07 April 2009

Wa sekarang minat Yuna tau....



Minggu lepas wa memang betul-betul sibuk. hari sabtu wa kena ganti partner wa masak pasal dia sakit kena santau. wa tipu je. sebenarnya dia kena sawan mayat. (dah tua pun sawan). lu orang yang tak tau apa tu sawan mayat boleh try cari kat wiki. so, wa terpaksa la masak berdua dengan ex-bakal abang ipar wa. penat rabak. nasib baik ada 'penyejuk mata' wa sama-sama tolong kat kedai. walaupun tak ada sepatah kata yang keluar, tapi wa tau masing-masing ada something nak cakap. tak percaya tanya yuna

"adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta yang masih bersemadi untukmu dan sebenarnya ku mengharap di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku....."

wahahahahaa... tak bleh blah!!!!

Berbalik pada cerita asal. habis je niaga, wa bergegas balik kampung pasal ada appointment dengan guru wa. guru wa dah warning tahun ni wa mesti ada lesen kereta. lu orang jangan gelak. wa muda lagi apa baru nak 'amek' lesen. balik kampung ni kalau tak 'menyelam' cari barang lusuh memang tak 'afdhal' bagi wa balik. selain menemui ibu tercinta, wa kena cari barang untuk melengkapkan koleksi wa. macam wajib pulak. pagi ahad, selepas solat subuh, wa dengan uniform lengkap meluncur laju dengan kapcai 'goyang' wa menuju Pasar Karat Batu Pahat. sepatutnya perjalanan mengambil masa 10 menit je. tapi sebab menunggang kuda uzur, ia mengambil masa hampir 20 menit. beta tak??...
Sesampai je kat pasar, mata wa terus meliar tengok gerai-gerai yang wa target boleh dapat barang rare. tapi kalau memang bukan rezeki, cekodok dah masuk mulut pun boleh keluar balik, ye tak. 4 benda yang meyakinkan wa tak dapat hasil hari tu. pertama, dah berduyun budak-budak tomyam mengerumuni pasar hari tu. semua yang 'kaki'. kedua, gerai yang biasa ada barang baik, tutup pulak hari tu. ketiga, wa tak banyak masa nak belek satu-satu barang ada kat pasar tu. dan yang last, Ajis tak dapat barang. kalau dia tak dapat, mean memang tak ada barang la tu. tak sangka hari tu boleh jumpa Andy si jambi darat 'the good old things'. kaki selam yang sedang meningkat naik. wahahahaha ayat. sempat salam dan tanya khabar kemudian hilang ditelan lautan manusia di situ.

Wa tak tunggu lama. sempat berbual dan bertukar barang dengan ajis, wa terus 'cargas' balik pasal dah janji dengan guru wa. sampai je rumah, dia sudah buat muka 'taik' pasal wa dah lewat lima minit. 5 minit jeng. ingat dia sapa? Mahatma Gandhi??? wa buat muka tak tau, hulur rokok, dia sudah senyum. betul la kata nabi, kita kalau nak 'amek' hati orang kena isi perut dia. tapi wa isi perut dia dengan asap. berjaya gak apa. wa tak kira, misi wa tahun ni mesti dapatkan sekeping kertas bermaruah iaitu lesen kereta. dia pelik selama dia kenal wa, dia tak expect yang wa tak ada lesen. padahal wa memang tak main kat kampung. madang ke bandar je tiap-tiap hari. kerja pun kat bandar. 10 tahun bawak motor, kereta belum pernah kena saman. dia tanya apa rahsia. wa cakap, setat je moto, baca la doa. (pembaca yang dihormati: jangan tiru habitat penulis kerana dia ni 'wali').

Acara yang membosankan. dengar ceramah. macam wa belajar dulu-dulu. separuh masa pertama, kira masuk la jugak. tapi lepas tu wa dah melayang. tidur la, main game la, toilet la. semua aktiviti munasabah wa buat 'kasi' hilang bosan. 5 jam berlalu dengan azab, punggung wa dah sebati dengan kerusi tu. habis je ceramah wa kena bergegas balik rumah, packing beg, dan 'chaw' balik jb. ada beberapa acara yang terpaksa wa tangguh ke minggu depan sebab masa amat mencemburui. langit mendung tanda petang tu bumi batu pahat akan disimbahi air dari langit. wa rasa rugi pulak nak balik jb awal-awal. siap je packing barang, wa terus gerak 'basten' cari tiket balik jb. alhamdulillah ada lagi walaupun lambat sikit. dalam bas wa bantai tidur dari mula jalan sampai jb. supposed wa berenti kat Bandar Baru Uda. tapi sebab tidur macam orang mati, wa dah terlajak sampai larkin. jebak.
dari larkin wa kena pangkah dengan driver teksi tu RM8.00. tak pasal-pasal kan. sampai je Uda wa sempat pergi makan dengan partner masak wa sebelum continue journey to pasir gudang. perut dah isi dengan roti canai, paru-paru dah isi dengan asap, wa 'cargas' balik pasir gudang. wa sampai dalam pukul 2.00am. agak beta jugak la hari tu. pakej penat, lambat, duit abis, siap semua, wa balas dengan tidur yang pulas.

The end.....


Sebenarnya cerita ni tak habis lagi, wa nak buat macam cerita 'omputeh'. macam star wars: ending tapi tak ending-ending.

Malam sabtu masa wa masak kat kedai, ada member mesej nak ajak wa main dengan band dia. wa bagitau dia wa ni gifted orangnya. satu haram alat muzik pun wa tak pandai main. dulu masa sekolah-sekolah, cikgu muzik wa kasi wa pegang 'pebenda' tah alat tu boleh bunyik kerincing-kerincing. tu je la wa pandai main. dia sudah pujuk wa main tu alat nama kibod. pehh beta!!!! sebut je kibod wa sudah teringat kat satu mamat. DJ Din. wa dah terbayang kibod kat rumah dia. KORG. wahahahahaaa... itu barang wa pernah dengar dia nak tolak RM8000 bai. wa kalau beli itu barang, mak wa tau, memang kena halau dari rumah. serius.
dia bagi wa masa dua bulan kasi prektis secara intensif (intensif ke insentif???) pastu nak serap wa masuk band dia. dia suggest wa pergi yamaha music school belajar kibod. wa dengar itu course satu bulan kena bayar about RM300. pehhhh... kalau tak kait pasal duit memang tak boleh ehh. tapi wa akan usahakan jugak la. mana tau kan. wa dah terer main kibod nanti 'Pesawat' ajak wa join diorang pulak. masa tu, sori la budak-budak jalan jenang nak lepak dengan wa.



Tammat.....

5 comments:

Penulis Kami said...

lepas nih tora plak....

Anonymous said...

wahahaha 3 ribu ehhh

asl tak 7,8 ribu...
bg wa kentut bedarah

tora corgan said...

peh main kibod?? peh!! Aku bajet kord Eminor dgn G je la yg lu dpt blajar!!

hegira said...

lepas nih akan kuar prequel "wa sekarang minat Yuna tau.."

Anonymous said...

hegira - harap2 la. igt nak buat bersiri plak. mcm citer puteri