09 June 2009

MISI LAIN, JADI LAIN

Kebanyakan cerita mengenai pengalaman setiap penulis Jalan Jenang adalah 98% benar-benar berlaku. Oleh itu, teruskan lah mempercayai cerita kami, walaupun ada tambah ajinomoto, bagi sedap sikit 'rasanya'.

Ni cerita pengalaman agak ngeri jugak lah. Walaupun sesetengahnya aku rasa kelakar, tapi akhiran cerita nya macam ngeri jugak.

Ni cerita budak-budak sekolah rendah yang baru bersunat, dah gatal nak mengintip orang mandi. Aku bukan tau sangat pun pasal ngintip-ngintip nih, atau bahasa zaman sekarang nih sekodeng. Yang aku tau main askar kecik kat tepi umah aku tuh, main 'kawada' atau main perang-perang guna lastik peluru biji getah. Benda-benda 'adult-contemporary' ni mana aku tau dan amik kisah.

Satu malam tuh, hasil planning kepala hotak jiran seberang umah aku iaitu Kiki, kami seramai lebih kurang 5 orang join the forces of evil untuk melaksanakan kegiatan sekodeng nih. Kiki, Jaini, Malek, Usop dan aku menyelinap kat kebun kelapa sawit berdekatan umah aku untuk ke rumah Jongos, budak pompuan kelas sebelah yang menjadi kegilaan ramai. Aku pun tak pasti apesal lah si Jongos nih bleh jadik popular walaupun gigi dia agak ke depan sikit (no pun intended). Mungkin sebab dia nih baru pindah sekolah kitaorang, so bebudak pun automatik terpikat, tapi aku tak, sebab aku jaga perilaku diri.

"Ni kita kat kebun kelapa sawit ni malam-malam tak ada hantu ke?" aku dah start cabul keluar pasal hantu plak.

"Ko nih, baru kul berapa, kul 9 pun tak sampai lagik, hantu keluar pukul 12 malam nanti" kata Jaini, jiran sebelah umah aku.

Disebabkan semua rilek jek, aku pun rilek jek lah. Kiki, si mastermind, mengarah kan sorang-sorang jalan pelan-pelan. Entah macamana, aku yang yeye kelapa nih jalan pelan-pelan ala-ala citer kombat, tak pasal-pasal tergelincir betul-betul kat depan tandas. Punya lah kuat aku jatuh sampaikan lampu anjung rumah di bukak. Serentak dengan tuh automatically terpacul perkataan spontan dari aku, "MANA ADA AYAM HUTAN KAT SINI".

Kitaorang semua lari cepat-cepat ke kebun sawit semula.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAAH...." JAKI JEK AKU SEMUA KETAWA KAN AKU.

"Ko macamana bleh jatuh nih? kah kah kah," sound Kiki.

"Ilmu apungan diri aku tak berjaya lah tadi", meluat jek aku tengok semua ketawa kan aku.

"Dah, dah,...semua duk kat belakang pokok sawit. Amik tempat masing-masing. Bila aku angkat tangan, semua gerak ke depan. Aku dah terbayang peha gebu si Jongos tuh", si mastermind Kiki mengeluarkan arahan. Aku perasan gak air liur dia mengalir keluar macam serigala nampak pompuan sexy, ayat betulnya HORNY, tapi aku rilek jek sebab aku nak cover aku punya malu. Cover malu kena rilek apa.

Aku amik posisi pokok sawit paling belakang sekali, bagi mengelakkan tragedi jatuh kembali lagik. So, biarlah Kiki kat depan sekali dan aku kat belakang sekali follow the leader.

Tengah aku tunggu signal dari Kiki, tetiba aku terdengar bunyi daun-daun kayu bergerak. Aku toleh sebelah kiri aku, tak jauh dari tempat aku berselindung tuh, aku ternampak seorang bertubuh tegap tengah jalan ke arah kitaorang, atau lebih tepatnya, ke arah aku.

"Ah, abis kantul lah macam nih. Ada orang la plak. Mampus lah kalau orang kampung tau nih," pikir aku macam-macam. Kat dalam kepala dah terbayang dah maki hamun dari mak bapak aku sambil cakap "kecik-kecik dah tau mengendap, timbil mata tu karang baru ko tau". Mesti malu giler aku kalau kantul. Ah, sial lah!

Sepantas kilat aku terus ke depan, ke pokok sawit dimana Jaini berselindung.

"Jai, mampus kita, abis lah kantul lah kita semua Jai," aku cakap dalam nada cemas.

"Apehal, kantul pebenda?", balas Jaini.

"Tuh ko tengok belakang tuh, ada orang lah....abis lah kantul kita, malu lah kat mak bapak ko nanti Jai," kata aku sambil menuding jari ke belakang tanpa tengok ke belakang.

"Ko nih pandai-pandai jek...mana ada orang. Merepek lah ko nih", balas Jaini pulak.

Aku toleh belakang, aku tengok takde pun orang yang aku nampak tadi dan terus sound kat budak-budak "WOI, woi,,,....jom jom...blah blah..."

Dalam hati, "Kalau bukan orang, apa yang aku nampak tadi?"

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DI SELUBUNGI MISTERIIIIIII

*Untuk Jaini, hantu tak kira pukul berapa nak keluar. Pandai-pandai ko jek cakap hantu keluar pukul doblas.


-neo'ghostbuster'fishy

4 comments:

Misya Idris said...

heheheh nakal lagi!!

tora corgan said...

hahahaha cibai hantu kuar pkl12, abih sblm pkl 12 hantu watpe? mangan tempe?? hahahahahahaa sial!!

kodai|sopan said...

jap2!!,,yg MANE ADE AYAM HUTAN KAT SINI tu ajat kaber ker?..hahahha

NEOFISHY said...

hahahahha...yes kodai sopan...tu ayat cover tuh...hahah