27 June 2009

KACANG



Gua bukak gerobok masak mak gua, gua selak sana sini, yess dah jumpa, gua cekut segenggam kacang hijau terus dibasukkan kedlm poket seluar sekolah. Gua salam mak gua dpt 20sen, terbayang jajan tikam tikam, dan tak lupa juga bekal gua lempeng dadar cicah sambal tumis, gua tutup rapat rapat tuperwear letak dlm beg sekolah kain kaler hijau yg telah gua design secara custom tulisan tulisan spt havey matel, iron maidin, kis, scorpien, dep leped, egales dan combet yg semuanya selepas 2tahun baru gua tau salah ejaannya.

Sekolah rendah amat menyeronokkan. Tak perlu nak fikir banyak, kawan kawan ramai, banyak je aktiviti menarik yg boleh dilakukan antaranya main perang perang. Tak puas main perang perang lumpur parit kita sambung perang perang disekolah. Bahan bahan yg diperlukan, straw minuman sebagai laras senapang, kacang hijau uk peluru dan mulut utk meniup menembak ke sasaran.

Sekolah rendah gua dulu sungguh buruk sekali peninggalan zaman penjajah kot. Bangunan separuh kayu dan separuh lagi jaring jaring besi, ala mcm dlm scene cerita pendekar bujang lapuk pegi sekolah buta huruf tu, yg sudin ckp “alif mim nun waw ini sarkis dah jinak berapa lama diorang training ni”. Setiap bilik darjah hanya dipisahkan oleh papan lapis separuh yg sungguh buruk seni pertukangannya yg gua bajet bukan dinding tapi sekadar penanda sempadan kelas.

Nama watak watak aksi spt leftenen adnan, mejar vic morrow, leftenen chip saunders, john rambo, macgyver, seahunt, robocop semua sudah di chup awal awal rakan sekelas, yg tinggal utk gua cuma stock watak komedi spt prebet badul, prebet tawil, sarjan misai dan sabri fadhil.

Ketua darjah berlari tercungap cungap kedalam kelas, “hari ni cekgu ada meeting, semua ulangkaji pelajaran sendiri”
Apa gila nak ulang kaji pelajaran, perang perang pun bermula. Berterbangan biji kacang hijau ke kelas sebelah mengenai team jahat, air liur terpercik sana sini, mereka tidak berdiam diri, serangan balas dilakukan, team kelas gua jenis cakap besar tapi penakut, kitaorang jadi bahan peluru drp team jahat, keadaan bertambah kecoh mcm pesta jomheboh, ini mcm tak boleh jadi, sistem memasukkan peluru biji kacang hijau kedlm mulut secara sedikit sedikit amat tidak produktif, gua mengambil keputusan memasukkan semua kacang hijau ke dlm mulut, gua bajet boleh tembak sekali tiup keluar tujuh lapan biji sekaligus, bijak taktik gua ni.
Sedang gua membidik utk menembak secara rambang, dari celah besi tingkap kelas gua sudah melihat kelibat seseorang, gua tak sedap hati, cekgu bustani sudah dtg dgn sebatang rotan besar ditangannya, gua jadi panik, bahan bukti gua kena buang dgn segera kalau dia jumpa mmg nahas, gua tak sempat nak hambur keluar biji kacang hijau dari dlm mulut.

Bontot gua rasa kebas kena rotan, gua sedawa mcm bau bubur kacang, bijik kacang hijau dah kembang dlm perut gua. Gua balik rumah dlm keaadaan kenyang. Sekian.

2 comments:

azman said...

kacang ijau saja ka?

tak penah try kacang tanah?

mana tau, lg besau, lagi sakit...

tora corgan said...

kalau kacang hijau kena pakai lastik la cara!