14 July 2011

RENTUNG





Akhirnya setelah berkhidmat selama 7tahun pc gua telah diistihar mati seminggu yg lepas. Salute kepada Pentium 4 2.66 OS XP sebuah pc yg betul betul steady spt askar gurkha, drp takde internet gua kasik salur streamyx, mantap melayar, mendownload lagu, movie, software. Gua buat edit lagu secara kecil kecilan, pasang interface bole rekod gitar lagi, soundkad creative (gua beli drp brader dozo) menjadi saksi gua mendengar lagu dgn kualiti yg baik. Cuma game je versi yg terbaru gua dah tak boleh main, gua dah habis upgrade grafik kad dgn RAM, last game gua main Call Of Duty 4.

………beep………beepppppppppp………………………………………….

Berbekal kan duit gua ke taman U, pegi kedai computer power, diapunya power kedai tu siap boleh dpt carik motherboard utk hidupkan semula Pc gua ni. Terima kasih buat kilang MSI kerana masih lagi bikin motherboard utk Pc kokak gua ini. Setelah di sumbat motherboard dan power supply baru Pc gua hidup semula dan beraksi garang, tapi yg celakanya Pc gua tetap mengeluarkan bunyik bising tapi tidak sebising yg dulu mcm mesin tebu kah kah kah


Nota tapakaki:

Celaka byk benda nak kena cover balik ni, byk mp3 dgn movie baru gua kena download, cerita dkt FB lg, cerita Bersih pun gua dah tertingal byk, pehhh mcm mcm lah kena kasik tune balik kasik up to date puihhhh

No comments: