09 May 2010

KUM

Ada satu tahun tu, sekitar batu pahat kecoh pasal hantu kum kum. Gua sebenarnya tak kesah sangat pasal cerita cerita tabloid ni, tahun tu gua rasa suratkhabar metro tak wujud lagi, kalau dah wujud mau 5mukasurat dia cover cerita hantu kum kum ni selama seminggu, tapi makin lama cerita dia makin kasik gua cuak, cerita pasal pontianak dgn pocong pun dah tak boleh carik makan lagi nak takutkan gua.

Ada banyak versi diapunya cerita, katanya hantu kum kum ni akan datang kerumah dan beri salam “asalamualaikum kum” belakang salam tu ditambah kum, pelik jugak hantu ni boleh beri salam, hantu bagi salam beb!!! bila tuan rumah bukak pintu ada lembaga menakutkan berdiri depan pintu, mana yg lemah semangat akan pengsan dan demam seminggu, dan tak kurang pula yg lari lintang pukang, ada juga cerita yg gua dgr lembaga tu menyerupai perempuan yg memakai tudung putih, dari jauh nampak ok je, raut wajah pun tak nampak, bila dah tengok dekat dekat rupanya menyeringai taring, kalau ada taring dah sama standed vampire ni.
Katanya hantu ni datang kerumah waktu maghrib, tapi gua tak pasti sebelum azan maghrib atau selepas azan. Ada jugak yg bercerita katanya hantu ni sebenarnya org yg salah menuntut ilmu, salah yg mcm mana gua tak pasti sbb gua bab belajar belajar ni memang tak in sangat, kononnya hantu ni dtg kerumah nak mintak tolong selamatkan dia la ceritanya.

Akibat drp cerita cerita yg ditambah persa aji ni gua petang balik sekolah ugama pukul 5.30 terus lincah balik rumah takde nak singgah kedai beli tikam tikam atau pun lepak kantin lawan tepuk terup.

Perjalanan dari sekolah ugama nak balik rumah gua kena melalui beberapa tempat yg dianggap angker, yg pertama kawasan kubur, walaupun dari jalan raya mmg taknampak pun kawasan kubur tu sbb terlindung kebun kelapa dan rumah orang tapi kalau dah nama penakut tu benda yg jauh boleh jadi dekat, yg tak nampak pun boleh jadi nampak.
Pernah gua dgr cerita, pada satu tahun tu beca roda 3 mmg menjadi pengangkutan popular bagi mereka yg tidak mampu menyewa teksi atau mempunyai motor berkuasa rendah. Sewaktu remang remang senja seorang brader beca ni sudah bawak seorang penumpang drp bastand menuju kampung gua, mengikut cerita brader beca dia tak nampak sgt muka perempuan yg naik beca dia tu sbb memakai tudung labuh berwarna putih, sampai ke dalam kampung, brader beca tanya perempuan tu mana rumahnya, perempuan tu mintak turunkan dia di satu lorong kecil menuju kerumah nya, setelah membayar tambang perempuan tu pun terus berjalan memasuki lorong kecil tersebut menuju kerumah nya, brader beca mcm rasa tak kena je dgn perempuan tu, brader beca mmg biasa dgn kawasn kampung gua, sedang dia mengundurkan beca nya baru dia terpandang signboard tulisan jawi “TANAH PERKUBURAN”, brader beca jadik kaget, dia seluk poket tengok duit yg perempuan tu bayar rupanaya daun kering, apalagi brader beca kasik pecut kayuhan ala M.kumaresan, nasib tak baik beca dia hilang kawalan terus kecebur kedalam parit, brader beca lari lintang pukang, beca dia tinggalkan dlm parit. Gua dengar cerita brader beca sejak drp peristiwa tu pencen bawak beca dan menceburkan diri kedalam bidang penanaman jagung.

Tempat kedua: pokok kayu ara yg tersergam indah tepi jembatan besar lokasi lagi 100 meter sampai kerumah gua, dgn juraian lilitan akar nya yg mengurai mcm rambut. Banyak budak budak balik mengaji rumah pak imam nampak lembaga putih bergayut dekat dahan pokok, dua tiga org demam seminggu, tapi gua bajet budak budak ni reka reka je cerita sbb taknak pegi mengaji sebab nak layan drama Opah.

Tempat ketiga: serumpun pokok buluh lokasi lagi 3bijik buah rumah sampai rumah gua. Peh dia punya cuak jgn cerita la kalau lalu depan pokok ni, nak nak time angin bertiup kena dekat daun buluh bunyik berdesir dan batang buluh bergesel sesama sendiri akan mengeluarkan bunyik yg agak ngeri, mcm dlm scene filem laksmana do re mi time diorang terjumpa puteri buluh betong mintak tolong…..help….help….help…..

Sampai je rumah gua terus lompat dari basikal, biar basikal tu parking sendirik bawah anjung rumah. Gua terus kedapur bukak tudung saji, mana tau ada getuk ubi barang seloyang dua, mmg syoh kena sambil bilas dgn air tehO suam. SEKIAN

1 comment:

NEOFISHY said...

ngeri siot....yg wat lagi ngeri, wa gi ngaji, sebelah umah mengaji tuh ada org berubah jadi hantu kum kum....perghhh...horror siak