30 June 2009

BAKI




Lokasi: Mesin ATM bank yg menindas pekerja bawahan.





Kad atm dimasukkan kedlm slot mesin,


Nombor pin ditekan 6digit,


1 2 3 4 5 6


Paparan menu utama,


Pertanyaan Baki,


Baki akaun simpanan anda ialah RM 37.72 sen


Baki yang anda boleh gunakan ialah RM 20.00




Entah apa punya merepek gua boleh simpan cita cita nak beli kereta Hummer. Sekian.

Untuk Kesihatan Rambut



Hujung minggu dah tiba. 'Timing' cantik. Baru gaji dan belum 'cai' dekat kedai motor, tuan rumah, bank, insurans dan seangkatan dengan itu. Hairi ajak aku pergi Tesco beli barang dapur dan barang toilet. Memang patut pun. Sabun dalam bilik air tu dah tipis macam pembaris. Pernah juga aku buat-buat buta pakai sabut Fab buku. Yang penting, badan basah ada buih sabun. Memang tu syarat mandi apa.
Aku dah bajetbajet dalam kepala. Jangan boros. Boros tu kawan syaitan. Aku mesti belanja tak lebih dari RM50 sahaja. Kalau lebih pun tak banyak. Dalam RM50 sahaja juga. Barang wajib beli adalah: ubat gigi, sabun, syampu. Barang wajib suruh Hairi beli adalah: Frozen French Fries, Frozen roti canai, Frozen chiken wing, Frozen sayur campur. Lain-lain tu sunat. Biasalah, plan memang sangat tawadhuk dan bersederhana. Tapi bila dah "ko tengok ni, aku 'amek' ni, ko tengok tu, ko 'amek' tu". Silap-silap satu Tesco boleh licin.
Aku memang failed kalau bab merancang perbelanjaan. Tapi aku yakin, aku akan handal dalam merancang keluarga. Aku sangat yakin. Kalau gaji aku macam gaji Arwah Mikael Jackson, aku tak susahsusah nak belajar Matematik, kira duit, fikir nak beli apa. Aku tau atas meja dah ada nasi, ayam black pepper, beef steak, fresh oren, pisang dan agar-agar. Toilet wangi, ada toilet roll, ada ubat gegat. Bukankah itu yang kita semua impikan?

Sampai je pintu Tesco, aku dengan gaya makcik-makcik terus ambil bakul. Nak ambil trolley macam keterlaluan. Sebenarnya segan dengan burungburung dalam Tesco tu. Nanti diorang kata "kesian, muda-muda dah kena pikul tanggungjawab besar".
Dari kaunter satu sampai kaunter sembilan semua 'lane penuh' macam dekat tol orang nak balik raya. Aku kata dekat Hairi " Rasa aku memang kena belanja 'fit-fit' RM50 je. Kalau lebih kesian pulak dekat orang yang beratur belakang aku kena tunggu lama". Hairi faham.

Aku meluru ke bahagian kosmetik dan sabun. Ada dua benda yang aku nak cari dekat situ. Pertama sabun. Dan keduanya, burung. Tapi memang dah ketentuan Tuhan, individu yang jaga department tu adalah burung jantan yang pandai ber'makeup. Kalau tujuan perempuan memakai make-up untuk cantik, dia tidak. Malah semakin tidak cantik. Aku cepatcepat selesaikan urusan di situ sebelum dia cuba bertanya yang bukan-bukan. Sabun, ubat gigi, berus gigi, pisau 'gilet', deodorant, cotton-bud dan syampu. Aku dah kata. Aku tak boleh 'tak beli' kalau dah nampak walaupun benda tu tak berapa penting. Barang aku dah complete. Hairi dah 'mengesot-ngesot' dalam lane cashier. Cepat betul dia. Aku pun cepatcepat juga campak bakul dekat dia tumpang bayarkan. Aku tunggu depan sekali, dekat-dekat dengan cashier. Lebih kurang sepuluh minit. Dia sampai dengan muka berkerut. Tapi kerut-kerut tu hilang bila tengok cashier adalah burung. Aku tengok je. Nampak mulut Hairi kumat-kamit meng'ayat budak cashier tu. Dah siap-siap pack semua, bayar dan bawa. Selesai urusan berbelanja untuk gaji bulan ini.

Aku kira-kira semua sekali, tak sampai pun RM50. Yessss!!!! Aku dah jadi seorang yang berhemah berbelanja. Sampai dekat rumah, aku dan Hairi memulakan sesi 'koyak plastik' dan susun barang. Aku terkejut, Hairi beli barang yang bukan-bukan. Penyakit aku dah jangkit dia pulak. Boros tak tentu pasal. Dia beli Vitagen dua papan, daging burger dan airkrim mangkuk besar. Wah, nak kenduri apa.
Aku tak sedap hati dari mula koyak plastik tadi. Aku mula perasan ada benda yang kurang. Aku cek satusatu barang aku. Aku cek resit. Hah!.... Sah!.....
Awek cashier tu tak masukkan syampu aku. Aku mula nak maki hamun dalam hati. Dah la aku jarang beli syampu. Dah bayar barang tak dapat memang pantang sebagai seorang customer ni. "Ni ko punya pasal la ni, ayat-ayat dia sampai syampu aku tak masuk" sound aku pada Hairi. Dia terdiam.

Lepas Isyak, aku bukak freezer. Aku goreng kepak ayam sikit, kentang sikit. Waktu bersantai depan tv. Siap bentang surat kabar, sos, semua siap. Oh, lupa. Vitagen tu belum ada orang sentuh dari balik petang tadi. Aku bukak freezer lagi sekali. Aku terpandang sesuatu disebelah kicap dan air masak. Ada botol.

Botol putih tu bernama "Head and Shoulder"......



(PS: Beberapa kesalahan ejaan telah dibetulkan oleh Cikgu Dottie. Kredit Maxis Sepuluh Ringgit untuk Cikgu Dottie)

27 June 2009

KACANG



Gua bukak gerobok masak mak gua, gua selak sana sini, yess dah jumpa, gua cekut segenggam kacang hijau terus dibasukkan kedlm poket seluar sekolah. Gua salam mak gua dpt 20sen, terbayang jajan tikam tikam, dan tak lupa juga bekal gua lempeng dadar cicah sambal tumis, gua tutup rapat rapat tuperwear letak dlm beg sekolah kain kaler hijau yg telah gua design secara custom tulisan tulisan spt havey matel, iron maidin, kis, scorpien, dep leped, egales dan combet yg semuanya selepas 2tahun baru gua tau salah ejaannya.

Sekolah rendah amat menyeronokkan. Tak perlu nak fikir banyak, kawan kawan ramai, banyak je aktiviti menarik yg boleh dilakukan antaranya main perang perang. Tak puas main perang perang lumpur parit kita sambung perang perang disekolah. Bahan bahan yg diperlukan, straw minuman sebagai laras senapang, kacang hijau uk peluru dan mulut utk meniup menembak ke sasaran.

Sekolah rendah gua dulu sungguh buruk sekali peninggalan zaman penjajah kot. Bangunan separuh kayu dan separuh lagi jaring jaring besi, ala mcm dlm scene cerita pendekar bujang lapuk pegi sekolah buta huruf tu, yg sudin ckp “alif mim nun waw ini sarkis dah jinak berapa lama diorang training ni”. Setiap bilik darjah hanya dipisahkan oleh papan lapis separuh yg sungguh buruk seni pertukangannya yg gua bajet bukan dinding tapi sekadar penanda sempadan kelas.

Nama watak watak aksi spt leftenen adnan, mejar vic morrow, leftenen chip saunders, john rambo, macgyver, seahunt, robocop semua sudah di chup awal awal rakan sekelas, yg tinggal utk gua cuma stock watak komedi spt prebet badul, prebet tawil, sarjan misai dan sabri fadhil.

Ketua darjah berlari tercungap cungap kedalam kelas, “hari ni cekgu ada meeting, semua ulangkaji pelajaran sendiri”
Apa gila nak ulang kaji pelajaran, perang perang pun bermula. Berterbangan biji kacang hijau ke kelas sebelah mengenai team jahat, air liur terpercik sana sini, mereka tidak berdiam diri, serangan balas dilakukan, team kelas gua jenis cakap besar tapi penakut, kitaorang jadi bahan peluru drp team jahat, keadaan bertambah kecoh mcm pesta jomheboh, ini mcm tak boleh jadi, sistem memasukkan peluru biji kacang hijau kedlm mulut secara sedikit sedikit amat tidak produktif, gua mengambil keputusan memasukkan semua kacang hijau ke dlm mulut, gua bajet boleh tembak sekali tiup keluar tujuh lapan biji sekaligus, bijak taktik gua ni.
Sedang gua membidik utk menembak secara rambang, dari celah besi tingkap kelas gua sudah melihat kelibat seseorang, gua tak sedap hati, cekgu bustani sudah dtg dgn sebatang rotan besar ditangannya, gua jadi panik, bahan bukti gua kena buang dgn segera kalau dia jumpa mmg nahas, gua tak sempat nak hambur keluar biji kacang hijau dari dlm mulut.

Bontot gua rasa kebas kena rotan, gua sedawa mcm bau bubur kacang, bijik kacang hijau dah kembang dlm perut gua. Gua balik rumah dlm keaadaan kenyang. Sekian.

26 June 2009

DATANG DAN PERGI




Tak sangaka ramai jugak peminat mendiang michael jackson dkt kilang gua ni. Sepanjang pagi gua mendengar cerita cerita pasal mendiang drp rakan rakan sekerja.

“olang femes pun kena mati jugak, olang kaya pun kena mati jugak, ini tuhan punya kuasa, kita manusia semua sama saja” kata kata thought of the day oleh lim bok seng, gua mengangguk tanda setuju sambil berjalan secara moonwalk. Sekian.

Risalah Hati

Beep...Beeep...

Aku terdiam sejenak membaca teks itu. Lamunan terhadap kerja dan kerja dan kerja terhenti. Degup jantung juga aku rasa sama berhenti. Dengan waktu, dengan nafas, dengan aliran darah ke medula oblongata. Aku rasa susah bernafas. Tapi aku mahu, sangat mahu bernafas. Oh, Tuhan. Ia datang dari Kamu dan ia akan pulang kepadaMu. Jadikan lah aku insan yang kuat bertarung dengan seteru hati ini. Akal warasku terus mencari bait-bait kata untuk aku terbitkan dalam susunan teks yang paling lunak dalam mukadimah risalah hati ini. Namun tewas. Tetap tewas. Kerna hati dan otak telah tidak mampu berfungsi dengan tetap mahupun anjal. Dan sebenarnya, hanya itu senjata yang tinggal.

Aku diam seribu bahasa. Jari seperti terpateri menyatu. Untuk mengembalikan jawapan salam dan khabar baikku di sini. Terima kasih kepada semua anggota tubuh yang meng'ia'kan hati untuk tidak berbahasa. Cubit, tepuk atau paling tidak tumbuklah tulang ini, nescaya tidak akan merasa apa. Sekelumit pun tidak. Yang namanya roh itu telah terbang entah ke mana. Meninggalkan jasad yang baru terkena renjatan kuasa elektrik bervoltan tinggi. Memberhentikan otak telah tak berkapasiti ini. Terdiam.

Aku tinggalkan masalah itu buat seketika. Untuk terus bekerja. Mencari rezeki sesuap kaki. Buat isi tembolok kecil ini. Dan hari berganti hari. Dan minggu pun berlalu.Seminggu bagai sehari. Saluran selular tak melupakan aku dengan masalah yang aku buat-buat lupa. Dia ada 'reminder' rupanya. Sekonyong-konyong aku tersentak. Rupanya roh baru pulang dari sana. Makan angin katanya.

Nah, sekarang jawab. Dia mahu jawaban. Ya atau tidak.
Kalau ya, kenapa?.
Dan kalau tidak, kenapa?

Mengimbas.

Aku teringat puasa hari ke-15 tahun lepas. Kerana mulut badan binasa. Binasa yang aku tempah. Kesusahan yang aku cari. Yang waktu, cuma harapan 'terbaik' mendatang. Cuma kebahagiaan terpampang dalam catan waktu yang belum jelas. Namun yang nama harapan itu tetap menyatu dengan dimensi angan-angan kosong sang hati. Tidak tergambar semua ini bakal jadi kecelakaan besar. Aku tersedar dari sedar yang pertama. Kesadaran ini lebih membuat aku panik. Jadi benar ini benar bukan mimpi. Jadi benar, aku belum pernah mati.

bersambung......

25 June 2009

GADUH KUCING



Waktu: 10pagi

Lokasi: bilik rehat



Perempuan A: woi celaka kau ni pompuan mulut longkang habis kau cerita hal rumah tangga aku kat semua org, memang pompuan sundel bolong, babi! Babi! Babiiiii!!!

Perempuan B: kau jgn memandai buat mulut eh!! Kau to bodoh takpandai jaga laki! Ketiak dah la busuk! Jantan mana la yg nak!!

Perempuan A: sial nya betina kurang ajo!! Laki kau tu kaki bau busuk bau tungkik!!

Perempuan B: cilaka mana kau tau ni kaki laki aku bau tungkik haaaa celakaaaaaaa!!!! Pompuan miang laki aku pun kau nak kebas!!!!!

Perempuan A: pung pang pung pang pung pang fak fak fakkk

Perempuan B: pung pang pung pang pung pang fak fak fakkk


Dua org perempuan kilangmate gua tetiba bergaduh, operasi kerja terhenti seketika.
Gua rilek one corner makan cikedis sambil layan drama tamil ni. Gua toleh belakang ramai jugak penonton. Semua tak sabar sabar apa kesudahan drama tamil ni.


15minit telah berlalu….


Perempuan A: pung pang pung pang pung pang fak fak fakkk

Perempuan B: pung pang pung pang pung pang fak fak fakkk

Perempuan A: pung pang pung pang pung pang fak fak fakkk

Perempuan B: pung pang pung pang pung pang fak fak fakkk


Gua kalah betting 10hengget dgn sivakumar, ingatkan ada scene cat fight tarik rambut. Gua bajet Sivakumar mmg dah jinak dgn scene drama tamil ni. Sekian.

Pengajaran: judi itu haram.

AZLIN KU SAYANG

"Khas untuk Zoko Tersayang", macam tu lah surat yang Azlin pas kat kat aku through Najib. Surat warna merah jambu tuh aku simpan elok-elok untuk jaga hati kawan. Mau bergadoh kalau terkoyak sikit pun. Maklumlah, cinta hati lah katakan, ubat bagi penguat semangat menghadap SPM.

Abis jek masa sekolah, aku terus carik Joko. Bukan main suka dia masa aku pas surat tuh, senyum dah sampai termasuk kat lubang telinga dia dah. Bercinta lah katakan. Tinggal lagi kenangan masa sama-sama ikut kursus BTN untuk pelajar 'bermasalah' menguatkan lagi cinta diaorg, agaknya lah. Aku pun heran budak baik macam Joko nih bleh terjerumus dalam kancah percintaan monyet plak. Sebelum nih jangan kan nak bercinta, kena racun isap rokok pun tak mau, siap buat peringatan lagi "ROKOK TUH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN, KAWAN-KAWAN".

Malam tuh, lepas jek prep malam, Joko bukak cerita pasal surat yang dia dapat siang tadi. Radio pulak tengah kuokan lagu paling popular, 'Right Here Waiting' dari Richard Marx, lagi lah naik setapuk Joko bercerita. Sambil makan mee Maggi In Cup yang kitaorg peras dari junior setiap kali diaorang tak bawak 'hasil' kalau balik kampung, aku khusyuk dengar celoteh Joko yang penuh bunga-bunga. Seronok agaknya bercinta nih.

"Aku kalau kawin dengan dia aku nak...bla .... bla...bla...bla", celoteh Joko pasal masa depan dia. Walaupun nampak merapu, tapi ada baiknya plan awal-awal kalau bab kawin-kawin nih, nak-nak time nak tetapkan harga hantaran. So tindakan Joko yang dah pandang ke depan pada usia seawal 17 tahun aku rasa satu tindakan yang bijak untuk menyelamatkan ekonomi dia.

Percintaan Joko dengan Azlin berterusan berbulan-bulan lamanya. Setiap malam, duit kocek untuk makan nasi lemak lepas prep nanti dihabiskan dengan menelefon Azlin. Setiap kali berbual, rancaknya bukan main. Aku hulur rokok time temankan dia pun ditolak mentah-mentah. "Azlin marah. Ko jangan nak racun aku isap rokok plak".

------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebulan kemudian, pada satu malam, aku ternampak lembaga kat belakang asrama, port tempat budak-budak isap rokok. Mulanya takut gak nak tegur, tapi...."aaahhhhh, apa nak takut.....ni port aku isap rokok, mesti kalau hantu pun dia kenal aku apa, untung-untung dapat rasa rokok keluaran bangsa diaorang, meriah sikit".

Semakin lama aku semakin dekat dan tak semena-mena makhluk tuh berpaling kat aku. Matanya berair, mulutnya berasap.

"Ko pehal ni Joko?"

"Aku dah putus dengan Azlin laaaaaaaa...."

Serentak dengan tu aku dengar esakan Joko makin kuat sambil rokok Marlboro yang masih berasap terselit kat jari telunjuk dan jari hantunya. Sekilas lalu, sekotak rokok Marlboro 20 cuma tinggal 3 batang. Hhmmmmmm.....parah dah!

24 June 2009

LIBURAN

SCENE REPORT: transformer revenge of the fallen

Peh mmg terbaik la ni movie, robot byk tu, sampai gua pening nak hafal nama robot tu semua, gua suka scene diorg fight dkt dlm hutan tu, peh rabak otomesprime tangan ada pedang, last kena sayur dgn megatron, otomesprime mati, tetiba dah nak last otomesprime hidup balik jadik robot besar boleh terbang lawan dgn the fallen, the fallen pulak kena sayur, megatron dgn starscream cabut lari, cerita pun habis, gua pegi bayar parking kena 8hengget! Celaka punya citysquare!!

Megan fox mmg tak hawt dlm ni cerita, robot robot jugak yg paling hawt, apakejadahnya soundwave just lepak kat satelite tu? tak produktif langsung watak dia, gua bajet ni cerita akan ada sambungan punya lah, tapi yg pasti takkan ada scene kereta malaysia jadi robot dlm cerita yg akan datang.Sekian.


Nantikan scene report akan datang: G.I JOE rise of cobra

MARAHKAN NYAMUK, LALAT KENA BAKAR

Satu hari tuh, Cikgu Aris sudah bukak cerita pasal sultan-sultan kat Malaysia nih. Aku tak pasti sebab apa dia bukak cerita tuh, sebab dia nih ngajor subjek Agama Islam. So kitaorg nih duduk dan mendengar dengan khusyuk lah cerita dia, kang tak dengar kang dilempang plak kang, Cikgu Aris nih memang senang naik angin satu badan.

Lebih kurang setengah jam, kitaorang dapat tangkap yang dia nak cerita pasal hormat menghormati. Dia sentuh macam-macam pasal kita kena hormat sultan, pemimpin, ibu bapa, guru, etc sampai lah satu tahap, dia bercerita pasal Yang Dipertuan Agong.

"Haaaa...ni kita memang kena hormat sebab Agong tiang negara kita. Semua lah kita kena hormat Agong, isteri Agong, anak Agong....." tak semena mena si Khirman menyampuk, "....bapak Agong"

Sepantas kilat Cikgu Aris ambik buku teks, terus jek pukul badan Arul yang duduk depan aku. "Kecik-kecik dah pandai ek...bapak Agong eh?...hah ni bapak Agong", sambil terus memukul Arul yang terpinga-pinga. Bertubi-tubi dia kena buku teks tebal tuh.

"Cikgu, bukan saya cikgu," Arul bersuara, sambil menepis pukulan Cikgu Aris.

"Kalau bukan awak, sapa?", sambil terus memukul Arul.

"Khirman cikgu", sambil terus menepis.

"Mana khirman?", sambil terus memukul Arul, walaupun tak kuat, tapi still maintain pukul guna buku teks terus menerus.

"Tu Khirman", tunjuk Arul ke arah Khirman sambil menepis pukulan Cikgu Aris.

"Khirman, awak berdiri atas kerusi", sambil membebel tak tentu pasal dan sambung mengajar.

"Rezeki ko lah Man, ko yang cakap bapak Agong tapi Arul yang kena pukul," bisik aku dalam hati.

23 June 2009

ALBUM HAWT??

Maylene And The Sons Of Disaster - III (2009)

Mmmmmmm bole tahan, goreng goreng, nenek gua suka tau!
5bintang kerdipan >>>KLIK<<<

JOB FOR A COWBOY - ruination 2009

Ok la so so, buat layan tido laa
3bintang >>>KLIK<<<

Poison The Well - The Tropic Riot (2009)

MMMmmmmmmm mcm makan lempeng tanpa sambal tumis ikan bilis, cuma cicah gula je, gua boleh kena sakit gigi daaaa
3bintang >>>KLIK<<<

Killswitch Engage - Kilswitch Engage (2009)

Mmmmmm lomah den dongar, samo jo mache albung albung lopeh, riffing kawe pung doh tau ape lopaih ni dio nak maen, nate beghok!! ntoh le...
2binteng kolap kolip >>>KLIK<<<
NI PEJADAH LOGHAT GUA REMIX NI!!!

22 June 2009

LOGO BARU

Amcam?....garang tak ada teddy bear tuh?

Cute? Korang nih memang asyik2 benda lain takde pikir kan?

Yang buat tuh memang cute, tuh yang betulnya.

Ceh!

-neo

20 June 2009

JAMINAN TAK TERJAMIN

Tenenet teneeeenenet tenet net neeet handphone gua berbunyi ringtone lamb of god, nombor KL, gua bajet peminat ni, gua angkat suara gadis, gua dah agak dah!!

Tora: halluu siapa disana…

Gadis: hai, saya liza drp bank rakyat, cik tora ni penjamin utk cik samsudin lamin kan??

Tora: ye kenapa??

Gadis: saya dah byk kali call cik samsudin lamin dia tak jawab, tolong pesan dkt dia sila jelaskan bayaran pinjaman dia dah tertunggak 2bulan ni. Terima kasih..

Tora: DEMMIT!!!!!!!!!!!!!

Gua dgn lincah speedail nombor mangkuk tepen tu.

Tuutt tuut tut tuttt dail tone berbunyi, ada suara awek menjawab “the number you have been dail is not in service”

DEMMIT!!!!!DEMMIT!!!!!!


Ni lah masalahnya tolong member, sbb lu susah la gua tolong lu jd garantor buat personel loan. Kalau gua tak tolong lu ckp gua kerek la taik hidung masin la. Disebabkan kesusahan dan kebingaian lu, gua pun jebak sekali susah ni! Kalau nama gua blacklist mcm mana gua nak loan kereta honda civic
type-R?? lu ingat gua duit byk apa nak beli cash??? Lu ingat bapak gua ahamd kemin mutiara motor apa??
Time gua susah takde plak lu nak tolong gua kan? Kan?.
Dah la time duit loan tu masuk lu cuma belanja gua karipap bai je, gua kecik hati apa! gua nak cikencop apa! cikencop! Ada faham!!!
Lu faham tak konsep berhutang??? Kalau dah berhutang kena la di bayar, sekolah kau terbakar apa time blaja bab hutang piutang ni??? Kalau tak bayar hutang nak jadik apa??? tarzan???
Lu siap! Ni malam gua gegar rumah lu! Ni malam ada harapan gua humban lu dari tingkat atas flet taman cempaka! Lu siap!!! Demmit!!!

INTAN DAN BINTANG

Bayar astro memahal, yg gua layan cuma sinetron intan astro prima, yg lain cerita semua merepek. Org lain astro dah kena potong malas nak bayar, gua plak tetiba je sibuk nak pasang.

Psst kesian duh intan dah buta skrg, anak dia si bintang hilang ingatan la pulak….. drama….drama….

17 June 2009

PAKU PAKIS


>>KLIK<<



Tengok rate s'pore 2.39 boleh berak berak laa jeng. Dj din dah dua tiga kali sms jadik pegi tak, kalau gua tak pergi mmg tak industrial la gua camni!!


Psst Leh duit Leh....

FLEX




Masa: Lunch hour

Lokasi: MPH citysquare


Zip seluar – ok, terkancing rapat, takde scene lucah disitu.

Perut – ke mall beb perut kena kontrol, tahan nafas sket, baru nampak flat.

Hidung – takde bulu yg terkeluar, 2hari lepas baru trim, taik hidong clear tip top.


Sedang gua belek belek majalah tiba tiba ntah dari mana ada seorang gadis genit sudah senyum kat gua bkn setakat senyum dia sekali sudah tegur gua “lunch time ke??”
Alamek bederau darah. Kelu lidah gua 5saat. Gua letak balik majalah FHM, gua angkat majalah FLEX terus pegi bayar kat kaunter. Sekian.



P/s Sepanjang karier gua sbg seorang bujangan dulu jgn harap la gadis gadis nak senyum kat gua, gua je yg terhegeh hegeh senyum kat diorang. Babun kat zoo pun malas nak senyum kat gua. Yg selalu senyum dkt gua smua stock perempuan 2alam je.
Sekarang ni lepas berkarier sbg bapak budak tiba tiba je ada jugak gadis gadis yg senyum, bagi respon baik dkt gua. Gua rasa mcm senang je nak ngorat(kalau gua nak la).Just berbual sepatah dua la kan, nnt kata kerek pulak, takyah nak lebih lebih, nak buat “stock gelap” apa???

16 June 2009

MAGNET API



Highway star, lagu terkenal drp band deep purple. PLUS highway pulak merupakan jalan utama gua berulang alik drp Jb ke Bp. Gua mula menjinakkan diri secara serius dlm scene highway ni pada tahun 2000, masa tu gua baru angkat moto kapchai yamaha srx yg baru masuk pasaran, tengah hot dan tengah IN pada zaman tu. Tapi kalau sekarang ni zaman ni lu tanya kat kedai motor yamaha srx ni diorang mmg malas nak layan, buang masa, outdated dan tak cool. Gua bajet lagi 20tahun ni motor sudah boleh masuk entry level vintage. Lu org tunggu tau!

Sekitar tahun 2002, sedang gua melayan perasaan di atas motor tiba tiba tayar belakang motor gua sudah pancit dikawasan machap, ketika itu hujan turun dgn lebatnya, gua jadi panik, apa gila gua nak tinggalkan motor gua tepi highway ni, gua mengambil keputusan menyorong pelan pelan hingga ke exit machap. Hujan semakin lebat, perjalanan jauh lagi, kaki gua sudah mau copot dan tiba tiba bantuan sampai, gua diselamatkan oleh lori syarikat pemungut sampah highway. 2org brader turun dan mengangkat motor gua keatas lori dengan gua gua sekali duduk diatas lori yg penuh dgn timbunan sampah sarap itu. Sepanjang perjalanan kenderaan lain yg lalu lalang memandang serong dkt gua.
Semasa diatas lori gua memeluk erat motor kapcai gua sambil berkata kepadanya “everything goin to be alright my fren”.
Setibanya di tol exit machap brader lori tersebut telah menukar tiub tayar motor gua dgn sungguh lincah, dgn senyum dia berkata “bob, gua cas tiub ni 30hengget je” peh diorang boleh buat meniaga banyak untung rupanya tukar tiub ni, gua yg sudah basah lencun ni dgn sebak hati menghulurkan duit dan berkata “terima kasih, hari ini saya susah abg tolong, manatau esok lusa abg susah mungkin ada yg sudi membantu”.

Pertama kali dlm sejarah hidup gua kena rip off gua takdpt melawan, baru gua tau maksud sabar itu separuh dari iman. Tiub tayar motor pada zaman tu 10hengget pun dah boleh dpt, tapi apa boleh buat sudah dlm keadaan darurat.

1jam kemudian…

Gua sudah sampai bandar BP, gua terus pecut kekedai motor Ah Seng jln mohd Akil pasang spotrim bintang, puas hati gua, ni mcm kalau bocor pun still boleh naik lagi.

NOTHING LAST FOREVER

2006, kilang gua kerja terbakar berpunca drp pencawang TNB yg tiba tiba litar pintas dan meletup, yamaha srx gua turut terbakar sama, seiring dan sejalan ala hail amir dan uji rasid, yang tinggal cuma rangka je selepas bomba dpt memadamkan api. Kejadian yg cukup rare dlm hidup gua. Banyak motor yg parking kat situ, tapi motor gua jugak api tu nak jilat, motor gua memang magnet api. Sekian.

ALBUM HAWT??

STREET SWEEPER SOCIAL CLUB - Street Sweeper Social Club 2009



Peh rabak ni jeng! tom morello is back! Rilis of the year! Ni bukan rapcore tau, gua tampor kang! Rapcore RATM je tau!!
5bintang kerdipan >>>KLIK<<<

15 June 2009

KUKU

Sewaktu gua sekolah rendah darjah 3, matapelajaran yg gua paling benci ialah matematik. Punya lah wa benci subjek tu wa siap suruh nenek gua doakan lepas solat agar bila tiba waktu subjek matematik ada saja perkara yg tak diingini berlaku yg boleh membantutkan pembelajaran subjek tersebut spt gempa bumi, letusan gunung berapi, resaksa grodut bertarung dgn otromen dipadang sekolah, sekolah terbakar, mat shah baryani kasi makan free nasi baryani dia, cekgu matematik kena selsema babi, tiba tiba salji turun santa klaus dtg kasi hadiah etc etc…

Penyebab utama gua benci subjek matematik ialah pada gurunya, cekgu fatimah. Cekgu fatimah ni punya lah garang dah macam harimau betina kematian laki. Time ngajar dia garang jgn cerita la, kalau kita silap sikit je mula la nak tengking nak sebat pakai rotan nak mengamuk. Mcm mana la nak pandai anak murid asek kena marah je. Yg nak belajar pandai trus jadi bongok. Sepanjang gua sekolah rendah selama 6thn takpernah wa tgk muka dia senyum, madang muncung je mulut dia. Gua siap sempat mengutuk dlm hati tau “ada jugak lelaki yg nak kawen dgn pompuan ni”.

Nak dijadikan cerita pada satu hari tu mcm biasa kelas matematik, dia sudah buat spot check la pulak, wa mcm biasa rilek rilek je, kerja rumah wa sudah siap copy fairuz punya(budak pandai dlm kelas). Kalau ada pop kuiz budak sebelah gua ajam jepun sure tolong gua kasi jawapan.
Tiba tiba sangkaan gua meleset, dia bukan nak spot check pasal matematik tapi dia nak spot check kebersihan kuku. Pehh tiba tiba peluh sejuk mengalir kat dahi gua, gua sudah jadi tak keruan.
Gua baru teringat hari ahad semalam gua baru lepas godak parit main perang perang pakai tanah lumpur parit. 90peratus kuku gua berkeladak, gua lupa nak potong, nasib gua mmg kurang baik hari ni. Turn gua telah sampai, gua hulur tangan letak atas meja, cekgu fatimah dgn senyum sinis, senyuman yg telah bertahun gua tunggu, tanpa soal siasat bucu pembaris kayu panjang kaler kuning hinggap dkt kesemua 10jari gua. Bergenang air mata tahan sakit. Gua balik rumah makan nasi pakai sudu. Sekian.

Pengajaran: biar muka tak hensem tapi kebersihan diri mesti di jaga.

Jumaat Adalah Penghulu Segala Hari



Seperti biasa, kalau ada surat yang nak dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah, aku memilih masa paling lewat. Hampir balik biasanya. Sebab takut ada permintaan bodoh yang selalu minta dokumen penting last-last minit. Benci dan meluat kalau meja dah kemas, dah buka Fesbuk, dapat call dari Jabatan minta itu dan ini. Tapi hari ini, apa sialnya Guru Besar suruh aku hantar awal. “Kalau nak awal, hantarlah sendiri”, rengus aku dalam hati. Bayangkan, dah hampir pukul 12.00 tgh hari, hari Jumaat, suruh aku merempit yang tempatnya hampir 10 km. Gila. Walaupun aku bukan tukang bentang sejadah dekat masjid, tapi apa ‘kejadah’ waktu kecederaan ni nak suruh aku mengadap muka kakak-kakak dekat kaunter yang tak berapa ikhlas berkhidmat, terutama hari Jumaat. Hari yang hati masing-masing dah ada dekat kampong, dekat rumah, dekat padang bola, dekat shopping complex, dan macam-macam tempat lagi. Kalau aku kasyaf, dah boleh nampak jasad dengan roh kakak-kakak tu semua dah main tarik-tarik rambut sebab nak balik. Justeru, untuk mengelakkan aku dimaki hamun dalam hati oleh kakak PPD, aku mengambil langkah selamat. ‘Ngulat’. Dalam sejarah karier aku bekerja di sekolah tu, itulah kali pertama aku ngulat. Gugup juga first-first time ni. Takut kalau ada malaun yang sama darjat dengan aku, sama ngulat, pada tempat yang sama dan masa yang sama. Dah habis pusing satu Masai, aku rasa tu la tempat yang paling strategik untuk aku meloloskan diri dari tugas hari tu. Gerai mamak 24 jam depan bank BSN sebelah hotel Swan Garden. Apa la sengkek sangat idea tokey hotel tu. Nama pun nak ciplak hotel Swiss Garden. Satu je la yang boleh dibanggakan dan nampak ‘grand’ dengan hotel tu pun. Ada fountain depan hotel. Besar. Besarnya, muat la aku baring sorang-sorang dalam tu. Keperluan melepak disamping menunggu tibanya masuk waktu solat jumaat, aku isi dengan secangkir teh tarik, sekeping roti canai, sebatang rokok, dan beberapa sms yang menyatakan betapa bangganya aku menjalani hari itu sebagai seorang peng-ulat ‘beginner’ kepada Mat Tora, Neofishy, Ajis, Wee, Cuki dan Nora D (sekadar menyebut beberapa nama). Walaupun aku tahu mereka-mereka ni semua (kecuali Nora D) lebih dasyat pengalamannya dalam aktiviti ‘peng-ulat-an’ peringkat kebangsaan. Mat Tora. Huh! Jangan cerita la. Mat saleh kata ‘synonym’. Melayu kata ‘Bagai aur dengan tebing’.

Aku pilih port cantik. Sebelah tempayan mamak tu bakar roti nan. Aroma nan cheese menusuk rongga hidung. Sesekali hati teruja nak order satu nan cheese complete set dengan ayam tandoori warna merah mati. Entah berapa kati ‘inci’ merah dia lumur dekat ayam tu sampai dah rupa ayam langsung. Macam beg platik renyuk-renyuk je. Tapi bila seluk kocek, peruntukan tak memadai. Kecewa. Ambil ‘bau’ pun jadi la. Sebab kedua aku duduk sebelah tempayan panas tu adalah tidak lain dan tidak bukan, tempayan tu lebih besar dari aku. Persembunyian yang kudus. Dalam aku menikmati sisa-sisa waktu sebelum masuk waktu Jumaat, seorang amoi melewati aku dengan sebuah fail ditangan dan buku resit. Pemandangan biasa bila kita melepak di gerai-gerai makan. Kalau bukan orang jual buku dan vcd mengaji, tentu orang minta derma atau minta sedekah. Memang modus operandi-nya begitu. Dia mengambil masa seminit menerangkan dia memungut derma untuk badan kebajikan orang kurang upaya dari Selangor. Siap menyelak fail menunjukkan gambar keadaan orang yang dijaga di situ. Aku tertarik bila dia menyebut ada ‘seorang’ berbangsa Melayu di situ. Aku dapat tangkap maksudnya. Menyeluk poket dan aku serah berapa yang ada. Teringat aku pada pesan seorang pakcik dulu. Ambil resit, kalau tak, dia masuk poket duit tu. Aku tak hirau pun kalau dia tak bagi resit. Bukan banyak pun yang aku bagi. Selang beberapa meja, aku nampak seorang lagi sedang berurusan dengan satu kumpulan manusia yang juga sedang duduk melepak. Tak sempat dia membuka cerita, tangan salah seorang lelaki mengisyaratkan ‘tidak-tidak’ padanya. Riak wajahnya tidak menyatakan hampa. Tapi, hati menangis siapa yang tahu kan? Dia pergi dari satu meja ke satu meja. Majoritinya, dia hampa. Majoritinya orang-orang itu datang dengan wang yang sekadar cukup membayar apa yang dimakan. Walaupun apa yang dimakan boleh menjamu separuh penduduk Kampung Baru, Plentong.

Inilah realiti masyarakat Malaysia yang aku dan kita semua ‘banggakan’ sebagai masyarakat yang prihatin dan pemurah. Betul. Suatu ketika orang sibuk dengan tsunami Acheh, gempa bumi di Iran, tanah runtuh di KL akhir tahun lepas atau paling latest, sengketa Pelestin-Israel yang pungutan derma masih terus berjalan. Diwar-warkan dalam tv, radio dan surat khabar. Alhamdulillah. Cukup membanggakan. Tapi, disatu sudut yang lain, kita macam ‘menyusukan kera di hutan’. Aku tak kata orang Acheh, Iran, KL, Palestin tu kera. Tapi kitalah ‘kera’ kalau membutakan mata dari tengok bangsa kita sendiri tak diberi bantuan. Pernah terjadi satu hari, seorang pelajar OKU yang kematian bapa datang ke pejabat, minta sumbangan seberapa ikhlas yang mungkin. Aku hulur ‘note’ RM10, dan seorang menegur, “wah! Banyaknya”. Aku terkedu. Rupanya selama ini kalau orang bagi sumbangan ikhlas mesti dalam lingkungan bawah RM5. Yang lebih tidak sedap bila ada yang berbunyi “kalau Melayu takpe la”. Oh, baru aku ‘tau’ yang dikata banyak itu sebab dia bukan sebangsa, bukan seagama. Dan lebih bodoh lagi kalau ada yang cakap si tukang pungut ‘kelepet’ sikit duit tu. Sadisnya, bila diketahui, sumbangan ikhlas untuk satu pejabat berjumlah RM8 sahaja. Terfikir aku, sentimen bangsa menjadi faktor dalam kita nak seluk saku bagi orang yang susah membeli makanan. Tak terbayang dalam benak aku, barang apa yang kita dapat beli dengan RM1 sekarang ni. Bukan nak kata RM10 tu banyak, tapi aku fikir, tu lah sekali sekolah pungut derma untuk dia dan bukan tiap-tiap minggu. Sepanjang hidup aku yang belum lama hidup ni, aku belum pernah dengar kita cuma boleh derma/sedekah pada orang yang sebangsa atau seagama dengan kita. Nabi pun tak ajar macam tu. Nabi pun pernah bantu orang Yahudi. Dan lebih hebat lagi, Nabi berhutang untuk bantu orang lain. Walaupun secara zahirnya kita tahu kehidupan Nabi kita bukan mewah. Aku tengok, ada juga Melayu yang tolak kalau ada sama Melayu minta sedekah. Jangan kita sebut pasal iklas la kalau dah sebut sentimen bangsa dan agama ni. Eskapis. “Kemut”. ‘Taik idung masin’. (Maaf bagi yang sedang makan). Kalau ada yang sebut pasal ‘kelepet’ ni aku nak je sound “kau ni bagi berapa juta yang takut sangat duit kau kena kelepet ni?” Tapi lepas tu confirm la aku kena pulau la satu pejabat. Kalau betul si pemungut nak kelepet pun apa boleh kita buat. Persoalannya sekarang, betul ke mereka ada kelepet? Apa buktinya? Mereka sanggup jalan berbatu-batu, panas terik, buang perasaan malu, datang dari meja ke meja, jual muka minta derma. Dah tak bagi duit tu satu hal, kita fitnah dia pulak kelepet duit tu, ada ke patut?
Pada aku, yang paling penting dalam memberi ni, kita niat nak melaksanakan tanggungjawab kita. Kita bagi je. Sikit ke banyak tak jadi hal. Sekarang tanggungjawab ‘dia’ pulak la nak agih duit tu adil atau dia masuk poket sendiri. Kalau semua orang fikir macam ‘malaun-malaun’ tu, pakat satu Malaysia la orang Islam tak bayar zakat. Takut majlis agama negeri kelepet duit zakat tiap-tiap tahun. Benda ni bukan baru aku dengar. First time aku attend seminar pemotongan zakat melalui gaji lagi, dah ada yang sebar dakyah berbaur hasutan macam tu. Dekat masjid pulak tu. Konon duit zakat tak sampai pada 8 golongan yang patut dapat. Mufti negeri masuk poket sendiri. Ada orang fakir datang pejabat zakat tak dilayan. Macam-macam. Dah tau jadi macam tu, apasal tak tolong pungut dan tolong agih pada golongan yang lapan tu. Kompelin je yang kita ‘tau’. Sekian dimaklumkan.

Apa yang aku nak rumuskan di sini adalah, ‘peng-ulatan’ aku hari tu tidaklah sia-sia. Dalam aku lari dari tanggungjawab kerja (bukan lari, lewatkan sikit je), Tuhan letakkan hikmah dengan menzahirkan perkara-perkara diatas. Baru aku nampak keikhlasan tu apa. Tanggungjawab sosial tu apa. Siapa pulak yang pandai menunding jari je. Satu pelajaran yang cukup bermakna buat aku, yang dapat dikongsikan bersama. Aku petik kata Edward de Bono yang bermaksud ‘jadikan masalah itu satu peluang’. Arahan ke PPD yang tak masuk akal tu telah bertukar menjadi satu proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi, selepas ni, kalau ada arahan untuk ke sana ke sini, aku ikut saja. Mana lah tau, jumpa tempat lepak lagi best selepas mamak tu. Jalan-jalan, cari makan la.
Masa nak bayar dekat kaunter, aku seluk kocek, darah aku turun ke hujung jari kaki. Muka aku pucat-lesi macam baru lepas direndam klorox. Ah!! Kacau…….

Aku tinggal IC dan helmet, lari sekejap ke BSN depan gerai ‘cucuk’ duit

14 June 2009

ALBUM HAWT??

Cursive - Mama, I'm Swollen (2009)




So so, boleh la layan hhmmmmmm...
3bintang >>>KLIK<<<

MENGHITUNG HARI

Duit tinggal 50hengget, gaji lama lagi ni nak kuar, menghitung hari la gayanya ni, gua dah takde selera ronda ronda angsana, gua amik gitar tele gua prektis goreng, appregios, legato picking, dive bombing. Aim crossfire marah tau kalau tak prektis!!



Psst bey duit bey...

13 June 2009

ALAM DAN MANUSIA

Kelas Alam Dan Manusia, tahun 1990, darjah 6 Cempaka

Macam biasa, Cikgu Sabri akan baca doa dulu setiap kali kelas nak bermula. Kata orang, kalau cikgu baca doa, pembelajaran berkat. Mungkin ada betulnya.

Topik pembelajaran hari tuh, lebih kepada subjek Geografi kalau kat sekolah menengah. Macam biasa, sebagai seorang gangster sekolah (sekali lagi self-proclaimed), aku, Kiki, Md. Seth dan Khirman akan duduk meja yang belakang sekali. Standard ah, gangster kalau naik bas pun duk belakang apa, isap rokok semua...kata gangsterrrrr!

Cikgu Sabri nih memang dah selalu sangat kenakan kitaorang sebab dia claim kami budak nakal (bukan budak jahat). So setiap kali kelas dia, ada jek benda yang dia nak kenakan kitaorg, lebih kepada joke bila aku pikir-pikir balik sekarang.

Tapi ntah lah, hari tuh kitaorg semua lebih banyak senyap daripada buat bising. So setiap kali Cikgu Sabri nak kenakan kitaorang, kitaorang jadi behave, so dia macam tak ada akal nak kenakan kitaorang.

Sampailah pada satu part.......

"Di Sarawak," jerit Cikgu Sabri, menyambung terus pelajaran yang dah nak sampai ke penghujung, sambil kitaorang tengok buku teks Alam dan Manusia yang dijadikan bahan rujukan, "ada banyak sungai yang besar-besar. Setiap sungai mempunyai nama nya sendiri seperti Sungai Rejang, Sungai bla bla bla bla bla bla......SUNGAI BATANG AI!!!", tetiba jek cikgu Sabri berenti.

"BATANG AI", suaranya makin meninggi. Kitaorang dah sepakat supaya kontrol and rilek jek buat macho tak tau apa-apa pasal Batang Ai. Buat-buat bodo!

"BATANG AAAAIIIIII", makin meninggi dan panjang.

Serentak dengan tuh, grup-grup budak pompuan kat sebelah meja kitaorang gelak-gelak kecik, lebih kepada gelak gatal, memang gatal.

Dan tak semena-mena Cikgu Sabri sound, "NEO, KIKI, MD. SETH, KHIRMAN, SUKA YE AWAK NIH SEMUA BILA SAYA SEBUT BATANG BATANG NIH."

Dan serentak dengan tuh satu kelas ketawa, sambil kitaorang nih terpinga-pinga terpikir bila masa pulak kitaorang ketawa.

Dalam hati aku,"dapat gak dia nih kenakan aku hari nih...cehhhh!"

-neofishy "bat...ops"

KAKI AYAM


Diorg perform live lg best drp dlm album hmmmmmm >>>KLIK<<<

DAN SEBENARNYA.... PART 3

Walaupun tadi petang hujan sekejap, bahang panas tetap ada lagi mlm ni. Gua bukak kipas tala kat muka, terlelap 10minit, tersedar terus berpeluh peluh.
Gua tak boleh tido ni, gua on balik pc, gua sebenar nya ada rahsia nak bagitau, dah lama gua simpan rahsia ni, kalau gua tak luahkan gua akan terus penasaran.

Yang sebenarnya gua pernah menonton wayang cerita ni, tayangan midnight lagi tau!!!





Ok gua sambong tido balik....

12 June 2009

AKIBAT NYANYI LAGU WINGS TIME MAGHRIB

Situasi cerita ketika berumur 11 tahun.

Satu petang yang hampir maghrib, aku cakap kat mbah wedok aku.

"Mbah nak balik lah, dah nak maghrib dah nih," kata aku sambil basuh pinggan lepas melantak sambal totok dengan nasik sejuk. Aku kalau gi umah mbah aku mesti melantak nasik walaupun perut kenyang,...ergghhhhh, alhamdulillah.

Tanpa banyak soal, lepas salam tangan mbah aku, both lanang and wedok, aku start moto Honda C80 mak aku dan terus meluncur keluar ke jalan besar.

Perjalanan dari umah mbah dan umah mak aku tak lah lama, lebih kurang 10 minit. So sepanjang perjalanan, aku nyanyi kuat-kuat lagu 'Taman Rashidah Utama'. Oleh kerana suara aku macam Awie time tuh, orang-orang buat tak pedulik bila aku nyanyi kuat-kuat.

Nak dekat lagi 100 meter sampai umah aku, tiba-tiba aku rasa kepala aku macam kena pukul dengan satu benda lembut, "GEDEBUK" bunyi dia, sakit...serentak aku brek sebab rasa yang sakit bukan kepalang.

Aku dah naik heran, kat belakang tak ada sesapa pun aku bonceng apesal nak pukul kepala aku lak.

Alih-alih aku nampak sekor burung sudah jatuh kat tepi jalan tak jauh dari tempat aku berenti. Dia menggelepek lebih kurang....adjust step, dan terus terbang.

"Gila, tak pernah dibuat dek orang, macamana burung nih terbang alih-alih langgar aku tepat kat kepala pulak tuh?"

Sampai sekarang aku heran,macamana aku bleh eksiden dengan burung time dia tengah terbang, pastu aku tengah bawak motor pulaknya tuh. Memang rare!

-NEO'BURUNG'FISHY

11 June 2009

SEMENTARA SAHAJA

Gambar di atas adalah untuk sementara sahaja. Sebab gambo untuk Jalan Jenang sedang dalam proses pembaikan pulihan dan blog ini akan diselengara untuk lebih cun dan macho.

Ok lah tuh, macho apa walaupun ada love love tuh. Alaaaa...konon tak jiwang karat ah lu orang? Puiiihhhh!!!!!!!!!!!!

10 June 2009

RAMALAN CUACA

Dah lama tak hujan, cuaca panas, malam tido atas simen pun berpeluh, bau ketiak jgn cerita la dah mcm tempoyak basi. Gua kasi compile lagu yg berkonsepkan hujan, moga moga esok lusa hujan lebat turun.

























09 June 2009

CONNECTION



Cuti sekolah dan majlis perkahwinan mmg tak boleh dipisahkan. Masa ni lah belambak lambak jemputan kawen, takpayah cerita tempat lain la, dkt kampung wa je sabtu dan ahad mggu lepas ada 4 majlis kawen, berak berak jeng makan nasi baryani. Lagi satu tarikan majlis kawen ni bila tuan rumah ada panggil band kenduri kawen, apalagi malam dah boleh joget lambak la.

Masa gua zaman remaja hingusan dulu kalau bab joget lambak ni mana ceruk je kitaorg redah semata mata nak berhibur layan band kenduri kawen ni. Zaman tu blum ada sms lg tapi dia punya info kalau ada band kenduri kawen perform ni kalah kelajuan streamyx, bedesup, connection kaki joget lambak satu batu pahat, drp parit raja membawak ke parit bakar, masuk pagoh U turn ke yong peng beb!

MASA: TAHUN 2003
LOKASI: DEWAN SERBAGUNA TAMAN RINTING


Gua selak dompet, ada rm37.63 sen, last kopek ni tggu gaji masuk minggu depan. Cukup cukup buat tuang minyak motor dgn makan. Memandangkan duit tengah kering ni gua tak balik Bp.
Malam minggu, sungguh membosankan duduk taman megah ria ni, tempat makan tak best, awek awek genit pun payah nak nampak. Nak lepak masai lagi lah out, madang indon je melambak.

Gua start motor bajet nak ronda ronda kat taman rinting. “Dub dub dub duh duh duh” dari kejauhan gua sudah dengar bunyi besdrum, alamak ada harapan ni malam pak maun menari twist!
Gua tgk jam henpon 3310 gua baru pukul 9.20mlm, peh baru nak panas ni, selalunya kalau awal awal ni band baru main lagu lagu moderate 60an dgn dangdut dan ada selit selit sket lagu rock kapak, lagu metalica dgn xpdc blum main lagi ni. Gua pecut yamaha srx gua ke dewan serbaguna dgn lincah.

Malam gelap, mata gua mmg fail waktu malam, dari jauh gua sudah nampak lighting ala ala konsert funfair. Peh dasat jugak eh band kenduri kawen kat bandar, gua bajet ni mesti ada smoke machine.
Gua tetiba rasa taksedap hati sbb gua tak nampak drum set band, yg gua perasaan ada sorang mamat main alat muzik drumletrik yg diketuk sambil berdiri, sungguh tak cool. Sorang main kibod dan seorang main gitarbes, lead gitar wa taknampak plak. Gua tak puas hati, gua pecut lagi yamaha srx gua cepat sampai.

Setiba nya didpn pintu gate dewan gua rasa pelik, sbb ada dua batang pokok pisang diikat dikiri kanan tiang pintu gate jadi mcm pintu gerbang, dihiasi dgn bunga melur yg dipintal berurai urai, cantik jugak, kalau time raya nak jugak gua hias rumah mak gua kat kampung mcm ni, mesti mak gua bangga dgn anak dia ni.

Bila wa dah masuk kedlm laman dewan tu nak carik parking baru lah gua dgr dgn jelas lagu dan muzik yg band tu mainkan sungguh tidak IN dgn jiwa rock gua ni!!
Tujuh lapan oarng mamat sedang terkinja kinja melayan muzik dlm moshpit dah mcm babun makyeh gua tgk. Tiga empat orang mamat yg lepak kat situ sudah mula pandang serong kat gua.
Gua change gear motor ke gear 2, buat Uturn, gua pulas minyak habis pecut keluar dewan. Nasib baik malam tu pakaian gua serba hitam, diorang takdpt cam gua.

Hati panas, gua terus balik rumah layan cerekarama. Sekian.

MISI LAIN, JADI LAIN

Kebanyakan cerita mengenai pengalaman setiap penulis Jalan Jenang adalah 98% benar-benar berlaku. Oleh itu, teruskan lah mempercayai cerita kami, walaupun ada tambah ajinomoto, bagi sedap sikit 'rasanya'.

Ni cerita pengalaman agak ngeri jugak lah. Walaupun sesetengahnya aku rasa kelakar, tapi akhiran cerita nya macam ngeri jugak.

Ni cerita budak-budak sekolah rendah yang baru bersunat, dah gatal nak mengintip orang mandi. Aku bukan tau sangat pun pasal ngintip-ngintip nih, atau bahasa zaman sekarang nih sekodeng. Yang aku tau main askar kecik kat tepi umah aku tuh, main 'kawada' atau main perang-perang guna lastik peluru biji getah. Benda-benda 'adult-contemporary' ni mana aku tau dan amik kisah.

Satu malam tuh, hasil planning kepala hotak jiran seberang umah aku iaitu Kiki, kami seramai lebih kurang 5 orang join the forces of evil untuk melaksanakan kegiatan sekodeng nih. Kiki, Jaini, Malek, Usop dan aku menyelinap kat kebun kelapa sawit berdekatan umah aku untuk ke rumah Jongos, budak pompuan kelas sebelah yang menjadi kegilaan ramai. Aku pun tak pasti apesal lah si Jongos nih bleh jadik popular walaupun gigi dia agak ke depan sikit (no pun intended). Mungkin sebab dia nih baru pindah sekolah kitaorang, so bebudak pun automatik terpikat, tapi aku tak, sebab aku jaga perilaku diri.

"Ni kita kat kebun kelapa sawit ni malam-malam tak ada hantu ke?" aku dah start cabul keluar pasal hantu plak.

"Ko nih, baru kul berapa, kul 9 pun tak sampai lagik, hantu keluar pukul 12 malam nanti" kata Jaini, jiran sebelah umah aku.

Disebabkan semua rilek jek, aku pun rilek jek lah. Kiki, si mastermind, mengarah kan sorang-sorang jalan pelan-pelan. Entah macamana, aku yang yeye kelapa nih jalan pelan-pelan ala-ala citer kombat, tak pasal-pasal tergelincir betul-betul kat depan tandas. Punya lah kuat aku jatuh sampaikan lampu anjung rumah di bukak. Serentak dengan tuh automatically terpacul perkataan spontan dari aku, "MANA ADA AYAM HUTAN KAT SINI".

Kitaorang semua lari cepat-cepat ke kebun sawit semula.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAAH...." JAKI JEK AKU SEMUA KETAWA KAN AKU.

"Ko macamana bleh jatuh nih? kah kah kah," sound Kiki.

"Ilmu apungan diri aku tak berjaya lah tadi", meluat jek aku tengok semua ketawa kan aku.

"Dah, dah,...semua duk kat belakang pokok sawit. Amik tempat masing-masing. Bila aku angkat tangan, semua gerak ke depan. Aku dah terbayang peha gebu si Jongos tuh", si mastermind Kiki mengeluarkan arahan. Aku perasan gak air liur dia mengalir keluar macam serigala nampak pompuan sexy, ayat betulnya HORNY, tapi aku rilek jek sebab aku nak cover aku punya malu. Cover malu kena rilek apa.

Aku amik posisi pokok sawit paling belakang sekali, bagi mengelakkan tragedi jatuh kembali lagik. So, biarlah Kiki kat depan sekali dan aku kat belakang sekali follow the leader.

Tengah aku tunggu signal dari Kiki, tetiba aku terdengar bunyi daun-daun kayu bergerak. Aku toleh sebelah kiri aku, tak jauh dari tempat aku berselindung tuh, aku ternampak seorang bertubuh tegap tengah jalan ke arah kitaorang, atau lebih tepatnya, ke arah aku.

"Ah, abis kantul lah macam nih. Ada orang la plak. Mampus lah kalau orang kampung tau nih," pikir aku macam-macam. Kat dalam kepala dah terbayang dah maki hamun dari mak bapak aku sambil cakap "kecik-kecik dah tau mengendap, timbil mata tu karang baru ko tau". Mesti malu giler aku kalau kantul. Ah, sial lah!

Sepantas kilat aku terus ke depan, ke pokok sawit dimana Jaini berselindung.

"Jai, mampus kita, abis lah kantul lah kita semua Jai," aku cakap dalam nada cemas.

"Apehal, kantul pebenda?", balas Jaini.

"Tuh ko tengok belakang tuh, ada orang lah....abis lah kantul kita, malu lah kat mak bapak ko nanti Jai," kata aku sambil menuding jari ke belakang tanpa tengok ke belakang.

"Ko nih pandai-pandai jek...mana ada orang. Merepek lah ko nih", balas Jaini pulak.

Aku toleh belakang, aku tengok takde pun orang yang aku nampak tadi dan terus sound kat budak-budak "WOI, woi,,,....jom jom...blah blah..."

Dalam hati, "Kalau bukan orang, apa yang aku nampak tadi?"

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DI SELUBUNGI MISTERIIIIIII

*Untuk Jaini, hantu tak kira pukul berapa nak keluar. Pandai-pandai ko jek cakap hantu keluar pukul doblas.


-neo'ghostbuster'fishy

08 June 2009

KUNANG KUNANG



Akibat terlalu taksub bermain kombet kombet gua sudah lupa dgn tugasan sekolah agama yg diberi oleh cekgu bustani hari jumaat lepas iaitu menghafal doa qunut. Kalau setakat dia tanya dah hafal ke belum wa sure bagitau “dah cekgu”. Tapi masalahnya sekarang dia nak suruh sorang sorang pelajar baca dpn kelas dan gua belum hafal hafal lagi. Ini mcm jatuh la pangkat kombet gua sbg mejar vic morrow.
Blood gua si samsani telah memberikan satu idea yg gua fikir agak was was keberkesanannya.

Samsani: lu rilek je geng, belum cuba belum try apa.

Tora: lu story dgn gua skrg idea lu tu

Samsani: kunang kunang

Tora: kunang kunang? Peh takde kena mengena apa dgn hafal doa qunut!

Samsani: Tu la kau apa tau! Nenek aku bilang kalau kita makan kunang kunang boleh terang hati, semua benda yg kita belajar mesti senang nak ingat.

Tora: hotak kau! Tak boleh tertelan apa aku menatang tu! Kau ingat ayam golek apa!!

Samsani: Pebenda la makbal sgt lu ni! Kita carik pisang emas pastu letak kunang kunang tu dlm pisang tu pastu kita makan la! sonang baitu! Malam ni lepas maghrib kita gi tangkap itu kunang kunang. Jgn lupa bawak pisang!

Akibat terdesak gua termakan kata kata samsani. Balik drp surau gua dan samsani dengan lincah pegi menangkap kunang kunang seorang seekor. Gua letak dlm balang kaca, cantik pulak, berlampu lampu berkelip kelip. Nnt time raya wa nak tangkap banyak banyak buat lampu 7likur save sket minyak tanah.

Samsani: hotak kau! pisang apa kau bawak ni??

Tora: pisang tanduk

Samsani: mana boleh duh! Mesti nak pisang emas daa!!

Tora: mana nak carik duh petang petang buta ni pisang emas. Gua selongkar dapur tadi cuma jumpa pisang tanduk je, ni pun wa bajet mak gua nak goreng buat serapan esok pagi. Nasib baik ada jugak pisang kalau takde wa sure bawak kentang. Ala bedal je la janji pisang.

Samsani: dimulakan dgn bismillah disudahi dgn alhamdullillah. Bedal….

ISNIN PETANG

Seperti yg telah dijangkakan gua, samsani dan beberapa budak budak lain takdpt hafal doa qunut, cekgu bustani kasi hadiah satu kali, melelas tapak tangan gua kena rotan. Gua tak tegur samsani 1minggu. Sekian.

Pengajaran: jgn percaya benda karut. Usaha tangga jaya!!

07 June 2009

ALBUM HAWT??

Dinosaur Jr. - Farm (2009)

Rilis of the year! Sound gitar mmg sedap dan gurih!!
5bintang kerdip kerdipan! >>KLIK<<


The Mars Volta - Octahedron (2009)

Gua tak berani nak komen nnt neofishy marah gua, apa apa pun yg boleh gua bilang ialah "Pop".
4bintang! >>>KLIK<<<

05 June 2009

SERAI

Ada sekali tu kalau tak silap gua 4tahun lepas band hatko terkenal ptyani telah dijemput beraksi disebuah gig tour band THE GOGETS drp jerman, lokasi gig di dewan kolam renang larkin.

Setelah selesai meriah meriah pihak penganjur(dicky) telah menjemput bandmates hatko ptyani dan ahli ahli soraknya makan di larkin perdana.
Budak2 matsaleh tu pun join sekali setable dgn kitaorg. Gua rasa budak matsaleh tu sungguh teruja makan dgn kitaorg asia yg kurang putih ni, sbb diorg heppi semacam almaklum la tak pernah makan masakan asia dan duduk setable dgn org asia. Kitaorg rilek rilek je tak jakun dan excited pun.

Gua dan enol menjadi pendengar setia perbualan hangat diantara manap dgn budak matsaleh tu dimana perbualan bahasa inggeris diorang sungguh kurang sama mcm yg selalu gua tgk kat tv tu, sumbang mambang je bunyiknya.
Gua ckp dgn enol “kita layankan je, janji ni malam kita makan free”.

Budak matsaleh tu order mee hoon tomyam seafood, diorg apalagi bedal la. Setelah selesai makan wa sudah terpandang mangkuk mee diorg, pehh licin beb, yg tinggal cuma kulit cengkerang kepah je, bawang, serai, halia, daun sup, lada cili, daun limau dan kuah tomyam habis clear.

Gua bisik kat enol “pehh clear beb, batang serai pun dia bedal. Ni macam kalau kita meniaga serai kat jerman, boleh buat duit ni!”

Gua dan enol pun terbayang duit untung riban riban. Sekian

03 June 2009

SUDAH TAKDIR BEGITU



Gua pelik, gua timbang berat tadi tetiba je naik 3kilo.

Ooops baru gua teringat, gua drp pagi tadi belum berak. Cuaca sekarang terlampau panas, taik jadik beku. Sekian.

02 June 2009

Rambut Greenday

Fast forward ke tahun 1995 (tarikh tak ingat)

7.00 a.m.
Semua penghuni asrama High School Batu Pahat berrsiap-siap untuk pegi ke sekolah. Antara manusia yang sedang bersiap-siap ketika nih adalah aku, senior yang disayangi oleh pelajar-pelajar junior (oklah, aku tipu, self-proclaimed jek tuh). Hari tu aku nak berubah sikit dari segi gaya. Disebabkan Greenday memang tengah HOT giler babi, aku amik keputusan untuk buat rambut pacak-pacak macam Billie Joe Armstrong.

"Daniel, bagi aku ko punya gel sikit", sambil mencemik kat minyak rambut Zam Zam warna hijau yang aku memang takde selera nak sentuh hari tuh, semuanya sebab nak bergaya ala-ala Greenday. Tak bando lah wei pakai minyak rambut Zam Zam.

Tanpa banyak soal, Daniel bagi aku sikit gel dia. Dia mungkin sedikit 'jaki' dengan aku sebab tak bleh buat rambut Greenday sebab rambut dia kerinting halus macam rambut mamat negro. "Rambut kerinting pakai gel watpe, kah kah kah....", aku sound Daniel sambil bayangkan rambut dia mesti jadi macam sarang tebuan kalau panjang sikit. Lagipun nak berlagak jadi gangster asrama kena berani sound orang apa....

Aku pandang cermin, sapu gel kat rambut, dan buat rambut cacak-cacak. Disebabkan rambut aku panjang sikit time tuh, so rambut tu tercacak agak tinggi lah. Tapi aku senyum jek sebab tengok dalam cermin bukan keluar muka aku, tapi keluar muka Billie Joe Armstrong. Fuh, cool abis rasanya!

Sampai kat dewan makan, budak-budak semua melahirkan rasa kekaguman sebab rambut aku memang menjadik macam Billie Joe Armstrong. "Neo, rambut macam Greenday lah, cuma tak hijau jek, gerek seh...!", puji junior-junior aku. Kena pulak sarapan pagi untuk pagi tuh roti putih sapu mentega letak gula dengan telur rebus keras, pergghhhh...rasa macam sarapan omputih lah. Time tuh semangat Greenday dah meresap dah, silap-silap kalau join tarian kuda kepang, mesti aku sasau nyanyi lagu 'Basketcase' sambil kuda tu jadi air-guitar.

Dalam perjalanan ke kelas, semua orang yang kenal aku cakap rambut aku best, cool, style dan macam-macam lagi lah. Biasa lah budak-budak baru nak kenal dunia, dengar pujian sikit apalaga, terus kembang lah bontot dengar. Dalam kepala dah start dah nyanyi lagu-lagu Greenday, gaya Greenday lah katakan.

Sampai kat kelas, kawan setable aku, Wee Lee dari jauh dah sound dah, "Fuyoooo...Greenday, you the man la Neo", fuh aku lagi lah galak bila teman sedarjah bagitau pendapat macam tuh. Nak-nak dia pun giler Greenday jugak, yang lain ramai yang feng tau. Sepanjang tunggu guru kelas masuk, aku senyum jek!!! "Fuh, sungguh Greenday aku hari nih", getus aku dalam hati, sambil senyum sampai ke telinga.

"BANGUN, SELAMAT PAGI CIKGU!", Vishnu Varthan menjerit sambil murid-murid lain follow the leader. Cikgu Roslilawati, guru kelas merangkap mak angkat aku (program mentor mentee) duduk dan terus pandang aku.

"NEO, KO PEHAL BUAT RAMBUT MACAM TUH? GI SIKAT RAMBUT", sekali halilintar sudah sound aku la plak. Aku dah hilang akal. Tak kan penat-penat aku setting rambut Greenday pagi-pagi tadi, alih-alih nak kena sikat rambut lak nih. Abis lah hilang Greenday aku.

"Jap cikgu, nanti masa rehat saya beli sikat kat koperasi, pastu saya sikat lah", rayu aku, cuba mempertahankan rambut Greenday.

"BANYAK LA KO PUNYA REHAT. NAH, AMIK SIKAT NIH, SIKAT KAT DEPAN NIH SEKARANG JUGAK!!!", jerkah Cikgu Roslilawati. "SEKARANNNGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!"

Tanpa banyak pilihan, aku terpaksa akur dan pasrah. Tak sampai sejam aku jadi Greenday hari tuh. CEH!

-neofishy armstrong


Photobucket

NI LA RAMBUT BILLIE JOE ARMSTRONG YANG AKU NAK BUAT TUH.

01 June 2009

-quoteoftheday-

"anjing itu terbukti haram,tetapi kadangkala disebabkan salakannya kita akan tersedar dari tidur untuk mengerjakan solat subuh"

-akueMpTy-