27 May 2010

Sampah.....

Wujudnya genre ini di era Hardcore Punk tengah memuncak dan semakin happening genre ini di kala merundumnya Hardcore Punk. Terdapat kekecahan pada zaman itu apabila terdapat percampuran di antara Hardcore Punk yang sediada tetapi semakin merundum dengan Metal yang baru dibawa masuk dari Eropah terutama sekali dari British Metal. Ketika itu juga Heavy Metal masih bersaing dan apabila ia overlapping dengan genre-genre tersebut, maka ia terus terbentuk menjadi suatu pembuangan genre yang diguna semula; "Thrash Metal".

Wujudnya Metallica di era Dave Mustaine dan Cliff Burton. Wujudnya Exodus di mana Kirk Hammett masih bersama band tersebut.. Wujudnya Anthrax di era Neil Turbin. Wujudnya band Filipino-American yang dipanggil Death Angel. Wujudnya Slayer pada masa itu asyik cover lagu Judas Priest dan Iron Maiden sebab takde lagu sendiri lagi. Selepas itu wujudnya Megadeth oleh Dave Mustaine selepas dipecat untuk semata-mata nak membalas dendam terhadap Metallica dan Kerry King pernah membuat penampilan sebagai gitaris bidan terjun apabila bermain dalam sesuatu gigs. Dan tak lupa kepada band-band Thrash Metal di era 80-an seperti Testament, Overkill, Whiplash, S.O.D, Nuclear Assault, Sodom, Kreator, Destruction, Voivod, Anvil, Annihilator dan lain-lainlah. Memang happening masa tu dengan Thrash Metal.

Wujudnya panggilan The "Big Four" of Thrash Metal pada empat band; Metallica, Megadeth, Anthrax dan Slayer. Sehinggalah selepas konsert The Big Four, sesuatu telah berlaku. Lebih kurang hampir sama sindromnya dengan Hardcore Punk. Nak tau lebih lanjut, carilah stuff ni. Hahahaa.....

Dan selepas tahun 2000, aku berterima kasih dengan band-band Thrash Metal baru seperti Toxic Holocaust, Cross Examination, Municipal Waste, SSS, Evile, Warbringer, Gama Bomb, Bonded by Blood, Violator dan Dekapitator.

Keep on Thrashing.....

Black Metal? Klik >>

1 comment:

tora corgan said...

owhh ni i dah tonton nice!!!