20 April 2011

NI CERITA BOLASEPAK

Ni cerita bola. Wa pecaya sekarang semua orang dah minat bola balik, nak-nak lepas pasukan Harimau Malaya kita menang piala AFF SUZUKI 2010 tahun lepas...memang dia punya pegi mencanak, sampaikan Astro pun dah jadi penaja paling terbesar sekali. So sesapa yang takde Astro, jangan mimpi nak tengok bola MSL 2011 secara live kat RTM. Tengok bola kat RTM bermakna lu orang tak yah kuo duit, so jangan dok mimpi. Tapi kalu nak tengok live sangat, gi tengok kat kedai mamak, sorang-sorang pun takpe, janji tengok bola...err...macam wa. Ok straight to the point.

Kali ni wa nak citer hal-hal penyokong. Celaka sekarang semua nak ada Ultras sendrik. benda ni elok sebenarnya, tapi kalau dah terlalu bermegah sangat, lagi la haramjad jadinya. Sebenarnya, Ultras ni mempunyai sokongan yang sangat positif, diaorang berlainan dengan hooligans...tapi kalau ditengok, hooligans lagi banyak dari ultras yang positif ni...

Yang wa nak cakap, kalu lu supporters bolasepak tempatan, lu memang tak leh celen fans Selangor. Lu orang letak la team Selangor kat mana, kat division 3 pun diaorang punya penyokong tetap cempien. Satu-satunya penyokong yang layak digelar penyokong sejati. Lu ada jumpa ke stadium penuh (takde la penuh sangat pun) tiap kali team korang main home? Ni Selangor punya fans dari dulu stadium mesti ramai penyokong diaorg.


Fans Selangor memang cempien!

Apa Kelantan penuh jugak? Kelantan baru-baru ni jek nak menyokong. Sebelum ni pun macam lahanat gak penyokong stadium tak penuh....kalu Annuar Musa tak buat revolusi bolasepak kelantan, sama jek kat takuk tu jugak...so jangan nak ngengada la penyokong Kelantan kata diaorang fanatik....tengok fanatik ke tak fanatik lu orang kalu Kelantan terperosok kat tangga terbawah liga Premier, wa potong jari la kalau stadium lu orang penuh...menang baru sekali Piala Malaysia jangan nak cempien sangat la bai....Selangor punya team tu, kalau tiap musim ada Piala Malaysia baru, wa rasa dan penuh Muzium Negeri dengan Piala Malaysia...


Jangan nak seronok sangat bai!


Player dengan penyokong kepala lebih kurang jek...nak gaduh masuk tomoi la brader...macam yeye.


Wa tengok sekarang penyokong bolasepak Johor pun dah agak bertambah, walaupun main kat liga Premier...wa harap, penyokong Johor semua steady jek tak bermegah-megah sangat walaupun Johor pernah jadi double cempien (liga division 1 dan Piala Malaysia) dan terus menyokong team Johor walaupun nampak macam lauk sikit. Lu orang lek jek duk tepi koner, mana tau musim depan team kita masuk MSL terus jadi juara Super League, Piala Malaysia, Piala FA dan Sumbangsih sekaligus, pastu boleh la letak bintang banyak-banyak kat jersi menandakan kita dah menang Piala Malaysia 3 kali, setakat kelantan baru menang sekali dah ada bintang kat jersi pebenda bai...impian ni nampak celaka sikit, tapi kalau tak celaka, bukan namanya impian....errr, betul ke wa tulis?


Pebenda bintang tu brader? pebenda tu? pebenda tu?


Wa nampak masa depan Johor akan terus cemerlang bila Akid Anaqi jadi penyerang utama diaorang 15 tahun akan datang ni...WA KONFIDEN!

No comments: