22 April 2011

Ahli Mesyuarat Bingkai Tingkap.

Aku minta maaf banyak-banyak sebab dah kurang sangat menulis di sini.

Dipendekkan cerita.....

Aku sekarang tengah sibuk membuat persiapan untuk pindah ke rumah baru. Insya-Allah kalo betul-betul boleh pindah, bulan 6. Berangan nak decor living room macam tu, dining macam ni, kitchen macam tu. Dan yang paling pasti; satu bilik aku decor jadi mini studio. Idea tu dah gam balik dan bagi spirit kat kepala otak selepas aku menziarah ke rumah ex-prinsipal aku masa keje kat architect firm di JB dulu.

Design tingkap sliding yang harus dipuji. Perincian dia? Aku cuma boleh bagi ni;
Dan yang aku bertambah semangat nak buat mini studio adalah ini;
Duit sekarang tengah kopak untuk rumah baru. Jadi, aku terpaksa menabung sikit-sikit sangat untuk angkat barang ni satu hari nanti. Hahaa...

Lagi perincian bingkai tingkap. Kali ini yang boleh lipat;
Bila aku ada dapat rezeki lebih lagi, insya-Allah aku akan setup design ni kat balcony rumah baru aku nanti. Tapi lambat lagi laa. Bukan dalam masa yang terdekat ni ye...

Tapi aku tau. Aku takkan dapat design macam tu walau lebih daripada 50% sekalipun. Tingkap sliding tu memang aku tak boleh buat. Takde ruang dan takde budget yang cukup. Tapi idea boleh ambil dari situ. Rumah baru aku nanti bukan design macam yang kat atas tu. Aku beli rumah teres je. Kemampuan kewangan aku setakat selaju motor JCL 6293 aje. Hahaa...

Jadi, semoga perancangan aku ni akan direstui oleh penentuan-Nya.

1 comment:

tora corgan said...

berduit jgk rumah brader ni. Nasib baik kerusi dram karen tu dia pakai kerusi ikea kalau dia pakai kerusi warong mmg nak kena libas