02 July 2011

In Your Honor


Aku jarang dengor album-album dari Foo Fighters selepas era takdenya band Nirvana dan Soundgarden suatu ketika dahulu. Kurang minat layan band-band post-grunge ni sebenornya. Tapi album In Your Honor dari Foo Fighters ni ada lain macam sikit. Aku tak putus-putus layan album tu selama 5 tahun lebih. Kenapa?

Dari segi liriknya; Pada pendapat aku, ianya lebih kepada "difficult or not, life goes on" dan bersifat persahabatan.


Muzik; Masih kekal trademark asal bermulanya dari album pertama dan dibaikpulihkan lagi ke album-album seterusnya dan tak dinafikan bahawa Dave Grohl adalah seorang yang rajin membuat itu ini selain dibantu oleh bandmates nya.


Pemuzik-pemuzik tambahan; Kebanyakan abang-abang dan kakak-kakak dalam dalam sesi menokok tambah bunyi dalam album ni pernah join band-band grunge rabak-rabak, seorang pernah produce album band thrash metal, seorang pernah jadi photographer dan direct dokumentari untuk pearl jam, bruce springteen, smashing pumpkins, bjork, blind melon..... Sorang lagi, tapi bukan dari kalangan grungie juga telah menokok tambah bunyi untuk album ni; Adik Geethali Norah Jones Shankar. Dan diorang telah contribute untuk album ini tidak sepertimana diorang pernah buat pada band masing-masing.


Bagi yang pernah mendengor atau yang belum, cuba dengorkan.....

No comments: