15 June 2009

Jumaat Adalah Penghulu Segala Hari



Seperti biasa, kalau ada surat yang nak dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah, aku memilih masa paling lewat. Hampir balik biasanya. Sebab takut ada permintaan bodoh yang selalu minta dokumen penting last-last minit. Benci dan meluat kalau meja dah kemas, dah buka Fesbuk, dapat call dari Jabatan minta itu dan ini. Tapi hari ini, apa sialnya Guru Besar suruh aku hantar awal. “Kalau nak awal, hantarlah sendiri”, rengus aku dalam hati. Bayangkan, dah hampir pukul 12.00 tgh hari, hari Jumaat, suruh aku merempit yang tempatnya hampir 10 km. Gila. Walaupun aku bukan tukang bentang sejadah dekat masjid, tapi apa ‘kejadah’ waktu kecederaan ni nak suruh aku mengadap muka kakak-kakak dekat kaunter yang tak berapa ikhlas berkhidmat, terutama hari Jumaat. Hari yang hati masing-masing dah ada dekat kampong, dekat rumah, dekat padang bola, dekat shopping complex, dan macam-macam tempat lagi. Kalau aku kasyaf, dah boleh nampak jasad dengan roh kakak-kakak tu semua dah main tarik-tarik rambut sebab nak balik. Justeru, untuk mengelakkan aku dimaki hamun dalam hati oleh kakak PPD, aku mengambil langkah selamat. ‘Ngulat’. Dalam sejarah karier aku bekerja di sekolah tu, itulah kali pertama aku ngulat. Gugup juga first-first time ni. Takut kalau ada malaun yang sama darjat dengan aku, sama ngulat, pada tempat yang sama dan masa yang sama. Dah habis pusing satu Masai, aku rasa tu la tempat yang paling strategik untuk aku meloloskan diri dari tugas hari tu. Gerai mamak 24 jam depan bank BSN sebelah hotel Swan Garden. Apa la sengkek sangat idea tokey hotel tu. Nama pun nak ciplak hotel Swiss Garden. Satu je la yang boleh dibanggakan dan nampak ‘grand’ dengan hotel tu pun. Ada fountain depan hotel. Besar. Besarnya, muat la aku baring sorang-sorang dalam tu. Keperluan melepak disamping menunggu tibanya masuk waktu solat jumaat, aku isi dengan secangkir teh tarik, sekeping roti canai, sebatang rokok, dan beberapa sms yang menyatakan betapa bangganya aku menjalani hari itu sebagai seorang peng-ulat ‘beginner’ kepada Mat Tora, Neofishy, Ajis, Wee, Cuki dan Nora D (sekadar menyebut beberapa nama). Walaupun aku tahu mereka-mereka ni semua (kecuali Nora D) lebih dasyat pengalamannya dalam aktiviti ‘peng-ulat-an’ peringkat kebangsaan. Mat Tora. Huh! Jangan cerita la. Mat saleh kata ‘synonym’. Melayu kata ‘Bagai aur dengan tebing’.

Aku pilih port cantik. Sebelah tempayan mamak tu bakar roti nan. Aroma nan cheese menusuk rongga hidung. Sesekali hati teruja nak order satu nan cheese complete set dengan ayam tandoori warna merah mati. Entah berapa kati ‘inci’ merah dia lumur dekat ayam tu sampai dah rupa ayam langsung. Macam beg platik renyuk-renyuk je. Tapi bila seluk kocek, peruntukan tak memadai. Kecewa. Ambil ‘bau’ pun jadi la. Sebab kedua aku duduk sebelah tempayan panas tu adalah tidak lain dan tidak bukan, tempayan tu lebih besar dari aku. Persembunyian yang kudus. Dalam aku menikmati sisa-sisa waktu sebelum masuk waktu Jumaat, seorang amoi melewati aku dengan sebuah fail ditangan dan buku resit. Pemandangan biasa bila kita melepak di gerai-gerai makan. Kalau bukan orang jual buku dan vcd mengaji, tentu orang minta derma atau minta sedekah. Memang modus operandi-nya begitu. Dia mengambil masa seminit menerangkan dia memungut derma untuk badan kebajikan orang kurang upaya dari Selangor. Siap menyelak fail menunjukkan gambar keadaan orang yang dijaga di situ. Aku tertarik bila dia menyebut ada ‘seorang’ berbangsa Melayu di situ. Aku dapat tangkap maksudnya. Menyeluk poket dan aku serah berapa yang ada. Teringat aku pada pesan seorang pakcik dulu. Ambil resit, kalau tak, dia masuk poket duit tu. Aku tak hirau pun kalau dia tak bagi resit. Bukan banyak pun yang aku bagi. Selang beberapa meja, aku nampak seorang lagi sedang berurusan dengan satu kumpulan manusia yang juga sedang duduk melepak. Tak sempat dia membuka cerita, tangan salah seorang lelaki mengisyaratkan ‘tidak-tidak’ padanya. Riak wajahnya tidak menyatakan hampa. Tapi, hati menangis siapa yang tahu kan? Dia pergi dari satu meja ke satu meja. Majoritinya, dia hampa. Majoritinya orang-orang itu datang dengan wang yang sekadar cukup membayar apa yang dimakan. Walaupun apa yang dimakan boleh menjamu separuh penduduk Kampung Baru, Plentong.

Inilah realiti masyarakat Malaysia yang aku dan kita semua ‘banggakan’ sebagai masyarakat yang prihatin dan pemurah. Betul. Suatu ketika orang sibuk dengan tsunami Acheh, gempa bumi di Iran, tanah runtuh di KL akhir tahun lepas atau paling latest, sengketa Pelestin-Israel yang pungutan derma masih terus berjalan. Diwar-warkan dalam tv, radio dan surat khabar. Alhamdulillah. Cukup membanggakan. Tapi, disatu sudut yang lain, kita macam ‘menyusukan kera di hutan’. Aku tak kata orang Acheh, Iran, KL, Palestin tu kera. Tapi kitalah ‘kera’ kalau membutakan mata dari tengok bangsa kita sendiri tak diberi bantuan. Pernah terjadi satu hari, seorang pelajar OKU yang kematian bapa datang ke pejabat, minta sumbangan seberapa ikhlas yang mungkin. Aku hulur ‘note’ RM10, dan seorang menegur, “wah! Banyaknya”. Aku terkedu. Rupanya selama ini kalau orang bagi sumbangan ikhlas mesti dalam lingkungan bawah RM5. Yang lebih tidak sedap bila ada yang berbunyi “kalau Melayu takpe la”. Oh, baru aku ‘tau’ yang dikata banyak itu sebab dia bukan sebangsa, bukan seagama. Dan lebih bodoh lagi kalau ada yang cakap si tukang pungut ‘kelepet’ sikit duit tu. Sadisnya, bila diketahui, sumbangan ikhlas untuk satu pejabat berjumlah RM8 sahaja. Terfikir aku, sentimen bangsa menjadi faktor dalam kita nak seluk saku bagi orang yang susah membeli makanan. Tak terbayang dalam benak aku, barang apa yang kita dapat beli dengan RM1 sekarang ni. Bukan nak kata RM10 tu banyak, tapi aku fikir, tu lah sekali sekolah pungut derma untuk dia dan bukan tiap-tiap minggu. Sepanjang hidup aku yang belum lama hidup ni, aku belum pernah dengar kita cuma boleh derma/sedekah pada orang yang sebangsa atau seagama dengan kita. Nabi pun tak ajar macam tu. Nabi pun pernah bantu orang Yahudi. Dan lebih hebat lagi, Nabi berhutang untuk bantu orang lain. Walaupun secara zahirnya kita tahu kehidupan Nabi kita bukan mewah. Aku tengok, ada juga Melayu yang tolak kalau ada sama Melayu minta sedekah. Jangan kita sebut pasal iklas la kalau dah sebut sentimen bangsa dan agama ni. Eskapis. “Kemut”. ‘Taik idung masin’. (Maaf bagi yang sedang makan). Kalau ada yang sebut pasal ‘kelepet’ ni aku nak je sound “kau ni bagi berapa juta yang takut sangat duit kau kena kelepet ni?” Tapi lepas tu confirm la aku kena pulau la satu pejabat. Kalau betul si pemungut nak kelepet pun apa boleh kita buat. Persoalannya sekarang, betul ke mereka ada kelepet? Apa buktinya? Mereka sanggup jalan berbatu-batu, panas terik, buang perasaan malu, datang dari meja ke meja, jual muka minta derma. Dah tak bagi duit tu satu hal, kita fitnah dia pulak kelepet duit tu, ada ke patut?
Pada aku, yang paling penting dalam memberi ni, kita niat nak melaksanakan tanggungjawab kita. Kita bagi je. Sikit ke banyak tak jadi hal. Sekarang tanggungjawab ‘dia’ pulak la nak agih duit tu adil atau dia masuk poket sendiri. Kalau semua orang fikir macam ‘malaun-malaun’ tu, pakat satu Malaysia la orang Islam tak bayar zakat. Takut majlis agama negeri kelepet duit zakat tiap-tiap tahun. Benda ni bukan baru aku dengar. First time aku attend seminar pemotongan zakat melalui gaji lagi, dah ada yang sebar dakyah berbaur hasutan macam tu. Dekat masjid pulak tu. Konon duit zakat tak sampai pada 8 golongan yang patut dapat. Mufti negeri masuk poket sendiri. Ada orang fakir datang pejabat zakat tak dilayan. Macam-macam. Dah tau jadi macam tu, apasal tak tolong pungut dan tolong agih pada golongan yang lapan tu. Kompelin je yang kita ‘tau’. Sekian dimaklumkan.

Apa yang aku nak rumuskan di sini adalah, ‘peng-ulatan’ aku hari tu tidaklah sia-sia. Dalam aku lari dari tanggungjawab kerja (bukan lari, lewatkan sikit je), Tuhan letakkan hikmah dengan menzahirkan perkara-perkara diatas. Baru aku nampak keikhlasan tu apa. Tanggungjawab sosial tu apa. Siapa pulak yang pandai menunding jari je. Satu pelajaran yang cukup bermakna buat aku, yang dapat dikongsikan bersama. Aku petik kata Edward de Bono yang bermaksud ‘jadikan masalah itu satu peluang’. Arahan ke PPD yang tak masuk akal tu telah bertukar menjadi satu proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi, selepas ni, kalau ada arahan untuk ke sana ke sini, aku ikut saja. Mana lah tau, jumpa tempat lepak lagi best selepas mamak tu. Jalan-jalan, cari makan la.
Masa nak bayar dekat kaunter, aku seluk kocek, darah aku turun ke hujung jari kaki. Muka aku pucat-lesi macam baru lepas direndam klorox. Ah!! Kacau…….

Aku tinggal IC dan helmet, lari sekejap ke BSN depan gerai ‘cucuk’ duit

4 comments:

Apa Kau Nak said...

Di KL melambak-lambak orang minta bantuan. Selalu bagi ajer atas alasan hidup mereka pasti lebih susah dari kita sehingga terpaksa meminta-minta (walaupun baju dia pakai cam lagi mahal je jenamanya). Tapi ada satu hari di KFC Jaya Jusco Maluri 2 budak jinjang stailo mintak derma bagi pihak rumah orang-orang dan kanak-kanak terbiar siap cakap, kalau tak percaya boleh telefon. Maka setelah dilihat gambar-gambar menyayat hati walaupun tarikh keratan akhbar tiga tahun lepas saya bagilah lah RM10. Pastu bila dorang dah blah entah kenapa tergerak telefon nombor umah kebajikan tersebut. Penyelia rumah tu cakap tak kenal, tak pernah buat donation drive macam tu, dan selalu orang call tanya kenal tak budak2 tu...dia tak kenal! Kesal dia orang gunakan nama dia padahal dia run sendiri rumah teres tu atas derma ikhsan orang ramai secara 'direct' bukan dari meminta dari orang ramai dikompleks2.

Moral of the story: Hati tak rasa menyesal bagi 10 ketul tuh sebab dah niat sedekah tapi hati rasa sedih sebab orang yang niat nak diberi tu tak kesampaian merasa....
Haiiih...penipu dan tertipu.

Penulis Kami said...

wa penah beb tolak nk bagi derma kat budak-budak mcm dari myanmar tapi pakai tudung, kecik-kecik jek semua, kat depan pertama kompleks...tak lama lepas tuh, alih2 terserempak diaorg kat dalam kedai makan Manhattan Fish Market, kalau sekali makan takde rm30 jgn mkn lah kat situ....gila kaya bebudak tuh bleh makan kat situ....hahahah

-neofishy

NEOFISHY said...

yoyoyoyoyoyo

tora corgan said...

wei gua pekerja yg penuh integriti, dedikasi, produktiviti tau! memandai je ckp gua kaki ular chait!!!

psst pkl 10pagi kena roti banjir dgn sirap laichi syoh siak!!!