08 October 2011

Haji Marlboro

Aku ada follow-up tazkirah Bro Ustaz Zamri melalui Facebook. Tapi siapa Ustaz Zamri, ek? Kalau kamu semua perasan akan rancangan "Adik dan Al-Quran" di TV9, dialah ustaznya. Dan semenjak dari bulan Julai 2011, rancangan tersebut telah dihentikan (untuk sementara waktu atau tidak, aku tak tahu). Kenapa? Ambil kisah punya ambil kisah, rupanya kerana ini:

dan respon beliau adalah ini:

Baiklah, topik utama:
Yang terbaru dan aku betul-betul terkesan adalah penerangan beliau ini:
"Harga rokok ( purata ) : RM10 (sekotak) x sehari Jumlah tahunan : RM 3650 Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250. Maka...... Orang-orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI kerana terdapat lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar..."

Dan seperti yang dijangka, pada pengamatan aku, kebarangkalian majoriti orang-orang yang telah memberikan komen pada penerangan beliau adalah di kalangan perokok dengan simbolik kurang senang. Ramai telah mengalihkan dengan ada lagi isu yang lagi berat daripada yang ini.

Aku telah berhenti menghisap rokok selama tiga tahun. Bukan dengan menggunakan kaedah mengurangkan kekerapan seharian menghisap rokok secara berperingkat sehingga berhenti, tapi aku berhenti terus. Ramai kawan-kawan aku telah menyatakan hasrat mereka kepada aku untuk berhenti menghisap rokok. Tapi malangnya, kebanyakan mereka telah tertakluk kepada phrase "You can talk the talk, but can you walk the walk". Lain kali kalau nak berhenti hisap rokok, tolonglah. Jangan cerita gagah dengan aku, siap ada strategilah, kiraan matematiklah, NitQuitIn lah. Lakukanlah secara low profile.

Sebagai kawan, aku menasihati. Begitulah juga dengan tazkirah Ustaz Zamri itu. Kesan positifnya adalah lebih banyak.

1 comment:

tora corgan said...

kah kah kah nasib baik gua straightXedge