Situasi cerita ketika berumur 11 tahun.
Satu petang yang hampir maghrib, aku cakap kat mbah wedok aku.
"Mbah nak balik lah, dah nak maghrib dah nih," kata aku sambil basuh pinggan lepas melantak sambal totok dengan nasik sejuk. Aku kalau gi umah mbah aku mesti melantak nasik walaupun perut kenyang,...ergghhhhh, alhamdulillah.
Tanpa banyak soal, lepas salam tangan mbah aku, both lanang and wedok, aku start moto Honda C80 mak aku dan terus meluncur keluar ke jalan besar.
Perjalanan dari umah mbah dan umah mak aku tak lah lama, lebih kurang 10 minit. So sepanjang perjalanan, aku nyanyi kuat-kuat lagu 'Taman Rashidah Utama'. Oleh kerana suara aku macam Awie time tuh, orang-orang buat tak pedulik bila aku nyanyi kuat-kuat.
Nak dekat lagi 100 meter sampai umah aku, tiba-tiba aku rasa kepala aku macam kena pukul dengan satu benda lembut, "GEDEBUK" bunyi dia, sakit...serentak aku brek sebab rasa yang sakit bukan kepalang.
Aku dah naik heran, kat belakang tak ada sesapa pun aku bonceng apesal nak pukul kepala aku lak.
Alih-alih aku nampak sekor burung sudah jatuh kat tepi jalan tak jauh dari tempat aku berenti. Dia menggelepek lebih kurang....adjust step, dan terus terbang.
"Gila, tak pernah dibuat dek orang, macamana burung nih terbang alih-alih langgar aku tepat kat kepala pulak tuh?"
Sampai sekarang aku heran,macamana aku bleh eksiden dengan burung time dia tengah terbang, pastu aku tengah bawak motor pulaknya tuh. Memang rare!
-NEO'BURUNG'FISHY