15 January 2012

Ass Throw!

Setelah membuat pembacaan demi pembacaan, pertanyaan demi pertanyaan, rujukan demi rujukan dan perbincangan demi perbincangan, akhirnya keputusan telah dibuat dan penghasilan telah tercapai!

Pengamatan telah dibuat. Hanya menggunapakai beberapa kelajuan sahaja dan tidak menggunapakai had data secara langsung.

Begitulah hukumnya. Untuk menjatuhkan sesuatu sistem, kita kenalah belajar akan sistem itu dan amalkannya terlebih dahulu. Kaji kebaikan dan keburukannnya. Berani melakukannya, maka kenalah berani menghadapinya. Itulah penerimaan terma bagi menjatuhkan sesuatu sistem.

Semuanya bermula apabila aku pulang ke Batu Pahat. Berjumpa dengan ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan. Perbualan demi perbualan bertopik kegembiraan, kesedihan, kepuasan dan rungutan. Tetapi pada waktu itu aku lebih fokuskan akan topik rungutan. Dan kebanyakan mereka merungut tetapi tiada tindakan bagi mengubat kerungutan, Dalam salah satu kerungutan mereka, mereka sudah ada bagi mengisi hiburan tetapi semakin lama semakin berat bebanannya manakala aku masih belum bersedia untuk memikul bersama sambil memerhatikan bebanan mereka.

Itulah hukum sesuatu perkhidmatan kapitalis yang terpaksa kita terima. Perkhidmatan yang sedia maklum untung akan memerah lebih keuntungan manakala yang menggunapakai perkhidmatan yang untung tersebut akan cuba mengekalkan penggunaannya tetapi kali ini secara minimum.

Aku mula membuat rujukan media samada pihak yang diharap-harapkan oleh kita ada mengambilberat akan rungutan mereka dan mula membentangkan dan mengarahkan agar penambahan bebanan tidak dibuat. Setelah dirujuk, ada pembentangan dan arahan telah dibuat. Tetapi malangnya penambahan bebanan masih juga berlaku. Kenapa? Kerana mereka telah ditegur oleh oleh pihak yang memberi penambahan bebanan tersebut supaya jangan lupa bahawa mereka jugalah yang telah membuat persetujuan bersama secara rasmi di peringkat awal lagi.

* Kecewa *

Bila aku pulang ke rumah, aku mula menelaah melalui pelbagai rujukan. Ya, ada alternatifnya dan aku mula melakukan perubahan DIY secara berperingkat. Ianya mengambil masa dan memerlukan kos sekadar yang termampu. Dan akhirnya, perubahan itu telah selesai dan aku sedang tersenyum seorang diri.

USAHA TANGGA KECEMASAN!