Beep...Beeep...
Aku terdiam sejenak membaca teks itu. Lamunan terhadap kerja dan kerja dan kerja terhenti. Degup jantung juga aku rasa sama berhenti. Dengan waktu, dengan nafas, dengan aliran darah ke medula oblongata. Aku rasa susah bernafas. Tapi aku mahu, sangat mahu bernafas. Oh, Tuhan. Ia datang dari Kamu dan ia akan pulang kepadaMu. Jadikan lah aku insan yang kuat bertarung dengan seteru hati ini. Akal warasku terus mencari bait-bait kata untuk aku terbitkan dalam susunan teks yang paling lunak dalam mukadimah risalah hati ini. Namun tewas. Tetap tewas. Kerna hati dan otak telah tidak mampu berfungsi dengan tetap mahupun anjal. Dan sebenarnya, hanya itu senjata yang tinggal.
Aku diam seribu bahasa. Jari seperti terpateri menyatu. Untuk mengembalikan jawapan salam dan khabar baikku di sini. Terima kasih kepada semua anggota tubuh yang meng'ia'kan hati untuk tidak berbahasa. Cubit, tepuk atau paling tidak tumbuklah tulang ini, nescaya tidak akan merasa apa. Sekelumit pun tidak. Yang namanya roh itu telah terbang entah ke mana. Meninggalkan jasad yang baru terkena renjatan kuasa elektrik bervoltan tinggi. Memberhentikan otak telah tak berkapasiti ini. Terdiam.
Aku tinggalkan masalah itu buat seketika. Untuk terus bekerja. Mencari rezeki sesuap kaki. Buat isi tembolok kecil ini. Dan hari berganti hari. Dan minggu pun berlalu.Seminggu bagai sehari. Saluran selular tak melupakan aku dengan masalah yang aku buat-buat lupa. Dia ada 'reminder' rupanya. Sekonyong-konyong aku tersentak. Rupanya roh baru pulang dari sana. Makan angin katanya.
Nah, sekarang jawab. Dia mahu jawaban. Ya atau tidak.
Kalau ya, kenapa?.
Dan kalau tidak, kenapa?
Mengimbas.
Aku teringat puasa hari ke-15 tahun lepas. Kerana mulut badan binasa. Binasa yang aku tempah. Kesusahan yang aku cari. Yang waktu, cuma harapan 'terbaik' mendatang. Cuma kebahagiaan terpampang dalam catan waktu yang belum jelas. Namun yang nama harapan itu tetap menyatu dengan dimensi angan-angan kosong sang hati. Tidak tergambar semua ini bakal jadi kecelakaan besar. Aku tersedar dari sedar yang pertama. Kesadaran ini lebih membuat aku panik. Jadi benar ini benar bukan mimpi. Jadi benar, aku belum pernah mati.
bersambung......
4 comments:
kasi jawapan YA satu kali, maam lu mesti senyum punya lahh
ko dah lepas senang la cakap....
wah adakah...?
sedang tunggu sambungan cerita ini....
Post a Comment