06 May 2009

KEAJAIBAN


Baru baru ni wa telah pergi kesebuah butik bundle(butik tau) terkenal yg baru membuka cawangan terbarunya di dangabay. Wa telah diberitahu oleh seorang kenalan yg juga seorang peminat barang rare dibutik tersebut ada sehelai tshirt band kegemaran gua iaitu LAMB OF GOD.

Setibanya disana wa dgn lincah menuju kesasaran, ada byk tshirt band yg dasat dasat mcm ledzep, pinkflyod aahhh itu smua gay! Wa dah ada koleksi tshirt band band gay tersebut apa.

Yess!!! Sukses sukses!! Tshirt sudah dlm genggaman gua! Condition tip top A+++! Siapa yg berani cuit tshirt ni mmg nahas menanti badan diorg. Wa check wallet gua duit mmg cukup utk sambar tshirt tu.

Masalah utama gua skrg ialah saiz. Bila gua tgk tag saiz baju tu wa sudah tak sedap hati, tapi wa tetap yakin kalau memang rezeki gua dpt beli tshirt tu itu mmg sudah ketentuan tuhan.

Gua dgn lincah ke fitting room(peh fitting room mmg dasat kalah jayajusco nya fitting room tapi tempat gantung baju dan hanger cuma sebatang paku 1inci! Kepala hotak dia!!) gua dah agak dah, hati gua rapuh dan musnah jadi keping keping setelah kau pergi, tapi gua tetap yakinkan hati gua yg badan gua boleh muat dgn saiz L.

Gua berdoa agar ada keajaiban berlaku sebentar lagi, gua harap peri peri biru dtg menabur serbuk magik kat badan gua, gua berharap sangat sangat revalina s temat ke luna maya ke mbak intan ke si cecep ke dtg sambil berkata “waw mas!! Kamu kok ganteng amet sih ama tshirt itu!!!”

5 minit berlalu, tiada apa apa keajaiban berlaku.

Harapan gua musnah…….

Jurujual: “Bob lu jadi amek tak tshirt ni??”

Tora Addler: “Tak la beb, kain dia panas la”

Gua melangkah keluar dari butik dengan muka kerek sambil mengkarate pintu kaca tanda protest!!

Pengajaran: jgn byk sgt menonton sinetron indon. Sekian…

InTrend Mei 2009


4 April 2009, 10.34 pagi waktu tempatan

Assalamualaikum

Waalaikumsalam


Awak,
Sabtu ni saya ada photoshoot, cover untuk Intrend bulan depan.

Ok.

Awak temankan ;)

Aiseh, tak boleh la awak. Saya masak minggu ni.

Awak selalu macam tu. Diorang nak cover I, Rayqal dengan Mama sekali. Jom la, plzzzz

Tak bolehhhh... Tak ada orang nak cover. Kesian Cuki masak sorang-sorang. Lain kali eh

Actually I ingat nak introduce U dengan diorang. Nanti takde la diorang gossip yang bukan-bukan.

Isshhh... Saya rasa jangan dulu la awak. Saya belum sedia lagi. Nanti la. Nanti semua dah ok, saya bagitau eh

Kalau diorang tanya???

Pandai-pandai awak laaa... eh, Rayqal mana??

Ada ni... Eh awak nanti kita sambung, I nak suap Rayqal makan.

Ok, ok.

Ok bye

Bye



Sudah terang lagi bersuluh

Telor sudah pecah apa..

CATATAN JELAJAH KOTA
KUALA LUMPUR – IPOH – JOHOR BAHRU


1 Mei 2009, Jumaat. Kuala Lumpur.
Petang itu memang panas. Aku bekerja sambilan pagi tadi demi menambah-nambah kos poket untuk jelajah kali ni. Penat maseh tak hilang namun keghairahan untuk meninggalkan daerah kecil ni mengatasi kondisi tubuh yang dah mula berlengas dan lelah. Dengan beberapa helai baju T buat syarat, sedikit CD Crestfallen dan Sally Faerie untuk dijual di gig nanti, 2 buah buku Sindiket Sol-Jah untuk dilahap sepanjang perjalanan, sehelai boxer dan segenggam tablet ubat-ubatan ala Dr Gonzo, aku tetap meleceh sampai ke stesen bas. Mujur sangat bas belom berlepas. Aku sempat naik tepat jam 4.37 petang. Nasib memang selalu baik untuk orang yang tak berapa baik macam aku. Syukur pada Tuhan yang Maha Adil.

Aku tidak bersendirian. Leha juga turut serta dalam jelajah kali ini. Cuma dia tak perlu naik di stesen bas. Dia menunggu di MRSM memandangkan bas akan melalui jalan tu sebelum memasuki lebuhraya. Tiba di MRSM, aku dah nampak kelibat gadis berbaju lengan panjang hijau dan berseluar jeans siap dengan cermin mata besar ala Paris Hilton menjinjing beg galas hitam melambai-lambai menahan bas yang sudahpun memberi signal berhenti ke tepi. Dia masuk dengan semerbak harum pewangi entah jenama apa menusuk setiap hidung penumpang bas. “Wah, macam ni mengalahkan aku yang nak main gig. Stylo habis.” getus aku dalam hati. Dia duduk disebelah aku dan tersenyum-senyum. Kami berbual-bual sedikit sebelum aku mula mengantuk dan terlelap.

Kami tiba di kota Kuala Lumpur menjelang malam. Kota batu ini tak banyak berubah, tetap sesak dengan warga yang belum tentu asalnya dari tanah bertuah ini. Sana-sini kelibat orang bergegas mengejar waktu yang memang takkan berhenti sedetik pun menunggu mereka. Kami menunggu jemputan rakan Leha yang katanya sudah bertolak namun maseh belom sampai. Biasalah, jalan sesak dengan hamba dan alat kemodenan. Bila-bila pun takkan sudah.

-Sana-sini terang neon membunuh kegelapan,
konkrit bersahutan awan,
tulang-tulang berserakan memenuhi setiap
ruang menganjal zarah dan atom halal haram metropolitan-

Studio untuk praktis sudah ditempah jam 9 malam. Aku tiba lewat 15 minit. Rakan-rakan dah mula berdentum-dentam kat atas tapi perut aku pula berkeriuk-keriuk kat bawah minta diisi. Mujur ada gerai burger Otai. Sempat juga la menjamah benjoe sambil menapak perlahan menaiki tangga rumah kedai 3 tingkat. Studio terletak di tingkat teratas.

Dari luar, dah kedengaran gelak tawa Obey, Enol, Andaq dan Par berdekah-dekah. Entah apa yang lucu sangat, aku kurang pasti. Aku masuk ke dalam studio. Oh, rupanya masing-masing tengah sibuk bergaya cucuk langit melibas gitar dan melompat-lompat ala hardcore 90-an. Lagunya tak seberapa tapi gaya mesti lebih. Itu memang sudah jadi tema Crestfallen. Aku bersalaman, capai gitar, cucuk plug, chuga-chuga sedikit sebanyak dan mengikut mereka terkinja-kinja. Sudahnya, kami berdekah-dekah lagi seperti selalu. Praktis Crestfallen memang selalu santai sebegini. Maklumlah, usia yang sudah lanjut memaksa mereka untuk jadi tidak terlalu serius dan sedikit tak senonoh. Orang tua memang selalu begini.

Kami praktis lagu baru bertajuk ‘The Existence Of New Submission’ lebih banyak dari lagu-lagu yang lain kerana Par pun belum fasih sangat dengan struktur dan part-part lagu tu. Selebihnya, lagu-lagu dalam demo dimainkan sekali jalan mengikut setlist yang akan dimainkan esok. Keseluruhannya, praktis tetap macam selalu. Hasilnya hanya tawakal dan bertaruh nasib. Kami memang selalu begini.

Habis praktis, kami minum sebentar di restoran mamak kedai bawah. En QarmaDharma yang sampai lewat setengah jam sebelum kami selesai praktis sibuk berceloteh dan berlawak tak senonoh yang memang jadi kegemaran kelompok laki-laki separa urban yang menumpang rezeki di kota batu ni. Aku mengerling pada jarum pendek jam beliau yang sudah beranjak ke angka 12. Sudah masanya untuk pulang berehat.

Hari aku maseh belum tamat. Enol menghantar aku ke Prima Damansara untuk bertemu Leha yang dari tadi melepak bersama kawannya. Kami minum-minum sebentar sebelum Tam Spider datang dan melepak bersama kami. Rupanya, rakan leha tu memang bersahabat baik dengan geng-geng Luncai Emas. Tam meminta demo yang aku bawa dari kampong untuk cuba didengar di studionya nanti. Katanya, band-band underground ni banyak yang kualitinya bagus tapi kurang pendedahan pada dunia arus perdana. Kami berborak ringkas perihal industri musik arus perdana yang dulunya tandus kualiti tapi sekarang dah lebih meriah dengan kemasukan banyak band-band indiependen yang berbakat besar. Aku boleh lihat mentaliti pemusik-pemusik arus perdana yang nyata berbeza dengan fahaman dan anutan anak-anak muda anti-establishment. Walaupun hasil karya sama-sama berseni dan berkualiti, aku nampak yang fokus mereka lebih ke arah musik untuk cari makan dan menjadi karier. Ini memang tak salah tapi aku maseh lagi percaya yang seni dan perdagangan adalah dua perkara yang berbeza. Kata Ginsberg (Allen), seni yang tulus adalah sebuah eksplorasi kepada kejujuran berkarya dan jika kita dapat cari makan dengan seni, ianya adalah satu bonus, bukan objektif. Dan ini tidak jadi junjungan pemusik arus perdana yang berkiblatkan pasaran, sama seperti Tam dan Luncai Emas sekalipun. Namun, ianya maseh hanya pilihan peribadi dan aku memang tak punya masa dan sebab untuk menghentam beliau. Masing-masing bebas memilih.

Sudahnya, aku tidur pukul 3 pagi dan cabaran terbesar adalah untuk bangun siang nanti.

2 Mei 2009, Sabtu. Ipoh.
Leha pagi-pagi dah bangun. Aku tak pasti pukul berapa tapi tiga empat kali juga aku terjaga sejak pukul 5 pagi kerana panas. Sejak itu aku dah lihat dia duduk membaca di sebelah aku. Pukul 9 baru aku terjaga sepenuhnya setelah diharuk QarmaDharma yang menelefon sudah dalam perjalanan menjemput kami. Meleceh ini adalah satu penyakit yang payah sangat aku nak buang. Tabiat cukup buruk untuk manusia sebaik aku. Heh.

Aku bersiap ringkas sebelum turun dan sarapan di kedai mamak berdekatan area rumah tu. Lebih kurang jam 10 pagi, kami pun memulakan pemanduan menyusur lebuhraya. Kata Andaq, paling lama pun kita memerlukan 3 jam untuk tiba ke Ipoh. Sepanjang perjalanan, sekeliling lebuhraya memang kaya dengan pemandangan alam semulajadi yang mendamaikan. Aku tak banyak berborak dalam kereta. Aku asyik melahap ‘Kacip’ sampai habis lumat. Pipiyapong memang penulis yang baik. Beliau bijak mengusik deria komedi pembaca dengan kesah-kesah hidupnya yang tak lari jauh dengan hidup yang sama kita hadapi setiap hari – pengalaman kerja (dan tak kerja), ruang transisi dari remaja ke dewasa, kereta, persahabatan, punkrock, seni dan musik-. Prosanya memberikan refleksi kepada faham dan anutan kita yang cenderung sepertinya. Hidup memang selalu begini dan begitu. Di mana-mana pun sama.

Kami tiba di Ipoh lebih kurang pukul 12 tengahari. Pertama-tamanya, aku turunkan tingkap MyVi Enol untuk menghirup udara tanah tumpahnya darah Birch ni (eh, Birch kat Pasir Salak kan?). Bandaraya ini terdapat banyak kuil-kuil yang letaknya di kaki-kaki bukit dengan patung-patung sembahan yang bagak dan raksasa. Aku jadi jakun sekejap dan sibuk tekan punat capture telefon kamera yang aku paksa pinjam dari adik aku. Bangunan-bangunan kedai di sini maseh kekal dengan bentuk kolonialnya. Terjaga dan terpulihara. Belum pekat lagi senibina dan struktur bandaraya moden di sini melainkan kompleks-kompleks pasaraya yang memang jarang nak berkolaborasi dengan nilai sejarah tempatan.

Gig belum mula tapi dah ramai anak-anak muda berkeliaran sekitar venue yang diadakan di dewan SJK© Ipoh. Kami tak sempat nak soundcheck sebab gitar maseh belom bertukar tali. Aku cuci mata meliar melihat gadis-gadis hardcore gelombang baru. Aku yakin sangat mereka adalah anak tempatan. - “Ipoh mali, Ipoh Ipoh mali..” teringat nyanyian Point Blanc dalam X-Fresh FM yang dah kerap sangat berkumandang di corong radio -. Manis dan memberahikan (oopss..pity me PC-fascist!). Credits untuk gadis-gadis Ipoh. J

Glendora Records adalah sebuah rekod label yang diusahakan oleh anak-anak Ipoh yang belom besar mana tapi kuat semangat dan cintanya pada musik bising dan bingit ni. Aku kagum melihat modus operandi penganjuran yang sistematik dan well-organized. Kita boleh ambil iktibar di sini bahawa umur atau usia lanjut dalam scene tak menjamin kita untuk jadi lebih bagus dari mereka-mereka yang maseh hijau dan muda. Semangat dan kecintaan adalah pokok dan teras aktivisme itu. Baru hardcore punk brader.

Tema gig yang bertajuk “Drug Free Youth Campaign 2009” menampilkan ADK untuk turut serta membuat pameran di gig ini. Sebenarnya, aku yakin benda ni hanya setakat buat syarat je. Maklumlah, permit biasanya susah sangat nak dilepaskan untuk gig-gig sebegini melainkan ada inisiatif menjudulkan moral yang kulit-kulitan sebagai objektif. Aku jenguk-jenguk replika jenis-jenis dadah yang dipamerkan. Ada candu, amphetamine, ketamin, morphine, ganja, magic mushroom dan dadah yang selalu aku nak cuba, LSD. Aku pelik tengok LSD hanyalah sekeping kertas kecil dengan corak-corak muka senyum, strawberry, nenas dan beberapa corak lain yang agak hippie. Setelah mendapat penjelasan dari penjaga pameran, baru aku jelas yang LSD adalah sejenis dadah berbentuk sticker untuk dijilat pada lidah dan mengaktifkan deria khayal seseorang penagih. Kalau kamu semua pernah tonton Fear & Loathing In Las Vegas (filem autobiografi penulis liar Hunter S. Thompson lakonan cemerlang Johnny Depp), Dr Gonzo ada menjilat-jilat LSD sewaktu beliau tiba di Las Vegas dan merangkak masuk ke panggung. Mati-mati aku ingatkan yang LSD adalah sejenis pil sebelum ini. Namun, apa yang aku tahu dadah jenis ni sudah mula pupus dan outdated. Aku kempunan.

Band-band dah mula bermain sejak pukul 2 tadi. Stage utama memang gempak dengan band-band metalcore yang rabak dan gamat bermain dalam asap dan pencahayaan lampu yang ala konsert. Aku tak dapat nak ulas banyak tentang band-band yang bermain awal kerana kurang jelas dengan nama band namun rata-ratanya konsep yang dibawa setiap band hampir sama, metalcore, metalcore dan metalcore. Jelasnya, inilah genre musik yang menakluk kecenderungan budak-budak sekarang. Musik rabak dengan riffing-riffing metallic yang laju-laju, sekejap-sekejap breakdown dan nyanyian jerit-jerit macam nak terkeluar anak tekak. Tapi enjoy, jeng!

Di luar, stage kedua pun dah bermula. Band pertama adalah band tempatan yang aku kurang pasti namanya. Bermain teknikal-grind yang agak violent. Vokalisnya ramah mesra bergurau dengan crowd yang mengelilingi mereka. Agak kelakar dan mencuit hati dengan komedi-komedi sampingan cetusan beliau. Mereka memang enjoy sesama sendiri.

Seterusnya, Brayok mengambil tempat. Di mulai dengan lagu sendiri yang agak catchy ( mereka three-piece punkrocker), aku dah mula ke depan untuk melihat dengan lebih jelas. Brayok kuat pengaruh skate-punk walaupun mereka tak bergaya seperti skaters. Dengan beberapa cover dari NOFX dan Bad Religion, aku terhibur sekejap dari bingit jerit pekik musik yang berkumandang hari itu.

-“ Why must we stay, when we don’t belong. Why must we stay, when we don’t belong. We don’t belong..” Eat The Meek, NOFX. –

Selepas Brayok, stage kembali bingit dengan beberapa lagi band dengan konsep yang sama, metalcore. Ada juga dua tiga band yang bermain lain sikit konsepnya, sedikit teknikal, sedikit violent, sedikit screamo dan entah apa jenis genre lagi. Yang pasti, aku memang tak dapat dengar nyanyian yang jelas lirik dan nada suaranya. Kecuali sebuah band dari utara yang vokalisnya seorang perempuan yang agak cute dengan suara yang comel dan lunak. Aku tak jelas dengan nama band tapi aku pasti mereka ada bermain satu cover dari Paramore. Gitarisnya agak hebat dengan pedal efek yang tidak satu dan lagu-lagu yang melodik. Keseluruhannya, set mereka cemerlang dan menghiburkan.

Band terakhir untuk stage kedua adalah band yang ditunggu-tunggu, Infinite Delay dari Kuala Lumpur. Sebuah band teknikal grind yang amat hebat. Mereka tidak mempunyai bassist, cukup sekadar gitar utama, drum dan vokal. Namun persembahan mereka jelas mengagumkan. Gitarisnya memang hebat dengan jari-jemarinya berlari-lari pantas di setiap fret tanpa dapat dikesan cacat-celanya. Drum pula tak dapat nak diulas dengan kata-kata. Memang yang terbaik setelah Devillica. Ketukan padat pada piccolo (kau bayangkan bunyi ‘tang!’ diketuk laju-laju) dengan nisbah 100 : 10 seconds, dengan teknik yang berubah-rubah mengikut kiraan yang kelam kabut tapi berstruktur, segalanya seolah-olah magis hitam dari anak-anak muda rebellious ini. Stage kedua tamat dengan encore 2 kali. 2 KALI tau, brader.

Di stage pertama, Crestfallen mula beraksi lewat petang. Gugup bercampur baur dengan keterujaan untuk melompat-lompat di stage yang gah ni, kami tidak mengambil masa yang lama untuk soundcheck dan setting. Kurang 10 minit, tirai dibuka dan Crestfallen mula beraksi dengan lagu pertama yang agak slow, Never Die Ronin. Crowd agak hambar dan tidak kelihatan mereka ghairah untuk berdiri dan ke depan melainkan beberapa kerat kawan-kawan dari band Incarnation dan segelintir yang lain. Lagu kedua dan ketiga lebih heavy namun maseh gagal memancing crowd untuk memenuhkan depan pentas. Sambil bermain, aku dapat lihat sekelompok crowd yang mula keluar dewan menandakan betapa tidak rabaknya persembahan Crestfallen hari itu. Abang Rom pula mundar mandir dengan kamera dan baju putehnya sebelum sama-sama keluar dewan. Kami tidak peduli semua itu. Persembahan diteruskan dengan badan yang sudah mula panas dan kami mula menggila melompat dan melibas-libas angin menghambat setan-setan yang memang tak nampak. Crestfallen bermain 5 lagu tanpa ada slamdive atau mosh dari crowd, apatah lagi boxing dan step dancing. Namun kami tetap puas terkinja-kinja di atas pentas.

Band seterusnya tak dapat diulas kerana kepenatan dan merehatkan diri di luar venue.

Malam sedikit, Second Combat mula beraksi. Dah lama aku tak menonton persembahan mereka setelah yang terakhir di video Fluff Fest. Mereka memang gempak dengan kredibiliti vokalisnya yang cukup mahir berinteraksi dengan crowd. Stage gamat dengan slamdive dan moshpit yang penuh dengan crowd sehingga hampir penuh 3 suku dewan. Lagu-lagu yang dimainkan senang untuk singalong dan catchy. Ein juga petah menjelaskan setiap cerita dalam lagu-lagu yang disampaikan. Kriteria yang ada memang cukup sempurna untuk sebuah band positive hardcore seperti mereka. Yang hebatnya, sebelum lagu terakhir dimainkan, mereka sempat membuat sebuah piramid manusia dengan memanipulasikan crowd yang ramai. Memang luar jangkaan. Aku terpesona lantas terus berkata pada QarmaDharma, “Diorang memang Band of the Day lah!”.

Love Me Butch menakluk pentas selepas itu. Post-hardcore yang mantap, dengan vokal Syarul yang jelas dan sekali-sekali menjerit rabak. Lagu pertama dipetik dari album mereka yang mendapat ulasan menarik dan pengiktirafan dari pencinta musik indiependen tanahair. Riffing gitar Wing Meng yang tak konvensional dan progresif memaksa kepala kita terhangguk-hangguk walaupun tanpa pengaruh dadah. Persembahan yang menghiburkan dan berstandard tinggi.

Band seterusnya adalah band yang mula mendapat tempat dalam industri musik tempatan, Incarnation dari Kedah. Mereka baru sahaja pulang dari tour di Indonesia dalam rangka promosi album baru mereka yang baru lahir rilisan Subhuman Production. Si gitaris, Najmie dengan fiil yang sedikit gila-gila dan slumber membuka kata dengan menggelarkan crowd Ipoh sebagai motherfuckers. Memang kelakar. Lawak yang agak thrash (baca : kurang ajar). Persembahan dimulakan sejurus kuda-kuda dipasang dan rambut panjang terhurai ke depan. Vokal Yad yang mantap cukup serasi dengan musik mereka yang agak thrash dan well-structured. Solo Najmie memang serupa seperti yang didengar di dalam CD mereka, tak kurang satu not pun. Memang tidak sia-sia menonton persembahan mereka berkali-kali. Di bahagian drum pula, tak perlu mencari kesilapan Azumbi kerana memang takkan jumpa. Beliau bagaikan drum machine yang diprogram. Tepat dan padat. 5 bintang untuk Incarnation. Kalau ada lebih bintang, tambahkan lagi untuk mereka kerana mereka memang layak mendapatnya.

Jam dah menunjukkan pukul 11 malam namun maseh ada sebuah band terakhir untuk beraksi, Restraint dari Kuala Lumpur. Kami dah tak larat untuk terus menunggu. Setelah mendapat bayaran dari penganjur, dalam lelah dan penat, masing-masing bersedia untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Rancangan untuk makan di bandar Ipoh terpadam setelah Andaq tersalah jalan dan terbabas hingga ke lebuhraya. Maka, kempunanlah aku untuk melahap Char Kueh Teow dan Mee Udang. Hasilnya, kami hanya berhenti makan di hentian rehat lebuhraya tanpa ada banyak pilihan. Hmm..nasi ayam pun nasi ayamlah kerana perut aku memang dah tak dapat nak cerewet sangat kerana kelaparan. Kami bertolak sejurus lepas makan dan tiba di Kuala Lumpur jam 3 pagi.
Aku tidur lena tanpa dengkuran (err..maksudnya, ‘kurang’ dengkuran) malam tu. Esok pagi-pagi nak kena bangkit. Ada satu lagi jelajah menarik. Nak tau lagi? Sila klik sini.

PECANG PUNGGUNG... EH, PANGGUNG

METROWELWELWEL WEL WEL WEL WEL.......
Mempersembahkan, sebuah melodrama arahan Prof. Sai Baba Mukhlisin



Mempertaruhkan bakat-bakat 'tua' seperti:
Pak Mat (BA), Pak Leh (MB), Pak Kader (STM), Zali Burung Hantu (STM), Amy Zam
dan Mat Sam (AGN)

05 May 2009

PERIGI BERACUN


Qarma >>KLIK<<

TAHAN LESEN



Wa dah lama nampak flyers ni, wa ada sikit muskil kenapa nak kena “tahan lesen”? kalau wa tgh drive kena tahan ada roadblock wa nk ckp apa dgn polis tu? “lesen kena tahan cik sbb nk jadi lelaki kuat” peh gila apa morning morning wa sure kena saman takde lesen tau. Ok, jika org tu mmg sejak azali mmg takde lesen camna plak? kita amik contoh la cik qarmadarma, tak merasa la dia nk jd “lelaki kuat” tau!

Psst, lesen terbang skrg ada lagi ke??

01 May 2009

KAU MAWAR KU




Ini jambu mawar. Sama spesis dgn jambu air cuma warna dan bentuk sahaja berbeza. Jambu air kalau masak berwarna merah dan mempunyai jus yg banyak. Jambu mawar pula kalau sudah masak berwarna hijau cair kekuningan, jus nya kurang sedikit tapi berbau wangi spt bunga mawar tatkala dimasukkan kedlm mulut utk dikunyah. Kali terakhir gua makan jambu mawar ni masa gua kecik kecik, rumah paklong gua dkt kampung ada sepohon jambu mawar daun nya rimbun, lebat buahnya serta bunganya, walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya, walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya….. tapi pokok jambu mawar tersebut telah lama tamat riwayatnya akibat sakit tua.

Namun tiba tiba!!! Setelah berbelas tahun tidak merasa kelazatan jambu mawar tersebut, gua sungguh tidak menyangka wa dpt merasa semula jambu mawar tersebut secara percuma yg ditanam oleh sedara gua yg tinggal di taman molek. Waw! Déjà vu! Dekat kampung sudah pupus pokok jambu mawar ni tapi ia boleh hidup subur ditengah bandar…kuasa tuhan….

Pengajaran: rajin rajin la menjenguk sedara mara, jgn kerek sgt. Sekian.




P/s adalagi satu jambu namanaya jambu bol, bentuk sama mcm jambu air tapi isi dia tebal dan padat mcm jambu batu, tapi tak sekeras isi jambu batu, ia lagi lembut. Kalau dibelah dlmnya ada biji jambu yg keras ditengahnya. Dkt kampung gua pun dah pupus pokok jambu bol ni. Nnt ada masa wa try survey kebun kebun jiran gua manatau ada lagi sepohon jambu bol daun nya rimbun, lebat buahnya serta bunganya, walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya, walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya….

Kembalikan!!!!!

Sudah seminggu keadaan Baba begitu.Terperap di dalam bilik.Berita dari Doktor Hambali tempohari betul-betul menyentak hati muda Baba yang penuh dengan keriangan sebelum ini.

"awak hanya tinggal 3 minggu saja Encik Baba untuk bersuka ria bersama teman-teman yang awak sayangi" kata-kata Doktor Hambali bagai halilintar menyambar segenap tubuh gempal Baba.Baba bagaikan tidak percaya,batuk-batuk yang dialaminya sejak minggu lepas adalah kesan dari kanser paru-paru yang telah menular teruk ke seluruh paru-parunya.Berbagai-bagai persoalan timbul dalam kepala Baba,siapa yang akan menjaga kereta mewahnya lepas ini?siapa yang akan menjaga buah hatinya Rini kalau dia dah meninggalkan dunia ini nanti?Siapa itu,siapa ini,macamana itu,macamana ini?seribu satu soalan timbul secara mendadak dari pemikiran Baba.
"Ahh..aku mesti buat keputusan juga" rungut Baba, seiring tangannya mencapai telefon bimbit yang mempunyai 34 miskol dari Rini.

"Kita terpaksa putuskan hubungan suci ini,bukan i tak sayang kat you,tapi i rasa u berhak hidup lebih bahagia dengan insan yang lebih sempurna.Pergilah pada Hamsani,i pasti dia boleh buat hidup you lebih bahagia nanti,pergilah sayang,jangan cari i lagi" jari jemari Baba pantas menaip pesanan ringkas untuk buah hatinya itu,dan selepas itu telefon bimbitnya di padam.

Tiga minggu telah berlalu,tiada apa yang belaku pada diri Baba.Baba telah persiapkan dirinya awal-awal lagi.Hari berganti hari,minggu berganti minggu,namun tiada apa-apa perubahan berlaku pada diri Baba.Malah batuknya sudah semakin pulih."Pelik.."Baba merungut sendirian.
Kad jemputan kahwin diantara bekas buah hatinya, Rini bersama rakannya Hamsani telah di terima semalam,tiada riak-riak kecewa pada muka Baba.Malah Baba puas melepaskan rini ke tangan orang yang boleh dipercayainya,Hamsani.

Pagi-pagi lagi telefon bimbitnya telah berbunyi.
"selamat pagi Encik Baba" suara Doktor Hambali kedengaran jelas di corong telefon.
"selamat pagi" Baba membalas lemah.
"ada berita baik yang ingin saya sampaikan pada Encik Baba"Doktor Hambali bernada tenang.
"apa dia?" ngantuk Baba serta merta hilang,tidak sabar rasanya dia mahu menerima berita itu.
"pertama sekali saya ingin memohon maaf diatas kesilapan saya tempohari,sebenarnya yang menghidap sakit kanser paru-paru bukan awak,maklumat itu datang dari fail pesakit kami yang lain,Sairul Baba.Seorang lelaki keturunan orang asli Pahang.Dan lelaki itu telah meninggal dunia tiga minggu yang lepas"Doktor Hambali menerangkan panjang lebar.
"jadi saya tak sakit apa-apa lah?,saya tak mati la ye?" Baba seperti tidak percaya.
"Tidak,kamu hanya menghidap batuk-batuk biasa saja,maafkan diatas kesilapan saya Encik Baba,nama awak betul-betul hampir dengan nama pesakit saya yang dah meninggal tu,nama awak Khairul Baba,nama arwah tu Sairul Baba" Doktor Hambali menyatakan kekesalan dirinya.
"kalau macam tu terima kasih la tuan Doktor"Baba bernada gembira.
"sama-sama,kalau ada apa jangan malu-malu hubungi saya ye" Doktor Hambali kembali lega setelah penerangannya diterima baik oleh Baba.
"Assalamualaikum" Baba mengakhirkan perbualan
"Waalaikumsalam"

Klik..
Talian putus,Baba melompat kegembiraan.Seperti dilahirkan semula Baba tidak henti-henti mengucapkan syukur kepadaNYA. Namun....kegembiraan itu terhenti setelah dia terpandang kad jemputan kahwin Rini bersama Hamsani di tepi katil.Mereka telah selamat diijabkabulkan minggu lepas.Mata Baba berkaca,hidungnya kembang kuncup,dadanya berombak kencang, telinganya merah...

Dan selepas itu kedengaran jeritan kuat seperti halilintar di seluruh taman perumahan itu...

"Riniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!Hamsaniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!"
Baba meraung.Tapi segalanya telah terlambat untuk Baba.



-akueMpTy-

SALAM PEKERJA


Kepada semua warga pekerja yg bekerja wa nak ucapkan selamat hari pekerja! Biar gaji kecik yg penting rezekinya halal. Amin..