02 September 2015

Sometimes I Run, Sometimes I Cry, Sometimes I'm Scared Of You

But all I really want is to hold you tight
Treat you right
Be with you day and night
Baby all I need is time


Puisi di atas dipetik dari hasil seni nukilan Britney Spears berkenaan perasaan sayang, berkenaan masa dengan hal pecah dara. Mungkin boleh dikaitkan dengan isu yang wa nak utarakan ni.


Dalam banyak-banyak benda cuma satu je wa musykil sekarang ni.

Menteri-menteri (yang jahat) sekarang ni tak takut ke KALAU kerajaan bertukar tangan?

Sebab apa yang diorang buat ni bukan ke akan makan diri diorang balik KALAU kerajaan bertukar tangan?

Don't get me wrong. Wa tak pro mana-mana. Sebab pada wa dua-dua ni lebih kurang. Politician semua sama. Yang bezakan diorang ada yang walk the talk, ada yang talk cock.


Cuma wa nak tanya tu je, KALAU negara ni bertukar tangan, tak ke lu orang kena humban penjara ke, kena pecat ke, kena buang negeri ke. Habis busuk kalau lu orang mampu (ramai yang mampu), lu lari Australia. Tapi kalau Najib lari ke Australia, bukan ke Sirul pun dah ada sana? Buatnya tiba-tiba Najib jalan pergi pasar tiba-tiba bertembung dengan Sirul, nak cakap apa? Tanya apa khabar?

Ah tapi tu hal remeh. Sebab persoalan pokoknya tetap sama. Menteri-menteri tak guna ni (bukan semua ya, BUKAN semua) tak takut ke KALAU kerajaan bertukar tangan?

Pandang Belakang La Sikit

Ingat tak bila Selangor kena ambil alih? Sama juga macam Penang. Menteri dan pembesar yang kalah tu, MASIH selamat lagi sebab BN masih kerajaan pusat. Jadi orang macam Khir Toyo tu makan kenyang-kenyang pun tak kena apa, habis kuat pun pengsan masa jogging depan rumah. Diorang masih selamat sebab pembesar utama negara MASIH pegang Malaysia.

Tapi KALAU kerajaan bertukar tangan, KALAU parti Barisan tersungkur sampai terpaksa pass obor, apa jadi dengan menteri-menteri ni semua?

Takkan nak buat macam Ezam dulu mula-mula berdegar-degar hentam kerajaan lepas tu masuk UMNO tukar skrip pulak hentam Anwar. Sekarang taktau apa cerita dia.

Tapi sebenarnya kan..





Sebenarnya persoalan yang wa nak tanya, bukan bila kerajaan bertukar tangan tapi sebenarnya lebih kepada bila dunia dah sampai hari perhitungan.

Diorang ni tak takut Allah s.w.t ke?


1 comment:

Muhammad Shalleh Mohd Basri said...

baru beli laptop kewww
kem kem
hihi