05 September 2011

SOLE TO SQUEEZE

Dalam entri yg lepas gua ada menyatakan masa umur gua 30sen baru gua merasa pakai kasut jenama Vans, sebegitu jugak dgn kasut jenama Dr Martens. So dlm tahun tahun sebelum tu gua banyak pakai selipar tat sing, kasut converse, Bata, pallas dan Asadi.

Kasut jenama DocMart ni mmg dah lama gua mengidam sejak jaman Pang tengah menaik tahun 90an dulu. Gua paling minat model hi cut eyelet sampai paras lutut tu pehhh kalau turun summit parade rasa jalan mcm kuda.

Tapi kalau pakai pergi beraya atau marhaban mmg kurang sesuai sbb bila nak masuk rumah orang kena buka kasut tu mmg leceh kena longgarkan semua tali baru boleh keluarkan kaki, sure makan masa, orang dah start makan gua tak habis lagi bukak kasut. Bila nak pakai balik pun satu hal lagi.

Kasut DocMart pertama gua beli dkt Spore, model Wayne. Kalau ikut kan hati gua nak beli yg ada gambo union jack tu tapi nampak mcm tak senonoh sbb gua pakai kasut ni buat pergi opis.

Bercerita pasal kasut kerja ni, setahun sekali gua sure tukar kasut baru sbb jangka hayat kasut yg gua pakai ni boleh bertahan hanya selama setahun sahaja, kalau lebih drp tu mmg merasa ibu jari kaki gua terjuih drp depan kasut tak pun sebelah ada tapak sebelah lagi takde tapak.

Pernah satu tahun tu gua konon konon nak support jenama Malaysia, so gua beli sebijik kasut jenama Bata, sepanjang 3bulan gua pakai kasut tu ayat haram jadah mmg tak pernah putus gua ucapkan bila pakai kasut tu mana tak nya seminggu pakai alas dlm kasut dah tercabut, tapak terkopak jgn cerita lahh, sampai brader tukang kasut tu ckp gua ni ada isim Hulk.

Kaki gua ni berkonsepkan dempak bukan luncup ala kaki cinderela maka agak sukar nak carik kasut yg betul betul fit. Gua tgk byk kedai kasut yg jual kasut cutting mcm nak pergi clubbing, runcing runcing je, mcm kasut Aladdin pun ada gua tgk.
Kasut jenama Hush puppies selalunya menjadi pilihan gua, sedap di pakai dan fit dgn kaki gua tapi harga dia mmg sedap jugak. Sbb tu bila dpt bonus hujung tahun baru boleh beli kasut ni kah kah kah.

Berbalik pada cerita kasut DocMart, bila gua test pakai gua rasa sungguh hepi sgt sbb fit dgn kaki gua. Dia punya design gua tak pikir sgt janji sedap mata memandang. Harga dia pun lebih kurang mcm harga Hush puppies.

Dah setahun lebih jugak gua pakai DocMart ni, masih tak menunjukkan tanda tanda tapak nak tercabut Cuma kelemahan dia kalau time hujan kalau gua tersilap langkah air cepat tembus masuk kedalam kasut. Mungkin kasut ni sesuai utk cuaca sejuk dan bersalji bukan tempat berair.

Owwhh mungkin gua kena beli model yg true Made in England kot, kalau buat berenang sure tak masuk air kah kah kah SEKIAN


NOTAPAKAKI:

Sila tonton art membuat kasut DocMart di sini.

1 comment:

bobp said...

try scholl brader, dah 2 tahun aku pakai, memang lenjan gila2.. setakat ni tapak je haus... yang lain2 masih champion lg...