27 April 2009

Yang pasti ini bukan yang terakhir.

jalan jenang...
hadir kamu,
aku mengerti,
sangat aku mengerti...
yang dulunya 'gagah',
mengumpulkan cerita tengah malam,
berserta mereka yang 'gigih' mengumpul harta,
untuk terus hidup di pentas dunia...

jalan jenang,
hadir kamu,
aku mengerti,
sangat aku mengerti,
yang ketika ini 'galak',
mengumpul 'karya picisan',
dengan coretan anak-anak 'lusuh' pekerti,
yang terus 'dahaga' tentang 'kejujuran'...

jalan jenang,
hadir kamu,
kini dibenci,
terus di'maki',
oleh entah siapa, yang maseh lagi sembunyi di belakang namanya 'seni'...

jalan jenang,
jangan biarkan kamu mati,
aku mahu kamu terus berdiri,
walau di'hambat' dengan kata-kata keji,
biarlah 'air liur' basi terus membasahi,
jalan jenang nan tegak sebatang,
tidak usah kau hilang,
dari pandangan 'kami',
yang terus mahu menilai....


p/s: aku tidak ber'hutang perasaan' dengan mana-mana pembaca yang mahu terus-terus 'terasa' dan ter'maki'.Ini coretan untuk 'kami' warga lusuh jalan jenang.


-akueMpTy-

6 comments:

Anonymous said...

jika bukan berhutang tetapi akal keanak-anak kan membuat diri itu berhutang perasaan...namun supaya tidak mahu diri nampak berhutang dibuat satu coretan yang masih berhutang.....



p/s;kenapa ?

Jotos-Jotos said...

apemende la nie? sajak ke nyalak ni? sekolah mana ni? adoiai.

JJ takkan putus-asa tanpa penulisan kau ni.

kauakuludahempty said...

kauakuludah!!!!

Anonymous said...

'JJ takkan putus-asa tanpa penulisan kau ni'....

aku memang sokong sangat jotos-jotos ckp ni. ehhh... empty, kalau ko tak menyalak kt sini tak boleh eh???

eh jotos, ko sokong mana ni?? tak paham aku.... kang kena ludah dgn kauakuludahempty kang aaaaa...jaga jaga

kauakuludahempty said...

aaaa jaga2 cik celah bedah :-P

Anonymous said...

wahahhaha cepat siut...
ko memang abang pemantau laaa
wahahahahhaaa