27 May 2010

Sampah.....

Wujudnya genre ini di era Hardcore Punk tengah memuncak dan semakin happening genre ini di kala merundumnya Hardcore Punk. Terdapat kekecahan pada zaman itu apabila terdapat percampuran di antara Hardcore Punk yang sediada tetapi semakin merundum dengan Metal yang baru dibawa masuk dari Eropah terutama sekali dari British Metal. Ketika itu juga Heavy Metal masih bersaing dan apabila ia overlapping dengan genre-genre tersebut, maka ia terus terbentuk menjadi suatu pembuangan genre yang diguna semula; "Thrash Metal".

Wujudnya Metallica di era Dave Mustaine dan Cliff Burton. Wujudnya Exodus di mana Kirk Hammett masih bersama band tersebut.. Wujudnya Anthrax di era Neil Turbin. Wujudnya band Filipino-American yang dipanggil Death Angel. Wujudnya Slayer pada masa itu asyik cover lagu Judas Priest dan Iron Maiden sebab takde lagu sendiri lagi. Selepas itu wujudnya Megadeth oleh Dave Mustaine selepas dipecat untuk semata-mata nak membalas dendam terhadap Metallica dan Kerry King pernah membuat penampilan sebagai gitaris bidan terjun apabila bermain dalam sesuatu gigs. Dan tak lupa kepada band-band Thrash Metal di era 80-an seperti Testament, Overkill, Whiplash, S.O.D, Nuclear Assault, Sodom, Kreator, Destruction, Voivod, Anvil, Annihilator dan lain-lainlah. Memang happening masa tu dengan Thrash Metal.

Wujudnya panggilan The "Big Four" of Thrash Metal pada empat band; Metallica, Megadeth, Anthrax dan Slayer. Sehinggalah selepas konsert The Big Four, sesuatu telah berlaku. Lebih kurang hampir sama sindromnya dengan Hardcore Punk. Nak tau lebih lanjut, carilah stuff ni. Hahahaa.....

Dan selepas tahun 2000, aku berterima kasih dengan band-band Thrash Metal baru seperti Toxic Holocaust, Cross Examination, Municipal Waste, SSS, Evile, Warbringer, Gama Bomb, Bonded by Blood, Violator dan Dekapitator.

Keep on Thrashing.....

Black Metal? Klik >>

26 May 2010

SEMALAM I CALL U, U TAK ANSWER



Apa yang lu orang nampak kat atas? Nombo 4D dengan bermacam segala D, D cup jek takde kan?

Akhbar yang lu orang tengok ni lah akhbar yang sentiasa melaung-laungkan tentang masalah sosial dan bermacam lagi masalah lain yang melibatkan rakyat Malaysia.

Antaranya tentang Black Metal yang digembar-gemburkan sebagai satu anasir tidak sihat ataupun menyesatkan.

Tanggal 31hb December 2005, kumpulan rock yang aku anggotai iaitu Crestfallen, mendapat jemputan untuk bermain gig pada malam tahun baru. Petang tu aku, Tora, Ajib Malbari dengan Uda bergegas ke KL untuk memenuhi undangan tersebut. Enol dah tunggu kitaorang kat KL, dia awal-awal dah hoyeh-hoyeh 2 3 hari sebelum tuh. Dengan disertai hujan lebat sepanjang perjalanan, ke'excited'an kitaorang masa tuh tak dapat disangkal sebab gig yang akan dibuat menghimpunkan antara band-band yang dasyat dalam scene hardcore/punk antaranya Devilica, Cassandra, Uphold, Restraint, etc...sedangkan kitaorang masa tu hanyalah band kampung. Kira ni merupakan pendedahan yang sangat baik untuk band kami.

Sampai dah hampir malam, dan gig belum start lagi. Ramai orang yang datang gig tuh, hampir 800-900 orang...bayangkan rumah kedai nak menampung orang yang ramai macam tuh. Tak lama selepas tuh, show pun bermula. Aku tak masuk lagi sebab orang terlalu ramai. Dalam aku duk duduk tengok sekeliling, aku perasan sorang mamat yang pakai macam style polis tengah under cover. Tak lama lepas tuh 3 4 orang datang, lepak kat kedai mamak dekat dengan area gig tuh tengah berlangsung.

Pada saat Devilica tengah beraksi, polis serbu tempat tuh, luckily aku, Tora, dan Enol sempat lari.

Dipendekkan cerita, esoknya, keluar dalam akhbar kat atas tuh tentang gig black metal diserbu dan hampir 600 orang di tahan. Bermacam cerita mengarut antaranya terjumpa satu buku yang mengandungi unsur black metal dan sembahan kambing untuk dikorbankan. Merepek dan mengarut. DAN MENIPU 100%!

Cerita dalam akhbar kat atas memang mudah mempengaruhi masyarakat, dengan tag line "Akhbar Tabloid Paling Laku Kat Malaysia", sapa yang tak terpengaruh!

Apa yang korang tengok adalah akhbar yang sama yang kononnya menunjukkan mereka adalah pejuang kepada kebenaran. My ass!

I GIVE YOU BLEK METEL

23 May 2010

TERBAIK DARI LADANG JENGKOL

Stone Temple Pilots - 2010


Pehhhhhhh terbaik!!!!!!!!!! klik

The Melvins - The Bride Screamed Murder


Seperti biasa buzz osbourne nyanyi mmg mcm pundek, tapi lagu dia sedap dan boleh tahan.
klik

MERONG YANG NICE



Wahhh baru layan trailer je dah mcm best sangat, tu belum tgk wayang lagi ni!!

I JANJI TAKNAK SHOPPING LAGI! I SWEAR!! LALALALALAAALLLLAAA

21 May 2010

MEMANG TRABEL!!



klik sini

Walaupun wa mmg tak IN dgn awie tapi disebabkan rock punya pasal wa kena pergi ni, kena sapport. Bila lagi nak sapport band malaysia, takkan nak suruh mamat bangla plak kan kan, tak kan gua nak layan band unggu, apabarang brader layan band indon!!!

17 May 2010

BEKMINTEN SUKK!!

Ok baran gua dgn kejohanan piala thomas belom reda lagi, baran dgn team m'sia tak boleh cakap la sampai bini gua sound "patut la awak ni tak minat sukan", baran gua pun terbawak bawak time final team indon yg main ala kadir tu.

Adat permainan mmg ada kalah dan menang, tapi kalau kalah pun kena ada standed la brader, jgn lah cekai sangat, kalau lu orang tak boleh nak main betul betul lu orang quit kasi orang lain ganti tempat lu. Beribu lah orang menanti nak masuk akademi badminton tak kira m'sia mahu pun indon, lagi bagus dan power drp lu orang lah!!!

Cerita banyak pun tak guna, cara penyelesaian gua senang je, hantar pemain pemain badminton ni training dengan trainer komunis, bior diorang berlatih ala komunis, gua nak nak tengok cirit birit tak diorang kena tibai dgn brader komunis ni!!

11 May 2010

DUA MINIT SEBELUM TENGAH MALAM




Ada satu malam tu seingat gua jam menunjukkan waktu lagi 2minit sebelum tengah malam, perut gua tiba tiba terasa sangat lapar seperti seekor serigala.

Sebelum itu…..

Gua lepak kedai mamak suratkhabar, gua tak beli suratkhabar pun gua cuma selak selak sambil membaca majalah secara free, majalah maskulin depan gambo brader ketul ketul six pack, jarang gua baca majalah ni sebab gua lebih menjurus memilih majalah depan gambo perempuan.
Selak punya selak ada satu artikel yg sekali imbas gua dpt rumuskan “makan selepas pukul 7 malam tidak bagus utk kesihatan badan”.
Entah mana punya celaka penulis menulis artikel ni dah mcm ye ye je gua baca tulisan dia, nasib baik la pejabat majalah ni jauh dkt KL kalau tak gua dah gegar nak tengok penulis ni cakap serupa bikin tak diapunya badan dan kesihatan dia bila ikut tips kesihatan yg dia tulis ni.
Disebabkan gua dah selalu sangat makan lewat malam jadi gua nak merasa lah sekali dua tak makan malam. Artikel tu bagi tips suruh makan epal hijau utk alas perut kalau lapar.

Dalam perjalanan balik kerumah gua singgah giant kejap beli buah epal hijau. Gua amik 10bijik lepas tu pegi timbang, jadah!! Dia punya harga dah sama mcm makan nasik putih, sup sayur, telor bungkus dan air sirap!! Di sebabkan gua pun tengah ada duit gua terus pegi bayar dengan hati yg sedikit terguris….

8malam…

Perut gua rasa lapar, gua makan sebijik epal, tiga kali gigit dah habis, apasal buah epal tak sebesar buah nangka berat dlm tiga empat kilo sekali makan sure kenyang kan kan…

Hari semakin larut, sudah 4biji epal gua makan namun tiada kesan nak kenyang, apakah epal yang gua beli itu salah satu produk cetak rompak???

Gua cuba lelapkan mata tapi tak berjaya, perut semakin memanggil manggil mintak makan….help…help….

Gua sudah tak boleh tahan sabar, gua kalau jumpa penulis artikel tu memang gua beduk.

Gua melangkah menuju dapur, gua selak tudung saji, ada habuk je, hati gua jadi membara, gua riki seluruh dapur atas peti ais ada roti gadenia belen semalam ada lagi 5keping. Gua terus capai plastik roti dan amik sekeping roti, sungguh tak cool makan roti kosong, gua bukak peti ais capai bekas kaya, tanpa membuang masa gua sapu kaya selapis pada roti, gua kasi lipat roti dan tekan jadik mampat, gua masukkan roti kedalam mulut, gua gigit kunyah 2kali dan tiba tiba….. tekak gua rasa lain, bila masa pulak kaya ada perisa campuran asam jawa ni!!!









Ni adabi mengada ngada mcm dah takde bekas lain apa nak buat peketjing produk dia, kan sama mcm bekas kaya apa!!

Yang gua pun satu hal pegi kedai cuma beli roti je, ingat ada kaya turun daripada langit apa??SEKIAN

SUSAHNYA MENCARI REZEKI

Korang pernah keja dari pukul 8 pagi sampai kul 5 petang pastu pukul 7.30 malam sampai 1 pagi? Setiap hari kecuali Ahad? Aku dah pernah beb. Nak lagi true buat kerja tak ingat dunia lagi macam Abg Qarmadharma, dia lagi true pukul 7 pagi tolong kat warung Zam sampai kul 11 pagi, sambung tolong kat warung Kak Tipah lepas Zohor sampai kul 5 petang, pastu sambung pukul 7.30 sampai pukul 1 pagi. Itu kerja aku dengan Abg Qarma sebelum Abg Qarma dapat kerja gomen.

Cerita pasal bab keja nih, kalau nak diikutkan pengalaman kerja aku bermula lepas SPM. Siang keja kat kilang, malam kerja kat warung kat Pekan Parit Yaani. Masa tu bujang, apa sangat nak beli dengan RM600 kan? Setakat lepas rokok sekotak Marlboro 20 sehari ok lah tuh. Lagipun rokok time tu murah. Baru RM5.

Nak dikatakan penat tuh memang la penat. Tapi kalau nak dibandingkan kerja kontrak angkat simen 100 kilo tu lagi penat.

Aku rasa saat paling susah carik duit ialah masa jual beger dari lepas maghrib sampai pukul 1 pagi dan dalam masa yang sama siang kerja. Masa tu aku rasa cukup perit, demi nak menanggung anak bini yang lebih memerlukan sesuatu daripada keperluan aku sendiri. Paling aku ingat, bila Akid yang masa tuh baru umur setahun, dah pandai jalan dan masuk longkang sampai hitam satu badan dia, demi untuk temankan aku niaga beger dengan ibu dan Abg Qarma. Betapa susahnya berniaga kat Jalan Jenang, tempat jin bertendang pada sebelah malamnya. Semuanya aku buat demi sesuap nasik dan juga proses pembesaran Akid tak kan terganggu dek kerana kekurangan wang, yang mana masa tuh walaupun berniaga beger, wang yang ada masih kurang kerana gaji kecik untuk kerja sebelah siangnya.

Pernah seorang kawan bertanya, "berbaloi ke ko kerja sampai macam ni?". Aku cuma cakap, "nak buat macamana, ni jek yang mampu aku buat". Betul, apa lagi yang aku mampu buat? Join MLM? Untuk apa kaut keuntungan orang lain untuk perut kita.

Kenapa aku cerita benda-benda nih? Sebabnya ada antara kita yang tak perlu berkerja keras membanting tulang empat kerat untuk hidup senang, tak perlu kerja lepas sekolah kerana ibu bapa memang sudah agak berada terus sambung belajar dan keluar terus dapat gaji besar, tak perlu berniaga malam dan bekerja siang seperti aku dan Qarma sebelum ni sambil mengharapkan jualan akan habis tiap-tiap malam, tak perlu bersusah payah bercucuk tanam dan menunggu hasil tanaman untuk berbuah baru dapat diterima hasilnya, itupun kecil kerana penglibatan pihak ketiga, tak perlu bekerja di bengkel-bengkel motor dan diliputi minyak-minyak hitam yang kotor dan susah untuk dihilangkan, tak perlu menahan muka tebal menjual produk di kaki-kaki lima atau berjumpa secara direct dengan customer di meja-meja makan walaupun kita tau yang kebarangkalian untuk orang membeli produk jualan kita adalah 5%, tak perlu mengangkat balak dan dengan hanya menekan punat keyboard komputer, gaji yang diperolehi 10 kali ganda lebih besar, mampu untuk membeli apa yang korang impikan jika nak dibandingkan dengan hasil yang diperolehi oleh mereka yang bergaji kecil tapi harus membanting tulang dengan masa yang panjang, bla bla bla.....dan memang itu semua rezeki kamu, dan aku tak mempertikaikannya kerana itu DAH SEMEMANGNYA REZEKI KAMU....


......cuma ingatlah, perhatikanlah mereka-mereka yang tidak punya apa tapi harus membanting tulang demi sesuap nasi, jauh sekali kehendak dapat dipenuhi. Dan bersyukurlah dan jangan memandang rendah dengan mereka sebab belum tentu kamu-kamu itu sanggup untuk menjadi seperti mereka!

... Dan Kegelapanlah Yang Meneranginya

Di sebalik keheningan biru, perlunya sedikit kegelapan bagi menghitamkan kecerahan di sini.....

Dokumentari ini menceritakan tentang Norwegian Black Metal. Antara bapak-bapak Black Metal yang telah ditemubual adalah Encik Varg "Count Grishnackh" Vikernes yang masih berada di penjara kawalan maksimum setelah dijatuhkan hukuman penjara selama 21 tahun bermulanya dari tahun 1994. Ia juga membongkar tentang di sebalik pembakaran gereja-gereja dan pembunuhan-pembunuhan yang telah dilakukan dan terus dilabel oleh media-media kepada mereka sebagai "Satanists" di awal 90-an. Versi sebenarnya adalah berlainan dengan apa yang telah ditabloidkan. Ia juga memfokuskan tentang persekitaran, budaya, salah-silah, kebangkitan, penerusan genre dan orang-orang yang telah menciptanya.

Nak kata dokumentari ni best recommended... Entahlah. Flow perjalanan dokumentari ni memang moody, ambient dan gelap..... Kalo aku recommendkan dokumentari ni pada vokalis kumpulan Kathran, mau dia beli piano corong besor banyak-banyak pastu jadi artis black metal solo dan seterusnya dieksklusifkan di dalam web ohartis,com.

Dapatkanlah stuff ni kalo nak tau lebih lanjut. Sekian.....

10 May 2010

OWHMAIGAD!!!


1st single je dah syohh inikan pula full album!!! Nantikan the latest rilis diblog ini!!!

IBU 1.4




Semalam hari ibu, hari ini hari ibu
esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan seterusnya....

Selamat hari ibu

Ibu

.....

09 May 2010

ALBUM HAWTT??

High On Fire - Snakes for the Divine




Apasal gua bole taktau band kegemaran gua ni rilis album baru bulan 2, celaka punya matt pike tak sms gua pun!!! Apa apa pun terbaik dari ladang jengkol!!!
klik

KUM

Ada satu tahun tu, sekitar batu pahat kecoh pasal hantu kum kum. Gua sebenarnya tak kesah sangat pasal cerita cerita tabloid ni, tahun tu gua rasa suratkhabar metro tak wujud lagi, kalau dah wujud mau 5mukasurat dia cover cerita hantu kum kum ni selama seminggu, tapi makin lama cerita dia makin kasik gua cuak, cerita pasal pontianak dgn pocong pun dah tak boleh carik makan lagi nak takutkan gua.

Ada banyak versi diapunya cerita, katanya hantu kum kum ni akan datang kerumah dan beri salam “asalamualaikum kum” belakang salam tu ditambah kum, pelik jugak hantu ni boleh beri salam, hantu bagi salam beb!!! bila tuan rumah bukak pintu ada lembaga menakutkan berdiri depan pintu, mana yg lemah semangat akan pengsan dan demam seminggu, dan tak kurang pula yg lari lintang pukang, ada juga cerita yg gua dgr lembaga tu menyerupai perempuan yg memakai tudung putih, dari jauh nampak ok je, raut wajah pun tak nampak, bila dah tengok dekat dekat rupanya menyeringai taring, kalau ada taring dah sama standed vampire ni.
Katanya hantu ni datang kerumah waktu maghrib, tapi gua tak pasti sebelum azan maghrib atau selepas azan. Ada jugak yg bercerita katanya hantu ni sebenarnya org yg salah menuntut ilmu, salah yg mcm mana gua tak pasti sbb gua bab belajar belajar ni memang tak in sangat, kononnya hantu ni dtg kerumah nak mintak tolong selamatkan dia la ceritanya.

Akibat drp cerita cerita yg ditambah persa aji ni gua petang balik sekolah ugama pukul 5.30 terus lincah balik rumah takde nak singgah kedai beli tikam tikam atau pun lepak kantin lawan tepuk terup.

Perjalanan dari sekolah ugama nak balik rumah gua kena melalui beberapa tempat yg dianggap angker, yg pertama kawasan kubur, walaupun dari jalan raya mmg taknampak pun kawasan kubur tu sbb terlindung kebun kelapa dan rumah orang tapi kalau dah nama penakut tu benda yg jauh boleh jadi dekat, yg tak nampak pun boleh jadi nampak.
Pernah gua dgr cerita, pada satu tahun tu beca roda 3 mmg menjadi pengangkutan popular bagi mereka yg tidak mampu menyewa teksi atau mempunyai motor berkuasa rendah. Sewaktu remang remang senja seorang brader beca ni sudah bawak seorang penumpang drp bastand menuju kampung gua, mengikut cerita brader beca dia tak nampak sgt muka perempuan yg naik beca dia tu sbb memakai tudung labuh berwarna putih, sampai ke dalam kampung, brader beca tanya perempuan tu mana rumahnya, perempuan tu mintak turunkan dia di satu lorong kecil menuju kerumah nya, setelah membayar tambang perempuan tu pun terus berjalan memasuki lorong kecil tersebut menuju kerumah nya, brader beca mcm rasa tak kena je dgn perempuan tu, brader beca mmg biasa dgn kawasn kampung gua, sedang dia mengundurkan beca nya baru dia terpandang signboard tulisan jawi “TANAH PERKUBURAN”, brader beca jadik kaget, dia seluk poket tengok duit yg perempuan tu bayar rupanaya daun kering, apalagi brader beca kasik pecut kayuhan ala M.kumaresan, nasib tak baik beca dia hilang kawalan terus kecebur kedalam parit, brader beca lari lintang pukang, beca dia tinggalkan dlm parit. Gua dengar cerita brader beca sejak drp peristiwa tu pencen bawak beca dan menceburkan diri kedalam bidang penanaman jagung.

Tempat kedua: pokok kayu ara yg tersergam indah tepi jembatan besar lokasi lagi 100 meter sampai kerumah gua, dgn juraian lilitan akar nya yg mengurai mcm rambut. Banyak budak budak balik mengaji rumah pak imam nampak lembaga putih bergayut dekat dahan pokok, dua tiga org demam seminggu, tapi gua bajet budak budak ni reka reka je cerita sbb taknak pegi mengaji sebab nak layan drama Opah.

Tempat ketiga: serumpun pokok buluh lokasi lagi 3bijik buah rumah sampai rumah gua. Peh dia punya cuak jgn cerita la kalau lalu depan pokok ni, nak nak time angin bertiup kena dekat daun buluh bunyik berdesir dan batang buluh bergesel sesama sendiri akan mengeluarkan bunyik yg agak ngeri, mcm dlm scene filem laksmana do re mi time diorang terjumpa puteri buluh betong mintak tolong…..help….help….help…..

Sampai je rumah gua terus lompat dari basikal, biar basikal tu parking sendirik bawah anjung rumah. Gua terus kedapur bukak tudung saji, mana tau ada getuk ubi barang seloyang dua, mmg syoh kena sambil bilas dgn air tehO suam. SEKIAN

07 May 2010

KESAN PENGARUH FACEBOOK



Lu orang try la add page nih. Agak-agak lutut dah longgar kesan 'toceng' sesama remaja, lu orang bleh try produk nih. Ramai dah try, kesan nya insyaAllah ada hasil, provided yang lu orang mesti manusia ah.

Buat yang baru belum kawin tuh, kalau niat di hati nak sihatkan tubuh badan pun ok jek.

Apa laga, asyik-asyik beli produk Century jek, kasi sokong la produk Malaysia sikit. Cara?

05 May 2010

IRONMENG



Baru lps tgk ironman 2, cerita ok la sama je jalan cerita dia mcm yg 1st, tapi dia punya perang perang dah mcm ayam la terbang sana terbang sini, baik tengok cerita superman!!

04 May 2010

BACA

Gua jarang membaca buku buku berkonsep ilmiah, kali terakhir wa membaca buku buku ilmu masa wa nak amek periksa stpm 12tahun lepas, itu pun wa terpaksa baca sbb nanti nampak macam tak senonoh pulak hantar kertas kosong time jawab periksa.
Berkat drp usaha gua mengulangkaji pelajaran bersama t.v dan budak budak dadah keputusan stpm gua hangus melingkup, tapi gua tak terkilan sangat la sebab gua mmg tak pernah simpan cita cita nak melanjutkan pelajaran sampai ke universiti.

Hari ini setelah hampir 2bulan on and off tamat gua membaca 3buku ini recording engineer handbook, mixing engineer handbook dan mastering engineer handbook secara turbo.
Setelah gua buat rumusan dan pati drp bacaan tiga buku tersebut gua telah membuat keputusan bahawa……. sepatah haram pun gua tak paham apa yang matsaleh tu tulis!!!SEKIAN…