08 June 2009

KUNANG KUNANG



Akibat terlalu taksub bermain kombet kombet gua sudah lupa dgn tugasan sekolah agama yg diberi oleh cekgu bustani hari jumaat lepas iaitu menghafal doa qunut. Kalau setakat dia tanya dah hafal ke belum wa sure bagitau “dah cekgu”. Tapi masalahnya sekarang dia nak suruh sorang sorang pelajar baca dpn kelas dan gua belum hafal hafal lagi. Ini mcm jatuh la pangkat kombet gua sbg mejar vic morrow.
Blood gua si samsani telah memberikan satu idea yg gua fikir agak was was keberkesanannya.

Samsani: lu rilek je geng, belum cuba belum try apa.

Tora: lu story dgn gua skrg idea lu tu

Samsani: kunang kunang

Tora: kunang kunang? Peh takde kena mengena apa dgn hafal doa qunut!

Samsani: Tu la kau apa tau! Nenek aku bilang kalau kita makan kunang kunang boleh terang hati, semua benda yg kita belajar mesti senang nak ingat.

Tora: hotak kau! Tak boleh tertelan apa aku menatang tu! Kau ingat ayam golek apa!!

Samsani: Pebenda la makbal sgt lu ni! Kita carik pisang emas pastu letak kunang kunang tu dlm pisang tu pastu kita makan la! sonang baitu! Malam ni lepas maghrib kita gi tangkap itu kunang kunang. Jgn lupa bawak pisang!

Akibat terdesak gua termakan kata kata samsani. Balik drp surau gua dan samsani dengan lincah pegi menangkap kunang kunang seorang seekor. Gua letak dlm balang kaca, cantik pulak, berlampu lampu berkelip kelip. Nnt time raya wa nak tangkap banyak banyak buat lampu 7likur save sket minyak tanah.

Samsani: hotak kau! pisang apa kau bawak ni??

Tora: pisang tanduk

Samsani: mana boleh duh! Mesti nak pisang emas daa!!

Tora: mana nak carik duh petang petang buta ni pisang emas. Gua selongkar dapur tadi cuma jumpa pisang tanduk je, ni pun wa bajet mak gua nak goreng buat serapan esok pagi. Nasib baik ada jugak pisang kalau takde wa sure bawak kentang. Ala bedal je la janji pisang.

Samsani: dimulakan dgn bismillah disudahi dgn alhamdullillah. Bedal….

ISNIN PETANG

Seperti yg telah dijangkakan gua, samsani dan beberapa budak budak lain takdpt hafal doa qunut, cekgu bustani kasi hadiah satu kali, melelas tapak tangan gua kena rotan. Gua tak tegur samsani 1minggu. Sekian.

Pengajaran: jgn percaya benda karut. Usaha tangga jaya!!

4 comments:

Chan said...

hahaha, klakar2. x bleh blah siot.

Jimbo said...

weh, carikan gua seluar lee straight cut saiz 46. kaler hitam

Misya Idris said...

apa rasa kunang2 tu ek?

tora corgan said...

Chan - skrg lu dah tau kan apa maksud tak bole blah kan kan hahhahaaa

Jimbo - woi kau ni spesis resaksa apa ni pakai saiz 46!!hahahahaaa

Baby - babe, gua tak kunyah pun pisang tu gua gigit terus telan. Ada orang kata rasa belalang kunyit hahahahahaa