya lupakan.

Hijrah

Manusia paling gembira bila aku bagitau benda ni adalah mak. Mak kata nak buat pulut kuning bagi orang kampung. Tapi aku larang. Takut orang ingat aku ‘sunat’ lagi sekali. Aku mahu berada di kampung dengan aman dan sunyi. Main salji dan tanam strawberi. Tapi kalau Neofishy nak ajak kena pari bakar atau ketam cili dekat Simpang Rantai aku akan cuba lapangkan masa. Sekali lagi aku dan keluarga, -kami- akan berkumpul semula sebagai satu keluarga. Bak kata Roles “aku sanggup mati demi pertalian ini”.

Maaf atas segala kesalahan dan ketelanjuran dalam sepanjang tahun ini. Assalamualaikum

2 comments:

NEOFISHY said...

ops sori, port mkn situ saya 'terpaksa'...(i ckp 'terpaksa' tau...bukan 'dipaksa'....dua terma yg berbeza dan boleh menyebabkan org pandang kita kipas lipas walaupun kita cuma kipas anak lipas) ...dilupakan...kerana tekak memang nak makan sambal, tapi perut awl2 dh tolak....

abis tu, nk kena makan nasi kosong jek ke apa kalu pekena simpang rantai punya ketam cili?

tora corgan said...

woiii belanja makan tak ajak pung!!!!!!!!!!!!!!!!!!